Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk Sesi 2026

bantuan persekolahan maipk
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk menerima Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2026 yang boleh dipohon menerusi https://bestari.maipk.gov.my/.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan.

Mengenai Skim Bantuan Persekolahan MAIPk

Skim bantuan ini diperkenalkan kepada anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.

Selain itu, skim bantuan ini juga membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.

Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperolehi pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 12 JANUARI sehingga 31 MAC 2026.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang akan diterima adalah berbentuk wang tunai secara one-off berjumlah:

  • Sekolah rendah – RM200
  • Sekolah Menengah – RM250

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bantuan persekolahan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
  5. Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
  6. Tidak menerima bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak / agensi.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bestari.maipk.gov.my/ dan tiada borang fizikal digunakan.

Manual pengguna bagi pendaftaran baharu boleh disemak melalui cara-cara berikut:

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Bantuan Persekolahan MAIPk?

Bantuan ini merupakan bantuan yang disediakan oleh pihak MAIPk kepada mereka yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk memberi barangan keperluan persekolahan.

Berapakah jumlah permohonan yang akan diterima?

Jumlah permohonan yang akan diterima adalah:
a) Sekolah rendah – RM200
b) Sekolah Menengah – RM250

Bilakah tarikh permohonan akan ditutup?

Tarikh permohonan akan ditutup pada 31 Mac 2026.

Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://bestari.maipk.gov.my/.

Adakah saya boleh membuat permohonan menerusi borang fizikal?

Tidak. Permohonan menerusi borang fizikal tidak lagi boleh digunakan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pejabat MAIPk yang berhampiran:

  • MAIPK Cawangan Ipoh: 05 – 241 2349
  • MAIPK Cawangan Batu Gajah: 05 – 365 1290
  • MAIPK Cawangan Kg Gajah: 05 – 631 2208
  • MAIPK Cawangan Seri Iskandar: 05 – 366 5310
  • MAIPK Cawangan Taiping: 05 – 806 6564
  • MAIPK Cawangan Selama: 05 – 839 3744
  • MAIPK Cawangan Bagan Serai 05 – 721 2926
  • MAIPK Cawangan Parit Buntar 05 – 716 7090
  • MAIPK Cawangan Kuala Kangsar: 05- 776 8371
  • MAIPK Cawangan Lenggong: 05 – 767 8869
  • MAIPK Cawangan Gerik: 05 – 791 3755
  • MAIPK Cawangan Pengkalan Hulu: 04 – 477 8077
  • MAIPK Cawangan Muallim: 05 – 452 0653
  • MAIPK Cawangan Tapah: 05 – 401 4858
  • MAIPK Cawangan Kampar: 05 – 465 1143
  • MAIPK Cawangan Teluk Intan: 05 – 621 6194
  • MAIPK Cawangan Bagan Datuk: 05- 648 0028
  • MAIPK Cawangan Manjung: 05 – 688 6957

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP): Tarikh & Cara Agihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut