Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026

bantuan pendidikan pelajar ipt
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian ke IPT adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026 menerusi portal my-Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan pendidikan ini.

Mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak

Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak merupakan bantuan yang khusus diberikan kepada pelajar IPT daripada Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Antara bantuan yang diberikan adalah seperti:

  • Bantuan Komputer Riba Percuma
  • Bantuan Baucar Buku
  • Bantuan Kewangan Khas

Untuk makluman, Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.

Antara objektifnya ialah memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 – 30 April 2026.

Bantuan Yang Disediakan

Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Komputer Riba Percuma
  • Bantuan Baucar Buku
  • Bantuan Kewangan Khas

i- Bantuan Komputer Riba Percuma

Bantuan Komputer Riba Percuma ini adalah untuk membantu pelajar IPT anak Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40/M40).

Bantuan ini menyasarkan 10,000 pelajar dengan peruntukan RM30 juta, merangkumi komputer riba dan baucar buku, bagi memperkukuh akses pendidikan digital.

ii- Bantuan Baucar Buku

Bantuan ini diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak untuk membeli buku menerusi baucar bernilai RM500 melalui S Pay Global.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk pembelian bahan pembelajaran.

iii- Bantuan Kewangan Khas

Bantuan Kewangan Khas Merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar IPT anak Sarawak sebanyak RM1200 dan dibayar dua kali setahun setiap semester.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

1- Status Pelajar

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak Sarawak (salah seorang ibu atau bapa adalah
orang Sarawak mempunyai kad pengenalan status “K”).

2- Mod Pengajian

Mod pengajian adalah sepenuh masa sahaja.

3- Peringkat Pengajian

Untuk Bantuan Komputer Riba Percuma, pemohon mestilah pelajar tahun pertama sahaja di peringkat
Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.

Bagi Bantuan Baucar Buku, pemohon mestilah pelajar Asasi sehingga PhD pertama.

Bagi Bantuan Kewangan Khas, pemohon mestilah pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama.

4- Status Institusi

IPTA dan IPTS seluruh Malaysia sahaja diiktiraf atau dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

5- Status Pendapatan

Untuk Bantuan Komputer Riba Percuma dan Bantuan Baucar Buku, pendapatan perkapita keluarga RM1,500.00 dan kebawah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Wajib mempunyai akaun Sarawak Pass (https://sarawakpass.sarawak.gov.my/) dan e-wallet S PAY Global.
  2. Layari laman web portal My Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.my/ dan daftar masuk melalui Sarawak Pass.
  3. Isi maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. My Yayasan akan verifikasi permohonan serta kelayakan permohonan berdasarkan maklumat yang dikemukakan.
  5. Pilih bantuan yang anda layak dan My Yayasan akan menghantar emel menyatakan anda berjaya memohon.
  6. Pantau status permohonan di My Yayasan bahagian semak status.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat Tawaran mengikuti pengajian.
  2. Slip/Baucar Gaji/Pencen.
  3. Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak?

Bantuan ini merupakan bantuan yang khusus diberikan kepada pelajar IPT daripada Sarawak seperti:
– Bantuan Komputer Riba Percuma
– Bantuan Baucar Buku
– Bantuan Kewangan Khas

Bilakah tarikh permohonan bantuan ini dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 – 30 April 2026.

Berapakah nilai baucar buku yang akan diterima pelajar?

Nilai baucar buku adalah RM500.

Jika mod pengajian saya adalah separuh masa, adakah saya boleh memohon bantuan-bantuan tersebut?

Tidak. Hanya pelajar sepenuh masa sahaja layak memohon.

Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Permohonnan boleh dibuat menerusi portal My Yayasan https://myys.yayasansarawak.org.

Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

– Surat Tawaran mengikuti pengajian.
– Slip/Baucar Gaji/Pencen.
– Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak mempunyai slip/baucar gaji/pencen yang disahkan oleh Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Kerajaan Sarawak , sila layari laman web Yayasan Sarawak iaitu https://yayasansarawak.org.my/.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (BPDN) MAIK

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut