PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2026/2027
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kole Komuniti (JPPKK) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi I 2026/2027 ke program Sijil dan Diploma di 36 buah Politeknik dan 106 buah Kole Komuniti telah dibuka menerusi https://ambilan.mypolycc.edu.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti ini.

Latar Belakang: Kemasukan Politeknik Di Malaysia
Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.
Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).
Untuk kemasukan ke sesi I 2026/2027, sebanyak 33,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian.
Sesi pendaftaran pelajar baharu bermula 14 Jun 2026 bagi program asasi ambilan sesi I: 2026/2027, manakala 21 Jun 2026 bagi program Diploma, Sijil dan Siiil Khas Kemahiran.

Kelebihan Belajar Di Politeknik
- Institusi milik penuh Kerajaan
- Program pengajian yang diiktiraf
- Lokasi di seluruh negara
- Yuran yang berpatutan
- Peluang pekerjaan yang cerah
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi
Senarai Politeknik & Kolej Komuniti di Malaysia
Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :
- 3 Politeknik Premier
- 28 Politeknik Konvensional
- 5 Politeknik METro
Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

Untuk kolej komuniti di seluruh negara, senarai institusi ini boleh dirujuk di SINI.

Senarai Program Diploma
Bagi calon asimilasi yang ingin memohon program diploma di politeknik dan kolej komuniti, senarai program ini adalah seperti berikut:
i- JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
- Diploma Agroteknologi
- Diploma Bioteknologi
- Diploma Teknologi Akuakultur
- Diploma Teknologi Hortikultur Landskap
ii- JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
- Diploma Geomatik
- Diploma in Architectural Technology (WBL)
- Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
- Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
- Diploma Seni Bina
- Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
- Diploma Ukur Bahan
iii- JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- Diploma in Electronics Instrumentation Technology (WBL)
- Diploma in Mobile Technology (WBL) – Ambilan Januari
- Diploma in Rail Signalling And Communication Technology (WBL)
- Diploma in Security Surveillance System Technology (WBL) – Ambilan Januari
- Diploma in Sound & Lighting Technology (WBL)
- Diploma in Telecommunication Technology (WBL) – Ambilan Januari
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
- Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)
iv- JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- Diploma in Mechanical Design Technology (WBL)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji Kuasa)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Perindustrian)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik Perindustrian)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Perindustrian)
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Teknologi Kenderaan Perdagangan (WBL) – Ambilan Januari
v- JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN
vi- JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
- Diploma Kejuruteraan Kimia
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
vii- JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
- Diploma Dandanan Rambut (WBL)
- Diploma in Culinary Arts (WBL)
- Diploma in Hotel Management (WBL)
- Diploma In Patisserie (WBL) – Ambilan Januari
- Diploma Pelancongan Rekreasi
- Diploma Pengurusan Acara
- Diploma Pengurusan Hotel (WBL)
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Pengurusan Resort
- Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
- Diploma Seni Kulinari
- Diploma Seni Kulinari (WBL)
- Diploma Terapi Kecantikan (WBL) – Ambilan Januari
viii- JABATAN PENYENGGARAAN PESAWAT
ix- JABATAN PERDAGANGAN
- Diploma in Retail Operations Management (WBL)
- Diploma Insurans
- Diploma Keusahawanan (WBL)
- Diploma Kewangan
- Diploma Kewangan Islam
- Diploma Pemasaran
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
- Diploma Pengurusan Peruncitan
- Diploma Perakaunan
- Diploma Perniagaan Antarabangsa
- Diploma Sains Kesetiausahaan
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
x- JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL
- Diploma in 3D Animation Technology (WBL)
- Diploma in Games Art Technology (WBL)
- Diploma Reka Bentuk Fesyen
- Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik
- Diploma Reka Bentuk Kraf
- Diploma Rekabentuk Grafik
- Diploma Rekabentuk Industri
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (WBL)
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video (WBL)
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni (WBL)
- Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)
xi- JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MARITIM
xii- JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN
- Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)
- Diploma Teknologi Makanan
- Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal
xiii- JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Selian itu, berkuat kuasa mulai Sesi I: 2026/2027, terdapat pindaan nama program seperti berikut:
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ditukar kepada Diploma Kejuruteraa
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) ditukar kepada Diploma
- Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi).
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ditukar kepada Diploma
- Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi).
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik Perindustrian).
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Perindustrian).
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji Kuasa).
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) ditukar kepada Diploma
Kejuruteraan Elektronik.
Selain itu, Program Eksklusif NAVALTech@PSA turut diperkenalkan melalui kerjasama antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Inisiatif di bawah Nota Kerjasama (MoU) yang dimeterai pada 20 Mei 2025 antara JPPKK dan TLDM ini bertujuan membekalkan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran serta berdisiplin tinggi.
Program NavalTech@PSA ditawarkan melalui empat program pengajian di PSA iaitu:
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti
Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :
Politeknik Premier
5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
Politeknik Konvensional / METrO
3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
- Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
- Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
- Sejarah (Wajib Lulus)
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains / Fizik atau Kimia

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :
- Diploma
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti
- Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.
- Sijil Kolej Komuniti
- Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

Baca juga: KPTM : Cara Permohonan, Senarai Kursus & Lokasi Kolej
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 27 Februari 2026 (5.00 Petang) hingga 27 Mac 2026 (5.00 petang).
Cara Memohon Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi I 2026/2027
Permohonan bagi ambilan ini boleh dibuat di pautan berikut https://ambilan.mypolycc.edu.my.
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butan login untuk memohon.
Soalan Lazim
Permohonan dibuka mulai mulai 27 Februari 2026 (5.00 Petang) hingga 27 Mac 2026 (5.00 petang).
Lokasi politeknik boleh diketahui menerusi https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=politeknik manakala lokasi Kolej Komuniti boleh diketahui menerusi pautan https://www.mohe.gov.my/?view=article&id=352:kolej-komuniti&catid=52
Permohonan dibuka kepada:
– Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 ke bawah
– Lulusan Sijil Politeknik
– Lulusan Sijil Kolej Komuniti
– Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional)
– Lulusan sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA
– Lulusan sijil Institut Kemahiran MARA,
– Lulusan sijil Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3).
– Lulusan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)
– Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
– Murid yang tamat pengajian tingkatan lima, sekolah pendidikan khas bagi kemasukan ke 12 program Sijil Khas Kemahiran bagi kumpulan murid Orang Kurang Upaya (OKU)
– Pemilik sijil APEL
Permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi https://ambilan.mypolycc.edu.my.
Tarikh pendaftaran pelajar baharu bermula 14 Jun 2026 bagi program asasi ambilan sesi I: 2026/2027, manakala 21 Jun 2026 bagi program Diploma, Sijil dan Siiil Khas Kemahiran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my/
ATAU
Hubungi saluran berikut:
Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
- No. Tel: 03 – 8888 3837
- No. Whatsapp: 03 – 8888 5625
- E-mel: [email protected]
- Facebook : polyccofficial
- Instagram : polyccofficial
- Х : polyccofficial
- Threads :polyccofficial




