Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pernah tak anda alami situasi di mana apabila bertukar ke telefon yang baharu, tiba-tiba sahaja aplikasi MyDigital ID anda tersangkut (stuck)? Bila cuba mendaftar buat kali kedua, tak boleh pula.

Sebenarnya, anda tidak perlu panik. Masalah pendaftaran tersekat ini bukanlah satu kerosakan sistem. Sebenarnya, setiap MyDigital ID hanya boleh didaftarkan pada SATU telefon sahaja pada satu-satu masa.

Sama seperti aplikasi perbankan, apabila bertukar ke telefon baharu, pengguna perlu membatalkan Digital ID pada peranti lama terlebih dahulu sebelum mendaftar semula pada telefon baru.

Jom rujuk cara batalkan MyDigital ID di bawah.

Apa Itu MyDigital ID?

MyDigital ID ialah sistem identiti digital rasmi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan dan menjamin keselamatan rakyat semasa berurusan secara dalam talian.

Ia membolehkan anda mengesahkan identiti serta log masuk ke pelbagai portal kerajaan dan swasta (seperti JPJ, PADU, MySejahtera) dengan hanya menggunakan satu akaun dan satu kata laluan sahaja.

Anda tidak perlu lagi pening kepala mengingati berpuluh-puluh nama pengguna (username) dan kata laluan yang berbeza bagi setiap laman web.

MyDigital ID

Bila & Kenapa Perlu Batalkan MyDigital ID?

Anda perlu membatalkan MyDigital ID anda dalam beberapa situasi seperti di bawah bagi memastikan anda boleh menggunakannya:

1. Bila Bertukar ke Telefon Baru

Sistem MyDigital ID direka hanya untuk aktif pada satu peranti sahaja pada satu-satu masa. Sijil digital yang lama mesti dipadamkan/dibatalkan terlebih dahulu bagi membolehkan telefon baharu anda memuat turun sijil digital yang baharu.

Jika tidak dibatalkan, pendaftaran di telefon baharu akan tersangkut dengan kod ralat.

    2. Apabila Telefon Lama Hilang atau DicuriWalaupun penjenayah tidak boleh mengakses MyDigital ID anda tanpa kata laluan peranti atau pengesahan wajah anda, pembatalan segera adalah langkah keselamatan terbaik.

    Anda boleh melakukan pembatalan ini terus melalui aplikasi di telefon baharu (menggunakan ciri eKYC) atau pergi ke kiosk fizikal.

      3. Telefon Pintar Rosak

      Apabila telefon rosak sepenuhnya dan tidak lagi boleh dihidupkan, aplikasi di dalamnya sudah tentu tidak dapat diakses. Sama seperti kes telefon hilang, anda perlu membatalkan sijil pada peranti yang rosak itu menggunakan telefon pintar yang baharu ataupun melalui kiosk pintar peranti.

        4. Terlupa Kata Laluan Laluan (Pin MyDigital ID)

        Bagi melindungi privasi pengguna, aplikasi ini tidak mempunyai butang mudah untuk “Set Semula Kata Laluan” melalui emel seperti platform media sosial biasa.

        Sekiranya anda tersilap atau terlupa PIN keselamatan, jalan penyelesaiannya adalah dengan membatalkan akaun tersebut dan membuat pendaftaran semula dari awal.

          5. Aplikasi Telah Dipadam (Uninstalled) Secara Tidak SengajaApabila anda memadamkan aplikasi MyDigital ID daripada telefon, sijil digital yang tersimpan di dalam storan peranti akan menjadi tidak sah atau terganggu.

          Apabila anda memuat turun semula aplikasi tersebut pada peranti yang sama, sistem kadangkala mengesan seolah-olah anda cuba mendaftar kali kedua. Proses pembatalan sijil lama perlu dijalankan dahulu untuk refresh semula status pangkalan data anda.

            Cara Batalkan MyDigital ID yang Lama

            Rujuk cara-cara batalkan MyDigital ID yang lama di bawah:

            1. Buka apps, tekan butang “Batal Digital ID”
            2. Masukkan nama dan nombor MyKad
            3. Imbas MyKad bahagian depan dan belakang
            4. Imbas wajah
            5. Selesai

            Selepas pembatalan berjaya, boleh terus mendaftar semula MyDigital ID pada telefon baru. 

            cara batalkan MyDigital ID
            cara batalkan MyDigital ID
            cara batalkan MyDigital ID
            Telefon Rosak & Tak Dapat Dihidupkan Semula, Macam Mana Nak Batalkan?

            Jika telefon lama anda sudah rosak, mati, atau langsung tak boleh dihidupkan semula, anda sebenarnya tidak perlu risau atau panik. Anda boleh menyelesaikan masalah ini terus menggunakan telefon baharu anda.

            Tak Dapatkan Batalkan Online, Kena Perlu Buat Apa?

            Jika anda sudah mencuba kaedah dalam talian (online) melalui aplikasi di telefon baharu tetapi tetap gagal, anda boleh melakukan pembatalan secara fizikal dengan mengunjungi Kiosk Fizikal MyDigital ID terdekat.

            Bawa kad pengenalan asal bersama telefon baharu yang ingin anda gunakan untuk mendaftar nanti bagi memudahkan proses pembatalan dan pendaftaran baru MyDigital ID di lokasi.

            Semak kios yang berdekatan dengan anda di sini: www.digital-id.my/support#faq_kiosk

              Maklumat Lanjut

              Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini MyDigital ID, anda boleh merujuk kepada saluran-saluran utama berikut:

              • Laman Web Utama: Layari Laman Web Rasmi MyDigital ID.
              • Talian Hotline: +603 8687 2772
              • E-mel Sokongan: [email protected]
              • Waktu Operasi Kaunter Bantuan:7:30 pagi hingga 9:00 malam (Dibuka setiap hari, termasuk pada hari cuti umum).

              Soalan Lazim Cara Batalkan MyDigital ID

              Adakah saya wajib menggunakan telefon lama untuk membatalkan MyDigital ID?

              Tidak. Anda tidak semestinya perlu memegang telefon lama. Jika telefon lama anda sudah hilang, rosak, atau aplikasi telah dipadam, anda boleh melakukan proses pembatalan terus menggunakan telefon baharu melalui fungsi “Batal Digital ID” yang disediakan pada menu skrin utama aplikasi.

              Mengapa peranti baharu saya tertulis “Sijil Lama Masih Aktif” atau “Already Registered”?

              Ini berlaku kerana sistem MyDigital ID mengamalkan konsep satu identiti hanya untuk satu peranti sahaja. Jika anda terus menekan butang daftar di telefon baharu tanpa memadamkan sijil di telefon lama, sistem keselamatan akan menyekat pendaftaran tersebut bagi mengelakkan risiko pertindihan akaun. Anda perlu memilih menu pembatalan terlebih dahulu.

              Saya sudah cuba membatalkan secara online di telefon baharu, tetapi mengapa eKYC (imbasan wajah) saya asyik gagal?

              Isu ini biasanya berpunca daripada kesesakan pelayan (server congestion) atau masalah pencahayaan semasa kamera mengimbas muka anda. Jika masih gagal, anda wajib hadir secara fizikal ke Kiosk MyDigital ID.

              Apakah yang perlu saya bawa jika mahu membatalkan akaun di Kiosk Fizikal MyDigital ID?

              Anda hanya perlu membawa MyKad fizikal (Kad Pengenalan) asal anda sahaja.

              Saya terlupa nombor PIN / Kata Laluan MyDigital ID saya. Adakah saya perlu batalkan juga?

              Ya. Sekiranya anda terlupa PIN, jalan penyelesaian tunggal adalah dengan membatalkan akaun tersebut (sama ada via aplikasi atau kiosk) dan lakukan pendaftaran semula.

              Penulis