TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1 AKAN DISALURKAN BERMULA 20 JANUARI 2026 (SELASA). Sila rujuk laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pada 5 Januari 2026 (Isnin), YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bantuan untuk rakyat Malaysia dalam Perutusan Tahun Baharu 2026:
- SARA bulanan (kategori berkahwin & warga emas) sehingga RM200 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.
- SARA bulanan (kategori bujang) akan dikreditkan mulai 16 Januari 2026.
- Pembayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 akan mula dikreditkan bermula 20 Januari 2026.
- Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima SARA UNTUK SEMUA berjumlah RM100 melalui MyKad yang akan dikreditkan mulai 9 Februari 2026, bagi meringankan kos menjelang persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Baki peruntukan SARA Untuk Semua 2025 telah mencatatkan kadar penggunaan 96% dengan perbelanjaan hampir RM2.1 bilion.
Baki peruntukan SARA Untuk Semua 2025 sebanyak RM150 juta akan disalurkan semula bagi membantu penghuni pusat perlindungan, pelajar OKU dan berkeperluan khas, pembelian peranti perubatan untuk golongan rentan serta bantuan untuk mahasiswa melalui program Dapur Siswa.
Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
STR Fasa 1 (Sumbangan Tunai Rahmah 2026)
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 20 Januari 2026 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.
Pembayaran STR Fasa 1 2026 adalah seperti berikut:

Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.
Ingin semak kelayakan anda? Layari Portal Rasmi STR dan sentiasa berhati-hati dengan tawaran scammers di luar sana.
Jika nama anda tiada dalam pangkalan STR, jangan risau kerana permohonan baharu dibuka sepanjang tahun.
Kadar Bayaran STR Fasa 1 2026
Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran mulai fasa permohonan diluluskan.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Berikut ialah bayaran STR FASA 1 2026 yang akan diterima:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Fasa 1 (RM) |
|---|---|
| 0 | 200 |
| 1 – 2 | 300 |
| 3 – 4 | 400 |
| ≥5 | 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Fasa 1 (RM) |
|---|---|
| 0 | 100 |
| 1 – 2 | 100 |
| 3 – 4 | 150 |
| ≥5 | 200 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang
(Pendapatan ≤ RM2,500, umur 21–59 / OKU 19–59)
âž¡ Fasa 1: melalui SARA
Warga Emas Tiada Pasangan
(Pendapatan ≤ RM5,000, umur ≥60)
| Kategori | Fasa 1 (RM) |
|---|---|
| Warga emas tiada pasangan | 150 |


NOTA:
STR BUJANG 2026: Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA.
Kaedah Pembayaran
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 20 Januari 2026 (Selasa) secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.

Semakan Status
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2026
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Status & Pembayaran’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan.
- Untuk melihat maklumat pembayaran, sila rujuk ‘Maklumat Pemohon’

Status kelulusan STR Fasa 1 boleh disemak secara online melalui Laman Web Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Kadar Bantuan Penuh STR 2026
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan. Rujuk jadual di bawah:
| Pendapatan | Kadar STR 2026 | |||
| Isi Rumah Tiada Had Umur | Anak ≥ 5 | Anak 3 – 4 | Anak 1 – 2 | Anak 0 |
| ≤ RM2,500 | RM2,200 | RM1,700 | RM1,200 | RM700 |
| RM2,501 – RM5,000 | RM950 | RM700 | RM450 | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan ≥ 60 tahun | ||||
| ≤ RM5,000 | RM600 | |||
| Bujang 21 – 59 tahun / OKU Bujang 19 – 59 tahun | ||||
| ≤ RM2,500 | Dibayar melalui SARA | |||

Rayuan STR 2026
Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Anda boleh membuat rayuan di portal rasmi MySTR melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kemas Kini Maklumat & Permohanan Baru STR 2026
Bagi permohonan STR 2026 Fasa 1 yang berstatus Lulus, Permohonan Rayuan seperti perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat pendapatan dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.
Bagi permohonan yang telah dikemukakan ke Pejabat LHDNM pada Disember 2025 sehingga Februari 2026, permohonan Tuan / Puan akan diproses pada Fasa 3.

Maklumat Lanjut STR & Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA)
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk pautan ini:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Rujuk juga FAQ Pembayaran STR Fasa 1 2026 di bawah:







Soalan Lazim STR Fasa 1 2026
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
b. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
c. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
d. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
melalui Portal Rasmi STR
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
i. Status Permohonan
ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Proses?
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar.
Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah
diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2026.
Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan
selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati
syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ)
Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen
sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR
kini semula maklumat permohonan saya?
Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat
permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.
Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak
Layak?
Sila hubungi Pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan
Status Tidak Layak tersebut.
Berikut ialah bayaran STR FASA 1 2026 yang akan diterima:

Pembayaran Fasa 1 akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak mulai 20 Januari 2026.
Jika anda berstatus Lulus Fasa 1, tetapi mempunyai perubahan maklumat terkini, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan/kemas kini bagi perkara berikut:
– Perubahan status perkahwinan (Contoh: Baru berkahwin atau bercerai).
– Perubahan pendapatan (Contoh: Pendapatan berkurang).
– Penambahan maklumat anak (Contoh: Anak baru lahir).
Nota Penting: Permohonan rayuan/kemas kini ini hanya boleh dibuat mulai 16 Februari 2026 (untuk diproses pada Fasa 3).
Bagi permohonan baharu yang dikemukakan ke Pejabat LHDNM antara Disember 2025 sehingga Februari 2026, permohonan anda akan diproses untuk Fasa 3. Anda tidak akan menerima bayaran pada Fasa 1 & 2.
Bagi permohonan yang berstatus Tidak Lulus Fasa 1, tempoh rayuan dibuka mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Permohonan yang diterima selepas 28 November 2025 akan diproses untuk kitaran Fasa 3. Ini kerana tarikh “cut-off” untuk kelayakan Fasa 1 adalah permohonan yang diterima sehingga hujung November 2025 sahaja.
Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 Januari 2026. Jika akaun tidak aktif (Gagal Kredit), anda juga perlu hadir ke BSN bersama MyKad asal untuk tuntutan tunai selepas status “Gagal Kredit” terpapar dalam portal.
Anda juga boleh baca FAQ STR/SARA 2026 lain di pautan ini:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
- Permohonan STR 2026
- Semakan Status STR 2026
- Kemaskini Maklumat STR 2026
- Pembayaran STR 2026
- Maklumat Waris & SKK STR 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Baca Juga:




