Bantuan Belia Berkahwin 2026 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebagai sokongan awal membina rumah tangga yang sejahtera kini dibuka untuk permohonan. Untuk membuat permohonan, sila layari laman sesawang n9.Digital di https://www.n9.digital/.
Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2026 dan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran perkahwinan.
Rujuk info penuh Bantuan Belia Berkahwin 2026 di bawah.
Apa Itu Bantuan Belia Berkahwin 2026?
Bantuan Belia Berkahwin 2026 (juga dikenali sebagai Aspirasi Belia Berkahwin) adalah sebuah inisiatif bantuan kewangan one-off berjumlah RM500 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Bantuan ini merupakan “hadiah” daripada kerajaan negeri untuk meraikan belia yang baru mendirikan rumah tangga yang bertujuan meringankan beban kewangan pasangan muda pada fasa awal perkahwinan.
Selain negeri Sembilan, program ini turut disediakan di pelbagai negeri seperti Johor, Selangor dan Terengganu.

Syarat Kelayakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi kriteria utama seperti yang tertera dalam garis panduan rasmi di bawah:
- Tempoh Permohonan: Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pendaftaran perkahwinan yang sah.
- Status Pengundi: Pemohon mestilah merupakan pengundi yang berdaftar di Negeri Sembilan.
- Tempat Tinggal: Pemohon wajib bermastautin (menetap) di Negeri Sembilan.
- Had Umur: Terbuka kepada belia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun sahaja.
- Had Pendapatan: Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM4,000.00 sebulan.
Cara Mohon
Untuk memohon Bantuan Belia Berkahwin 2026 di negeri Sembilan, sila rujuk cara-caranya di bawah:
- Muat Turun Aplikasi: Cari aplikasi n9.Digital di Apple App Store atau Google Play Store.
- Layari Laman Web: Anda juga boleh terus ke portal rasmi di https://www.n9.digital/.
- Imbas Kod QR: Gunakan fungsi imbasan kod QR yang terdapat pada poster rasmi untuk akses terus ke borang permohonan.
- Isi Maklumat: Lengkapkan butiran diri dan muat naik dokumen sokongan (seperti sijil nikah dan slip gaji), dan hantar.
NOTA: Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan MyKad, Sijil Perkahwinan, slip gaji/pengesahan pendapatan dan bukti pendaftaran undi di Negeri Sembilan dalam bentuk PDF atau format gambar yang diterima.
Jumlah Bantuan
- Setiap individu yang layak akan menerima RM500.
- Jika kedua-dua pasangan (suami dan isteri) memenuhi syarat kelayakan secara individu, kedua-duanya boleh memohon untuk menerima jumlah keseluruhan RM1,000 bagi satu pasangan.
Tarikh Permohonan
Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pendaftaran perkahwinan yang sah (Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Belia Berkahwin Negeri Sembilan 2026, sila layari portal n9.Digital di https://www.n9.digital/.
Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan tersebut boleh hubungi Pejabat Menteri Besar di talian: 06-7602568
Soalan Lazim Bantuan Belia Berkahwin
Program inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi pasangan belia yang melangkah ke alam perkahwinan pertama kali sebanyak RM500/seorang.
Bantuan tunai RM500 seorang, iaitu RM1,000 sepasang untuk perkahwinan pertama. Bayaran dibuat sekali sahaja selepas kelulusan permohonan.
Belia berumur 18-35 tahun (termasuk bujang telajak atas 35 tahun jika nikah pertama).
Pengundi berdaftar Negeri Sembilan dengan pendapatan bulanan ≤ RM4,000.
Pemastautin tetap negeri, berkahwin pertama, dan mohon dalam 1 tahun dari tarikh nikah.
Tidak layak. Syarat utama bantuan ini adalah untuk individu yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama sahaja.
Ya, sekiranya kedua-dua suami dan isteri memenuhi syarat individu (berumur 18–35 tahun, pengundi N9, pendapatan isi rumah bawah RM4,000), setiap orang layak menerima RM500, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,000 bagi satu pasangan.
Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, atau Pengerusi JKKK/MPKK di kawasan tempat tinggal anda.
Tempoh proses biasanya bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda berikan atau melalui kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri setelah dokumen disahkan lengkap.




