Rayuan STR boleh dilakukan jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK.
Rayuan STR bagi kelayakan Fasa 3 boleh dilakukan sebelum tarikh tutup, 30 JUN 2026. Semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan Portal Rasmi STR.
Untuk penerima STR yang dah LULUS, tapi nak kemaskini maklumat seperti kahwin / cerai, pendapatan, tambah anak dan sebagainya, anda juga boleh buat rayuan bermula April – Jun 2026 untuk kelayakan STR Fasa 3.
Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah 2026 Fasa 2 telah mula disalurkan bermula secara berperingkat untuk penerima sedia ada bermula 10 Mac 2026 dan untuk penerima baharu rayuan bermula 30 Mac 2026.
Permohonan untuk STR Fasa 3 kepada warganegara Malaysia yang menepai syarat. Bayaran untuk STR Fasa 3 akan dikemaskini kelak. Rujuk: Permohonan STR 2026 Fasa 3 (Sumbangan Tunai Rahmah).
Rujuk cara semak status STR, rayuan STR untuk kelayakan fasa 3, maksud status STR dan info lain yang berkaitan dalam perkongsian di bawah.
Ringkasan Rayuan STR 2026
- Permohonan rayuan semula boleh dilakukan melalui portal rasmi STR 2026 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my > Log Masuk > no kad pengenalan dan kata laluan > borang rayuan.
- Kemas kini / permohonan rayuan sebelum 30 Jun 2026 bagi kelayakan fasa 3.
- Permohonan STR yang berstatus Tidak Lulus boleh kemukakan rayuan mengikut Kod Alasan.
- Sila rujuk soalan lazim permohonan STR 2026 dipautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/…/FAQ%20PERMOHONAN… (rujuk m/s 8-23)

Apa Itu Rayuan STR?
Rayuan STR merujuk kepada proses rayuan untuk semakan semula bagi kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu bantuan tunai daripada kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Proses rayuan dibuka khusus bagi pemohon STR yang permohonan asal mereka ditolak, tidak layak atau berstatus “Tidak Lulus”.
Ini adalah untuk membolehkan mereka mengemaskini maklumat dan mengemukakan dokumen sokongan untuk disemak semula.
Siapa yang Boleh Buat Rayuan STR?
Rayuan STR boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) asal mereka berstatus “Tidak Lulus” atau “Tidak Layak”.


Cara Semak Status STR 2026
Sebelum membuat rayuan, anda boleh semak status permohonan STR 2026 anda melalui beberapa kaedah rasmi seperti di bawah:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari Portal Rasmi STR, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Maksud Status STR 2026
Status STR merujuk kepada status permohonan dan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026.
Setelah anda membuat semakan dan mendapati permohonan anda berstatus LULUS, anda layak menerima bantuan tersebut.
Namun, sekiranya permohonan anda TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK, anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi mempertimbangkan semula kelayakan anda.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2025 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2026:
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2026.
MAKSUD STATUS LULUS
Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS TIDAK LULUS
Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2026 TIDAK LULUS?
Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2026
Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus
Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK:
1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.
2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.

3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Tarikh Bayaran Permohonan Baru & Rayuan STR Fasa 3 2026
Rayuan STR memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.
Permohonan Rayuan STR dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Rayuan akan dibuka mulai 16 Februari sehingga 30 Jun 2026.
Sementara itu, bagi penerima STR yang menerima status LULUS, tetapi ingin membuat kemaskini status atau perubahan maklumat pendapatan atau penambahan maklumat anak, permohonan rayuan ini akan dibuka mulai April – Jun 2026.
Pembayaran dan semakan status untuk Permohonan Baharu serta Rayuan STR 2026 disalurkan bermula pada 30 Mac 2026 secara berperingkat.
Menurut makluman rasmi, permohonan rayuan yang dibuat dalam tempoh 16 Februari sehingga 30 Jun 2026 ini akan diproses pada Fasa 3.

Cara Buat Rayuan STR
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
NOTA:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2026 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
- Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.

Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan
Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:







Maklumat Lanjut
Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.
Soalan Lazim – Rayuan STR 2026
Permohonan rayuan boleh dibuat sepanjang tahun selepas keputusan permohonan dipaparkan, tetapi untuk Fasa 3 STR 2026, ia dibuka mulai April hingga 30 Jun 2026.
Rayuan hanya untuk pemohon STR 2026 yang menerima status “Tidak Lulus” atau penerima lulus yang mahu kemas kini maklumat seperti perkahwinan, perceraian, pendapatan, atau tambah anak.
Rayuan dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my). Pilih status Tidak Lulus, pilih kod alasan, dan kemas kini maklumat serta dokumen sokongan yang diperlukan.
Semak status melalui portal STR. Pembayaran Fasa 2 untuk rayuan yang berjaya telah mula disalurkan bermula 30 Mac 2026 secara berperingkat manakala Fasa 3 akan dikemas kini kemudian.
Fasa 1: 20 Januari 2026.
Fasa 2: 10 Mac (penerima sedia ada), 30 Mac (baharu/rayuan).
Fasa 3 & 4: Akan dikemas kini.
Rujuk lebih banyak soalan lazim rayuan STR di bawah:























Baca juga:




