Pendaftaran MyDigital ID kini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian (online) menggunakan MyKad baharu anda melalui aplikasi rasmi tanpa perlu ke kiosk fizikal.
Bagi yang belum mengetahui, MyDigital ID ialah pengesahan identiti digital tunggal untuk rakyat Malaysia bagi mengakses pelbagai portal kerajaan dan swasta secara selamat.
Ia bertindak sebagai sistem Single Sign-On (SSO) yang menghubungkan pelbagai platform digital seperti MyJPJ, HRMIS, MyPTPTN, dan PADU tanpa memerlukan kata laluan yang berbeza bagi setiap aplikasi.
Jom rujuk cara daftar MyDigital ID menggunakan MyKad Generasi Baharu di bawah.
Apakah MyDigital ID?
MyDigital ID ialah sistem pengesahan identiti digital tunggal yang selamat bagi rakyat Malaysia untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian sektor awam dan swasta secara bersepadu.
Dibangunkan oleh MIMOS Berhad di bawah seliaan Kementerian Digital, platform ini berfungsi sebagai sistem Single Sign-On (SSO) yang membolehkan pengguna log masuk ke pelbagai portal kerajaan seperti MyJPJ, MyPTPTN, HRMIS, dan PADU hanya dengan satu identiti digital tanpa perlu mengingati banyak kata laluan yang berbeza.
Bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi, sistem ini menggunakan teknologi penyulitan canggih yang memadankan biometrik dan maklumat MyKad pengguna terus dengan pangkalan data rasmi negara, serta direka unik supaya tidak menyimpan atau mendedahkan data peribadi pengguna di dalam peranti mudah alih.

Cara Daftar MyDigital ID Guna MyKad Baru
Untuk mendaftar MyDigital ID Guna MyKad Baru, anda boleh rujuk panduan di bawah:
- Sediakan mykad, telefon bimbit dengan sambungan internet dan muat turun aplikasi MyDigital ID melalui Google Play atau App Store.
- Plih ‘Daftar Online’
- Tekan ‘Teruskan’
- Masukkan emel
- Masukkan OTP yang diterima
- Masukkan nama penuh dan no. kad pengenalan
- Baca arahan yang diberikan dan tekan ‘Seterusnya’
- Pilih MyKad Generasi Baharu dan tekan butang ‘Teruskan’
- Imbas MyKad Generasi Baharu anda dengan padankan pada bingkai sehingga keluar jalur hijau
- Imbas Belakang MyKad Generasi Baharu anda
- Imbas muka. Pastikan wajah berada dalam bulatan
- Masukkan kata laluan. Minima 12 aksara termasuk huruf, nombor dan aksara khas
- Dinasihatkan untuk mengaktifkan biometrik
- Tekan ‘OK’
- Pendaftaran MyDigital ID berjaya
Mudah je kan?



Kelebihan Menggunakan MyDigital ID
Bagi belum tahu apa sebenarnya kelebihan menggunakan MyDigital ID, anda boleh rujuk antara kelebihannya di bawah;
- Satu ID Untuk Semua (Single Sign-On): Anda tidak perlu lagi menghafal puluhan kata laluan yang berbeza. Dengan hanya satu akaun MyDigital ID, anda boleh mengakses pelbagai aplikasi kerajaan seperti MyJPJ, MyPTPTN, HRMIS, dan PADU secara serentak.
- Tahap Keselamatan Kriptografi Tinggi: Sistem ini menggunakan teknologi pengekstrakan keselamatan bertaraf tinggi yang disahkan oleh MIMOS Berhad. Ia melindungi akaun anda daripada risiko kecurian identiti dan penipuan siber (phishing).
- Tiada Penyimpanan Data Pada Peranti: MyDigital ID direka unik untuk tidak menyimpan sebarang data peribadi atau maklumat MyKad anda di dalam telefon pintar. Ini bermakna, sekiranya telefon pintar anda hilang atau dicuri, maklumat peribadi anda tetap selamat dan tidak boleh dicoroboh.
- Urusan Pembaharuan Lebih Pantas: Mengurangkan birokrasi dan masa menunggu di kaunter fizikal. Urusan rasmi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara masa nyata (real-time).
BACA JUGA: Cara Batal MyDigital ID Jika Tukar Peranti & Terlupa Kata Laluan
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim MyDigital ID MyKad Baru
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian ‘hotline’ di: +603 8687 2772 atau, emel: [email protected]

Ya, aplikasi MyDigital ID kini menyokong penuh pendaftaran secara online untuk pemegang MyKad Generasi Baharu (kad polikarbonat). Sokongan ini telah dikemas kini melalui aplikasi versi terbaharu di Google Play Store untuk pengguna peranti Android. Bagi pengguna iOS (iPhone) dan Huawei, kemas kini rasmi akan menyusul tidak lama lagi mengikut pengumuman rasmi pihak pengurusan MyDigital ID.
Tidak, MyKad fizikal dan MyDigital ID berfungsi secara berasingan untuk melengkapi antara satu sama lain. MyKad baharu mengekalkan fungsinya sebagai dokumen identiti fizikal utama (dengan ciri keselamatan biometrik dan QR dipertingkatkan) untuk urusan di kaunter. Manakala MyDigital ID pula bertindak sebagai ‘kunci digital’ rasmi anda untuk urusan log masuk pelbagai portal agensi kerajaan secara atas talian.
Pendaftaran MyDigital ID adalah 100% percuma.
Tidak boleh. Pendaftaran MyDigital ID memerlukan proses imbasan wajah langsung (eKYC) pemilik MyKad tersebut untuk padanan biometrik keselamatan. Oleh itu, pemilik MyKad mesti ada bersama semasa proses pendaftaran dilakukan.
Anda hanya perlu memuat turun semula aplikasi MyDigital ID di telefon baharu dan melakukan proses pengesahan identiti sekali lagi. Rujuk sini Cara Batal MyDigital ID Jika Tukar Peranti & Terlupa Kata Laluan




