Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 3.0 bagi Kategori Tanggungan Kanak-Kanak dibuka secara rasmi mulai hari ini, 10 November 2026, jam 10:00 pagi melalui aplikasi Selangkah.

Program sumbangan Kerajaan Negeri Selangor ini menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan selama 12 bulan (nilai keseluruhan RM3,600 setahun) untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas.

Rujuk perincian mengenai cara mohon dan syarat kelayakan Bingkas 3.0 di bawah.

Apa itu Bingkas 3.0?

bingkas 3.0 2026

BINGKAS merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor untuk membeli membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.

antuan kewangan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan ruji, kelengkapan harian, serta kelengkapan persekolahan. Di samping itu, transaksi saluran bantuan bagi penerima kini disokong secara lebih fleksibel menerusi penggunaan MyKad (IC) di kedai-kedai rakan niaga berdaftar tertentu.

Melalui pelaksanaan BINGKAS 3.0 ini, setiap penerima yang layak bakal menerima bantuan kewangan bernilai RM300 sebulan bagi tempoh manfaat selama satu (1) tahun.

Penyelarasan tempoh manfaat daripada 24 bulan kepada 12 bulan ini membolehkan semakan semula serta proses pembaharuan dilaksanakan secara tahunan bagi memastikan bantuan diberikan secara lebih bersasar.

Permohonan bagi kategori ini dibuka secara rasmi bermula Selasa, 10 November 2026, jam 10:00 pagi. Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi aplikasi SELANGKAH. Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/

Siapa Layak Mohon Bingkas 3.0?

Pemohon mestilah menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemilih berdaftar di Selangor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
  • Tidak pernah menerima Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang anak berusia 18 tahun ke bawah.

Cara Mohon Bingkas 3.0 & Dokumen Diperlukan

Untuk membuat permohonan Bingkas 3.0, anda perlu:

  1. Log masuk dengan akaun Selangkah
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Muat naik dokumen & hantar

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan Permohon dan/atau Pasangan
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini untuk penjawat awam / pesara
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan Anak-anak / Tanggungan
  • Salinan Penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis untuk bapa/ibu tunggal
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor

Kadar Bantuan Bingkas 3.0

Kadar bantuan BINGKAS 3.0 adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, menjadikan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM3,600 setahun bagi setiap keluarga yang layak.

Bantuan ini disalurkan secara bukan tunai (kredit e-Wallet).

Kredit RM300 ini mesti dihabiskan pada bulan tersebut. Sebarang baki yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.

Cara Pembelian & Senarai Kedai

  1. Penerima mengunjungi mana-mana panel kedai program Bingkas
  2. Penerima memilih barangan yang ingin dibeli
  3. Juruwang mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk pengesahan
  4. Juruwang melakukan saringan untuk barangan yang tersenarai di bawah program Bingkas
  5. Penerima memastikan baki akaun Bingkas mencukupi
  6. Pengguna mengetik pada butang Bayar
  7. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk pengesahan
  8. Kod QR terpapar pada skrin, dan juruwang mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran

Untuk menyemak senarai kedai berdekatan anda, sila layari: https://bingkasselangor.com/#kedai.

Masukkan kawasan atau nama kedai di dalam kotak carian, dan senarai kedai berdekatan akan dipaparkan.

Senarai Barangan Keperluan Asas

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS:

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah Ratus, Sos, Kicap dan Sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak Masak
  10. Ubat-Ubatan
  11. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
  12. Daging Ayam, Lembu, Kambing dan Ikan
  13. Sabun, Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci
  14. Lampin Pakai Buang (Lampin Bayi / Dewasa)
  15. Produk Tenusu (Susu Segar, Susu Tepung, Susu Sejat, dan Susu Pekat Manis)
  16. Barangan Persekolahan (Kasut, Beg, Buku, Alat Tulis, Pakaian Seragam, dan sebagainya)
  17. Perihal Pendidikan (Buku-Buku Ilmiah / Akademik)

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan bantuan, mempunyai pertanyaan atau maklum balas, sila layari/hubungi:

Soalan Lazim Bingkas 3.0

Adakah saya boleh mengeluarkan bantuan RM300 ini dalam bentuk wang tunai?

Tidak boleh. Bantuan ini adalah 100% bukan tunai. Ia disalurkan dalam bentuk kredit e-Wallet melalui aplikasi SELANGKAH atau integrasi MyKad untuk dibelanjakan di kedai panel sahaja.

Apa akan terjadi sekiranya kredit RM300 saya tidak habis dibelanjakan pada bulan tersebut?

BINGKAS menggunakan sistem Zero Balance. Sebarang baki yang tertinggal tidak akan dibawa ke bulan hadapan dan akan luput (kembali menjadi RM0) apabila masuk bulan baharu. Anda dinasihatkan membelanjakan amaun tersebut secukupnya setiap bulan.

Bolehkah saya membeli apa sahaja barangan di pasar raya panel menggunakan BINGKAS?

Tidak. Pembelian hanya terhad kepada 17 kategori barangan keperluan asas dan pendidikan yang telah diluluskan (seperti beras, minyak masak, ubat-ubatan, lampin, dan baju sekolah). Barangan seperti rokok, minuman keras, dan tambah nilai (top-up) prabayar adalah dilarang sama sekali. Juruwang akan melakukan saringan semasa pembayaran.

Saya bekerja sendiri dan tiada slip gaji tetap, bagaimanakah saya ingin membuktikan pendapatan di bawah RM5,000?

Anda boleh memuat naik Penyata Bank 3 bulan terkini ATAU mendapatkan Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Ahli Parlimen, ADUN, Penghulu, atau Ketua Kampung tempatan.

Jika saya merupakan penerima aktif Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), bolehkah saya memohon BINGKAS 3.0?

Tidak boleh.

Anda juga boleh rujuk lebih banyak soalan lazim mengenai permohonan, syarat, pembelian Bingkas 3.0 di: https://bingkasselangor.com/soalan-lazim

Penulis