Permohonan Biasiswa Diploma 2026 Politeknik Awam

biasiswa diploma
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan daripada pelaar di Politeknik Awam Malaysia untuk memohon Yayasan Kuok Berhad menerusi pautan apply.kuokfoundation.org.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Diploma 2026

Biasiswa Diploma ini merupakan biasiswa yang disediakan oleh Yayasan Kuok Berhad, iaitu sebuah institusi amal bukan berasaskan keuntungan.

Institusi ini diperbadankan pada 1 Jun 1970 oleh keluarga Kuok di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 sebagai sebuah syarikat berhad.

Fokus utama yayasan ini sejak penubuhannya pada tahun 1970 adalah memajukan bidang pendidikan dan mengurangkan kemiskinan melalui pendidikan.

Salah satu usaha tersebut adalah menerusi biasiswa ini yang memfokuskan kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Diploma.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 9 Mac 2026 sehingga 31 Mac 2026.

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang ditawarkan adalah sehingga RM12,000 setahun kepada calon yang berjaya.

Syarat Permohonan

Syarat untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar tanpa keputusan Politeknik (Lepasan SPM / Pelajar Politeknik Semester 1)
    – Dinilai berdasarkan keputusan SPM dengan minimum 4 kepujian dalam
  3. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau mata pelajaran berkaitan dengan kursus yang dipohon / dikuti.
  4. Pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian
    – Dinilai berdasarkan PNGK terkini, minimum 3.00.
  5. Bantuan Kewangan Yayasan Kuok hanya untuk pelajar miskin sahaja.

Cara Memohon

Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web apply.kuokfoundation.org.

Selepas pemohon menghantar permohonan melalui dalam talian, pemohon juga perlu mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan di alamat:

Yayasan Kuok Berhad
Peti Surat No. 110, Tingkat 16,
Menara UBN, No. 10, Jalan P. Ramlee,
50250 Kuala Lumpur

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Biasiswa Diploma 2026?

Biasiswa ini merupakan biasiswa daripada Yayasan Kuok Berhad yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar peringkat Diploma yang layak.

Bilakah tarikh permohonan biasiswa ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 9 Mac 2026 sehingga 31 Mac 2026.

Berapakah jumlah biasiswa yang ditawarkan?

Jumlah biasiswa yang ditawarkan adalah sehingga RM12,000 setahun.

Adakah biasiswa ini khusus kepada pelajar miskin sahaja?

Ya. Biasiswa ini hanya khusus kepada pelajar miskin sahaja.

Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web apply.kuokfoundation.org dan pemohon juga perlu mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan Kuok Berhad.

Info Lanjut

Untuk info selanjutnya mengenai Biasiswa Diploma 2026, sila layari laman web https://kuokfoundation.com/.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2026 (BYDPA)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut