Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan Selangor 2027 berjumlah RM3.3 bilion pada 13 November 2026.
Bertemakan “Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni”, belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari ini merupakan peruntukan tertinggi dalam hampir 20 tahun pentadbiran negeri.
Belanjawan ini merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.9 bilion (57.6%) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.4 bilion (42.4%).
Anggaran hasil negeri bagi tahun 2027 ditetapkan pada RM2.85 bilion yang disumbangkan oleh premium tanah, cukai tanah, serta pemberian Persekutuan, manakala kedudukan rizab negeri meningkat kepada RM5.121 bilion dengan lebihan kewangan semasa RM422.40 juta.
Jom rujuk Intipati Belanjawan Selangor 2027 yang perlu rakyat Selangor tahu di bawah.
Belanjawan Selangor 2027
Belanjawan Selangor 2027 ialah pelan perbelanjaan tahunan rasmi Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM3.3 bilion bagi tahun kewangan 2027.
Menurut pembentangan rasmi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 13 November 2026, belanjawan ini memperincikan bagaimana kerajaan negeri mengutip hasil (dianggarkan RM2.85 bilion) dan mengagihkannya kepada dua komponen teras:
- Perbelanjaan Mengurus (RM1.9 bilion): Kos operasi harian pentadbiran, gaji penjawat awam, penyelenggaraan, serta subsidi dan bantuan kebajikan langsung kepada rakyat.
- Perbelanjaan Pembangunan (RM1.4 bilion): Pelaburan jangka panjang untuk membina infrastruktur baharu, projek tebatan banjir, naik taraf sistem bekalan air, serta hab ekonomi digital.
Tema Belanjawan Selangor 2027 kali ini ialah “Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni”.











Baca juga: Belanjawan 2027 – Pengurusan Fiskal & Kebajikan Rakyat
Intipati Belanjawan Selangor 2027
1. Prasarana, Mitigasi Banjir & Bekalan Air
- Projek Tebatan Banjir & Air (RM1.778 bilion): Gabungan perbelanjaan Kerajaan Negeri, anak syarikat, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan projek mitigasi banjir, membina dan menyelenggara loji rawatan air, serta menggantikan paip usang.
- Pembangunan Prasarana Awam (RM503.1 juta): Peruntukan tertinggi dalam sejarah negeri (bersamaan 35.94 peratus daripada dana pembangunan) khusus untuk menaik taraf infrastruktur awam.
2. Kos Sara Hidup, Pengangkutan & Pekerja Gig
- SEL 30 (RM5 juta): Subsidi pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan untuk menaiki tren dan bas bagi memanfaatkan 13,000 pengguna.
- Bas Kita Selangor & Pengangkutan Awam (RM36 juta keseluruhan): Peruntukan RM12 juta khusus untuk operasi Bas Kita Selangor dan RM24 juta lagi bagi pemerkasaan rangkaian pengangkutan awam negeri.
- Kita Selangor Gig (RM10 juta): Pemberian baucar bernilai RM100 sebulan (RM1,200 setahun) berserta latihan kemahiran oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) untuk 5,000 penunggang p-hailing.
- MamaKerja (RM5 juta): Insentif tunai RM1,000 buat ibu bekerja bagi membantu menampung kos penjagaan anak.
- BINGKAS: RM300 sebulan untuk 30,000 keluarga. RM150 untuk 10,000 individu rentan.


3. Kesihatan dan Penjagaan Keluarga
- Program Kesihatan Awam: RM38 juta untuk pelbagai program kesihatan.
- TASKA & Pusat Jagaan Warga Emas: RM5 juta
- Latihan Penjaga: RM5 juta
- Bantuan Peralatan Penjagaan Bantuan: Sehingga RM2,000 seorang.
- IMPAK Selangor: RM2 juta
4. Perumahan & Infrastruktur Komuniti
- Skim Smart Sewa (RM62.1 juta): Peruntukan besar bagi membantu golongan berpendapatan rendah menyewa rumah pada kadar berpatutan sambil mengumpul simpanan untuk membeli rumah sendiri.
- Skim CERIA & Dana Strata (RM20 juta keseluruhan): Peruntukan RM10 juta dana negeri ditambah RM5 juta dana Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membaik pulih 30 kawasan pangsapuri, serta RM5 juta lagi di bawah Dana Strata Selangor (DSS).
- BAIK Selangor (RM10 juta): Bantuan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi kerja baik pulih 1,000 buah rumah golongan memerlukan.

5. Pendidikan, Agama & Teknologi Digital
- Laptop Kita Selangor (RM16.8 juta): Pemberian 8,400 unit komputer riba percuma (agihan 150 unit bagi setiap kawasan DUN) bernilai RM2,000 seunit kepada pelajar dan mahasiswa memerlukan.
- AI Untuk Rakyat (RM12 juta): Akses percuma platform Google Gemini Enterprise selama setahun berserta modul latihan kecerdasan buatan (AI) untuk 50,000 penduduk Selangor.
- Bantuan Mahasiswa & Baucar Buku: Pemberian bantuan tunai RM1,000 kepada 5,000 mahasiswa yang memasuki universiti awam atau swasta, baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada 2,000 pelajar, serta penawaran kelas bahasa ketiga percuma kepada rakyat Selangor.
- Iltizam Anak Selangor: Simpanan SSPN Prime RM500 untuk 30,000 anak
- TUNAS: Bantuan RM50 sebulan kepada keluarga yang layak.
- TAWAS: RM1,500 kepaa 21484 ahli yang mencapai umur 18 tahun.
- Tuisyen Rakyat & Didik Kasih: RM13 juta.
- Kenaikan Elaun Guru KAFA (RM14 juta tambahan): Kadar elaun dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 mulai Januari 2027, dan meningkat kepada RM2,000 sebulan pada Jun 2027.
- Naik Taraf Sekolah Agama (RM2 juta): Peruntukan khusus bagi membaik pulih 292 buah Sekolah KAFAI yang uzur di seluruh negeri.




6. Pendidikan Tinggi & Pembangunan Bakat
- Pengajian Timur Tengah RM3 juta
- Language Discovery Kelas Tujuh Bahasa Ketiga Percuma
- Biasiswa & Pembiayaan RM15 juta untuk pembiayaan pendidikan dan RM1 juta bagi Selangor BITARA.
- Program SPARK: Latihan Amali untuk 500 graduan dan mahasiswa.
- Pertukaran Pelajar Jepun: Peluang kepada sehingga 200 pelajar.
7. Penghargaan Penjawat Awam
- Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor (RM100.31 juta): Bayaran dua bulan gaji atau elaun dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri yang dijadualkan mula dibayar pada 21 Disember 2026.
Muat Turun PDF Ringkasan Belanjawan Selangor 2027
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Belanjawan Selangor 2027
Untuk mendapatkan dokumen penuh ucapan belanjawan dan maklumat lanjut, anda boleh merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri Selangor:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
- Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing bagi urusan pengesahan dokumen dan semakan kelayakan setempat (terutamanya bagi skim seperti Laptop Kita Selangor dan BAIK Selangor).
Secara umumnya, semua peruntukan dan program di bawah belanjawan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027. Namun, terdapat beberapa penyaluran awal yang bermula lebih awal seperti Bantuan Khas Kewangan (BKK) penjawat awam negeri pada penghujung Disember 2026. Tarikh rasmi pembukaan permohonan bagi setiap skim akan diumumkan oleh agensi pelaksana masing-masing secara berperingkat.
Bagi program baharu yang diperkenalkan dalam belanjawan ini:
– AI Untuk Rakyat (RM12 juta): Pendaftaran dan akses kepada platform Google Gemini Enterprise serta modul latihan akan diselaraskan oleh agensi digital negeri dan dihebahkan menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri.
– SEL 30 (RM5 juta): Penebusan subsidi pas pengangkutan awam RM30 sebulan akan diintegrasikan melalui aplikasi mobiliti negeri atau kaunter pengangkutan awam yang dilantik.
– Kita Selangor Gig (RM10 juta): Penunggang p-hailing perlu berdaftar di bawah inisiatif pekerja gig negeri serta mengikuti latihan kemahiran bersama Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) untuk layak menerima baucar RM100 sebulan.
Agihan sebanyak 150 unit bagi setiap kawasan DUN akan diselaraskan terus melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di setiap kawasan masing-masing.
Secara asasnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia, lahir di Selangor atau telah bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya 10 tahun, merupakan pengundi berdaftar di Selangor, serta memenuhi had pendapatan isi rumah (B40/M40) yang ditetapkan bagi setiap skim.




