Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan baharu dan kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 bagi Fasa 1 kini telah dibuka secara rasmi secara manual bermula 1 Oktober 2026 di Pejabat HASiL dan secara online bermula 15 Oktober 2026 melalui Portal STR.

Langkah proaktif ini diambil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan data pemohon adalah tepat dan terkini sebelum proses pembayaran pertama dilaksanakan pada tahun hadapan.

Jom semak tarikh penting dan cara buat permohonan STR 2027 Fasa 1 di bawah.

Apa Itu STR 2027?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 adalah sebuah program bantuan tunai kerajaan Malaysia yang diwujudkan untuk meringankan beban sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya kumpulan Kumpulan Wang B40 dan M40.

Bantuan ini disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun bagi memastikan kebajikan rakyat yang memerlukan terus terpelihara.

Untuk STR 2027, proses permohonan baharu dan kemas kini maklumat bagi Fasa 1 telah pun dibuka secara rasmi bermula 1 Oktober 2026.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dilakukan sama ada secara fizikal atau digital pada tarikh yang ditetapkan berikut:

  • Permohonan Manual / Online : Bermula 1 Oktober 2026 sehingga 15 November 2026

Cara Buat Permohonan Baharu STR 2027 Fasa 1

  • Bagi permohonan secara manual (Bermula 1 Oktober 2026),pemohon boleh hadir ke mana-mana Cawangan Pejabat HASiL yang berdekatan untuk mengambil, mengisi, dan menyerahkan borang fizikal.
  • Bagi permohonan dalam talian (Bermula 15 Oktober 2026), pendaftaran baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan melalui Portal Rasmi STR.

Siapa Perlu Buat Kemaskini?

Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:

  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat
  • perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan STR 2024, 2025 dan 2026 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan
  • tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
  • tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.

Sila rujuk soalan lazim bagi permohonan kemas kini maklumat STR dalam lampiran di bawah :

Walau bagaimanapun, sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.

Permohonan baharu dan kemaskini boleh dilakukan melalui portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sekiranya terlupa kata laluan / soalan keselamatan / emel tidak sah, sila hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 untuk set semula / hapus akaun MySTR.

    Kadar Bayaran STR Fasa 1 2027

    Jumlah bantuan (amaun) bagi setiap kategori (Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang) serta syarat had pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

    Jumlah Bantuan STR + SARA 2027

    • ​Kategori Isi Rumah (Pendapatan Kurang RM2500):
      • Tiada anak: RM200 STR + RM1800 SARA
      • 1 hingga 2 anak: RM600 STR + RM1800 SARA
      • 3 hingga 4 anak: RM1100 + RM1800 SARA
      • 5 anak atau lebih: RM1600 + RM1800 SARA
    • Isi Rumah (Pendapatan RM2501- RM5000):
      • ​Tiada anak: RM200 STR + RM1200 SARA
      • ​1 hingga 2 anak: RM450 STR + RM1200 SARA
      • ​3 hingga 4 anak: RM700 STR + RM1200 SARA
      • ​5 anak atau lebih: RM950 STR + RM1200 SARA
    • Bujang (21–59 tahun): RM0 STR + RM600 SARA
    • Warga Emas Tiada Pasangan (≥60 tahun): RM600 STR + RM600 SARA
    jumlah str 2027

    Jangan mudah terpedaya dengan pautan palsu di media sosial dan pastikan anda hanya menggunakan portal rasmi LHDN untuk urusan penyerahan maklumat peribadi anda.

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim STR 2027

    Untuk sebarang pertanyaan, semakan status, kemaskini dan permohonan baharu STR, anda boleh menggunakan saluran rasmi LHDN berikut:

    • Portal Rasmi STR: hasil.gov.my
    • Talian Nombor Hotline STR LHDN: 1-800-88-2747 (Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
    • Talian Pejabat MoF (Kementerian Kewangan): 03-8882 4565 / 4566
    • Hadir Fizikal: Mana-mana Cawangan HASiL
    Bilakah tarikh tutup permohonan STR 2027 untuk Fasa 1?

    Pendaftaran dan kemas kini telah dibuka pada 1 Oktober 2026. Tarikh akhir bagi permohonan Fasa 1 ialah pada 15 November 2026.

    Saya penerima STR 2026, adakah saya perlu memohon semula?

    Tidak perlu, sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat peribadi (seperti status perkahwinan, bilangan anak, atau akaun bank). Data anda akan dibawa secara automatik untuk proses verifikasi STR 2027.

    Siapa yang kena mohon atau kemas kini?

    Hanya untuk orang baharu yang belum pernah terima, atau penerima lama yang ada perubahan maklumat (contoh: baru kahwin, bercerai, tukar nombor akaun bank, atau dah 3 tahun tak kemas kini).

    Kalau maklumat saya sama macam tahun lepas, perlu buat apa-apa tak?

    Tidak perlu. Jika tiada apa-apa perubahan, data anda akan diproses secara automatik untuk tahun 2027.

    Berapa jumlah duit yang akan dapat?

    Jumlah bayaran dan syarat gaji kelayakan hanya akan diketahui selepas Belanjawan 2027 diumumkan pada 9 Oktober 2026.

    Penulis
    Biografi User