Permohonan Rayuan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 1 (2026/2027)

Rayuan Politeknik
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan sebelum ini, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan Politeknik & Kolej Komuniti bagi Sesi 1 2026/2027 di pautan berikut https://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 25 Mei 2026 (Isnin).

Rayuan ini dibuka kepada calon yang ingin mendapatkan peluang kedua untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan syarat, cara permohonan serta tarikh penting yang perlu anda ambil perhatian.

Apa itu Politeknik?

Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya. Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969.

Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995).

Untuk kemasukan ke sesi I 2026/2027, sebanyak 33,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian.

Sesi pendaftaran pelajar baharu bermula 14 Jun 2026 bagi program asasi ambilan sesi I: 2026/2027, manakala 21 Jun 2026 bagi program Diploma, Sijil dan Siiil Khas Kemahiran.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027

Kelebihan Belajar Di Politeknik

1. Institusi Milik Penuh Kerajaan

Politeknik berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), jadi sistem pembelajaran dan pengurusannya lebih terjamin serta dipercayai ramai.

2. Program Pengajian yang Diiktiraf

Program di politeknik mendapat pengiktirafan MQA dan badan profesional tertentu, sekali gus memudahkan graduan mencari kerja atau sambung belajar.

3. Lokasi di Seluruh Negara

Politeknik terdapat di hampir setiap negeri, memudahkan pelajar memilih kampus yang dekat dan menjimatkan kos.

4. Yuran yang Berpatutan

Yuran pengajian di politeknik lebih murah berbanding kebanyakan institusi swasta, sesuai untuk pelajar yang ingin berjimat.

5. Peluang Pekerjaan yang Cerah

Pembelajaran lebih praktikal dan berfokus kepada industri menjadikan graduan politeknik lebih mudah mendapat pekerjaan.

6. Peluang Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Tertinggi

Lepasan politeknik boleh menyambung pengajian ke universiti sehingga ke peringkat ijazah dan lebih tinggi.

Semakan Keputusan Politeknik & Kolej Komuniti

Semakan keputusan kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC) Sesi I 2026/2027 telah dibuka mulai 22 Mei 2026 (Jumaat), jam 12 tengah hari.

Anda boleh buat semakan di puatan berikut: http://upu.mohe.gov.my

Cara Semakan Keputusan Politeknik & Kolej Komuniti 2026

Semakan Keputusan Politeknik & Kolej Komuniti 2026 boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “SEMAK”
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Anda juga boleh semak keputusan melalui pautan berikut:

Rayuan Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti

Rayuan boleh dikemukakan mulai 25 Mei 2026 (Isnin), jam 12 tengah hari melalui portal https://ambilan.mypolycc.edu.my.

Tarikh Penting Semakan Politeknik & Kolej Komuniti 2026/2027 (Lepasan SPM)

Berikut adalah jadual tarikh penting proses semakan, pengesahan, dan rayuan Politeknik & Kolej Komuniti bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM):

A. Saluran UPUOnline

PerkaraTarikh
Borang Permohonan Dibuka29 Januari 2026
Borang Permohonan Ditutup13 April 2026
Semakan Panggilan Temuduga19/20 April 2026
Sesi Temuduga21 April – 04 Mei 2026
Semakan Keputusan & Rayuan22 Mei 2026
Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi14 Jun 2026
Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma & Sijil21/22 Jun 2026

B. Saluran eBorang MyPOLYCC

PerkaraTarikh
Borang Permohonan Dibuka27 Februari 2026
Semakan Panggilan Temuduga19/20 April 2026
Sesi Temuduga21 April – 04 Mei 2026
Semakan Keputusan & RayuanMulai 25 Mei 2026
Pendaftaran Pelajar Baharu21/22 Jun 2026

C. Laluan Asimilasi

PerkaraTarikh
Permohonan Dibuka02 April 2026
Permohonan Ditutup30 April 2026
Semakan Keputusan & Rayuan15 Jun 2026
Pendaftaran Pelajar Asimilasi28/29 Jun 2026

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my/

ATAU

Hubungi saluran berikut:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

  • No. Tel: 03 – 8888 3837
  • No. Whatsapp: 03 – 8888 5625
  • E-mel: [email protected]
  • Facebook : polyccofficial
  • Instagram : polyccofficial
  • Х : polyccofficial
  • Threads :polyccofficial

Soalan Lazim Rayuan Politeknik

Bilakah permohonan rayuan Politeknik & Kolej Komuniti dibuka?

Permohonan rayuan bagi kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi 1 2026/2027 dibuka mulai 25 Mei 2026 (Isnin).

Di manakah saya boleh membuat rayuan?

Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi berikut:
👉 https://ambilan.mypolycc.edu.my

Siapa yang boleh membuat rayuan?

Rayuan dibuka kepada calon yang tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan sebelum ini dan ingin mendapatkan peluang kedua untuk melanjutkan pengajian di Politeknik atau Kolej Komuniti.

Berapa banyak tempat disediakan untuk sesi kemasukan 2026/2027?

Sebanyak 33,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian bagi kemasukan Sesi I 2026/2027.

Apakah kelebihan belajar di Politeknik?

Antara kelebihan belajar di Politeknik ialah:

Institusi milik penuh kerajaan di bawah KPT
Program pengajian diiktiraf MQA
Kampus terdapat di seluruh negara
Yuran pengajian lebih berpatutan
Peluang pekerjaan yang baik
Boleh sambung pengajian hingga ke peringkat lebih tinggi

Bilakah semakan keputusan Politeknik & Kolej Komuniti dibuka?

Semakan keputusan kemasukan POLYCC Sesi I 2026/2027 telah dibuka mulai 22 Mei 2026 (Jumaat), jam 12 tengah hari.

Bagaimana cara membuat semakan keputusan?

Pemohon boleh membuat semakan melalui portal rasmi berikut:
👉 http://upu.mohe.gov.my
Langkah semakan:

Layari portal rasmi semakan
Masukkan nombor kad pengenalan
Klik butang “SEMAK”
Log masuk seperti biasa
Semak keputusan yang dipaparkan

Adakah terdapat pautan alternatif untuk semakan keputusan?

Ya, anda juga boleh membuat semakan melalui pautan berikut:
http://jpt.uum.edu.my
http://jpt.ums.edu.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.unimas.my
http://jpt.umt.edu.my

Bilakah pendaftaran pelajar baharu bermula?

Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah seperti berikut:

14 Jun 2026 – Program Asasi
21 Jun 2026 – Program Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kemahiran

Baca juga: Permohonan Biasiswa Diploma 2026 Politeknik Awam

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut