RMSMJ: Permohonan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya 2026

rmsmj
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rakyat di Negeri Sabah berpeluang memilik rumah sendiri menerusi satu program yang disediakan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai rumah ini.

Mengenai Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (RMSMJ)

RMSMJ merupakan program perumahan yang dilancarkan pada 28 September 2022 oleh YBhg. Ketua Menteri Sabah menerusi pembinaan dua jenis rumah menggunakan teknologi IBS.

Pengenalan program perumahan ini merupakan sebahagian Hala Tuju SMJ 2021–2025 di semua 73 kawasan DUN Sabah melibatkan DBKK, MPT, MPS, dan lain-lain pihak berkuasa.

Objektif program rumah ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Membantu golongan e-Kasih, OKU, mangsa bencana, pemilik rumah daif dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri tertakluk syarat yang ditetapkan.
  • Meningkatkan pemilikan rumah & sosioekonomi rakyat.
  • Memastikan kualiti hidup keluarga Sabah bertambah baik.

Ciri Rumah

Ciri rumah ini adalah seperti berikut:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang tamu
  • Dapur
  • Beranda
  • Dibina menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Syarat Utama

Syarat utama untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
  2. Mempunyai tanah (Tanah sendiri / Tanah milk keluarga / Tanah rizab kampung)

Kriteria Pemohon

Kriteria pemohon yang ingin memohon program perumahan ini adalah seperti berikut:

  1. MANGSA BENCANA ALAM: Mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
  2. ORANG KELAINAN UPAYA (OKU): Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKANS).
  3. PEMILIK RUMAH DAIF: Pemohon memiliki rumah daif yang tidak selamat untuk didiami dan jika dibaiki, kos pembaikan adalah melebihi RM15,000.00.
  4. TIDAK MEMILIKI RUMAH SENDIRI: Golongan B40 Kategori BI (Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2,500.00, sumber Jabatan Perangkaan Malaysia). Menumpang rumah saudara mara atau menyewa rumah/bilik.
  5. BELIA BAHARU BERKAHWIN: Belia yang baharu berkahwin berumur di antara 18-40 tahun pada tarikh permohonan. Tempoh perkahwinan adalah tidak melebihi l tahun pada tarikh permohonan dikemukakan ke Pejabat Daerah. Kedua-dua pasangan hendaklah berasal dari Negeri Sabah dan terdiri dalan golongan B40 B1.
  6. Golongan eKASIH: Keutamaan pemilihan tidak tertakluk kepada kategori e-Kasih.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1gnrtKd99sOHgQk9mz2ZP6Jn_NGll8Ri_.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat daerah mengikut alamat tetap pemohon.

Dokumen Yang Diperluan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan KIR dan AIR (disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 9 dan ke atas).
  • Salinan surat beranak pemohon.
  • Salinan surat beranak ibu / bapa pemohon.
  • Salinan kad pengenalan dan surat beranak anak-anak / tanggungan.
  • Salinan surat nikah / cerai / kematian pasangan (jika berkaitan).
  • Borang Pengesahan dan Akuan Penerima Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
  • Slip gaji / pengesahan pendapatan (disahkan oleh Majikan) / Surat Akuan Pendapatan (UPPM/JKKK/Ketua Kampung) – Pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad OKU dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.
  • Gambar rumah sedia ada (bagi pemohon kriteria rumah daif dan bencana).
  • Salinan geran tanah.
  • Borang Kebenaran Menggunakan Tanah Milik / Rizab kampung (Surat kebenaran daripada pemegang amanah iaitu Ketua kampung atau Ketua Daerah atau Mahkamah Anak Negeri) -(Jika berkaitan).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan RMSMJ?

RMSMJ ialah program perumahan menerusi pembinaan dua jenis rumah menggunakan teknologi IBS.

Apakah syarat utama untuk memohon rumah ini?

a) Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
b) Mempunyai tanah (Tanah sendiri / Tanah milk keluarga / Tanah rizab kampung)

Apakah kriteria pemohon untuk memohon rumah ini?

a) MANGSA BENCANA ALAM: Mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
b) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU): Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKANS).
c) PEMILIK RUMAH DAIF: Pemohon memiliki rumah daif yang tidak selamat untuk didiami dan jika dibaiki, kos pembaikan adalah melebihi RM15,000.00.
d) TIDAK MEMILIKI RUMAH SENDIRI: Golongan B40 Kategori BI (Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2,500.00, sumber Jabatan Perangkaan Malaysia). Menumpang rumah saudara mara atau menyewa rumah/bilik.
e) BELIA BAHARU BERKAHWIN: Belia yang baharu berkahwin berumur di antara 18-40 tahun pada tarikh permohonan. Tempoh perkahwinan adalah tidak melebihi l tahun pada tarikh permohonan dikemukakan ke Pejabat Daerah. Kedua-dua pasangan hendaklah berasal dari Negeri Sabah dan terdiri dalan golongan B40 B1.
f) Golongan eKASIH: Keutamaan pemilihan tidak tertakluk kepada kategori e-Kasih.

Bagaimanakah saya boleh memohon?

Pemohon boleh memuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1gnrtKd99sOHgQk9mz2ZP6Jn_NGll8Ri_. Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke pejabat daerah mengikut alamat tetap pemohon.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai program perumahan ini, sila layari laman web https://kplb.sabah.gov.my/smj.html.

Baca juga: Rumah Mampu Milik Sarawak – Syarat & Cara untuk Memohon

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut