Skim Air Darul Ehsan (SADE) – Semakan Bil Air Percuma

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan
sasar penduduk Negeri Selangor. Melalui program ini, penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah boleh mendapat bil air percuma setiap bulan! Semak syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) di laman web rasmi Air Selangor : https://www.airselangor.com/

@ecentral.my

Replying to @Mamasya Mobilespa Duduk rumah sewa pun boleh daftar Skim Air Darul Ehsan ni. Ini cara daftar air Selangor percuma untuk penyewa dan yang nak berpindah rumah 👌🏼 #airselangor #airpercuma #skimairdarulehsan #bantuanselangor #bantuankerajaan

♬ Vlog – Gaspar

Berikut dikongsikan penerangan lebih lanjut tentang program ini.

skim air darul ehsan (SADE)

Apakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah.

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

skim air darul ehsan SADE

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM6,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
  3. Premis kediaman meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
    • Peringatan:
      Bagi penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal akan terus menerima 20𝑚3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2029, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
skim air darul ehsan SADE

Cara Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)

  • Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my
  • Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
    • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
    • Laman sesawang www.airselangor.com
    • Kaunter Perkhidmatan di mana-mana 10 Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
  • Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
skim air darul ehsan SADE
skim air darul ehsan SADE

    Baca juga: STR & SARA 2026 – Belanjawan 2026

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim SADE

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim ini, sila rujuk soalan lazim berikut :

    Apakah itu Skim Air Darul Ehsan (SADE)?

    Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor.

    Bagaimanakah cara membuat Permohonan Penamatan/Pembatalan dan permohonan semula
    SADE bagi premis baru/lain?

    Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan SADE boleh dimuat turun melalui laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/services/sade?lang=ms.
    Baca nota arahan dan hantar borang permohonan yang
    telah lengkap dengan lampiran (jika berkenaan) ke [email protected] atau melalui mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd bersama Borang Permohonan SADE bagi permohonan semula akaun/premis SADE yang baru (jika berkenaan) untuk proses seterusnya.

    Adakah penyewa layak untuk membuat permohonan SADE?

    Ya, penyewa layak memohon jika memenuhi terma dan syarat permohonan serta semakan kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Apakah pemohon dan pasangan keluarga yang berpendapatan lebih dari RM6,000 boleh
    memohon SADE?

    Tidak layak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Berapa lamakah tempoh pendaftaran SADE dibuka kepada orang ramai?

    Pendaftaran SADE akan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2029.

    Bagaimanakah pemberian rebat air percuma melalui SADE dilaksanakan?

    Pemberian rebat air peruma melalui SADE dilaksanakan sebanyak empat (4) siri dalam tempoh masa 12 bulan

    Bilakah tarikh akhir permohonan?

    Pemohon boleh membuat pendaftaran SADE sebelum 31 Disember 2029. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

    Siapa yang boleh memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE)?

    Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
    i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
    ii. Pendapatan bulanan isi rumah RM6,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
    iii. Premis kediaman meterindividu.
    iv. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

    Peringatan:
    Bagi penghuni pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter pukal akan terus menerima 20𝑚3 air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2029, mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

    Nak tahu maklumat lanjut?

    Sila rujuk soalan lazim di pautan berikut: https://content.airselangor.com/cmi-prod-blobstorageanon-001-sea/media/3ashagn1/sade_faq_bm_2026_6k.pdf

    Rujuk saluran berikut untuk update terkini :

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut