Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempelawa anak Selangor berkelayakan yang mengikuti pengajian ke Luar Negara untuk memohon Program Biasiswa Bitara Tahun 2026 dan permohonan boleh dibuat mulai 5 Oktober 2026 di pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Bitara
Biasiswa Bitara merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada anak-anak Selangor yang dikendalikan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Biasiswa ini dibuka untuk pengajian Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 50 universiti terkemuka (mengikut Ranking by Subject 2026 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
Untuk makluman, biasiswa ini merupakan penjenamaan semula program Selangor Brain Bank yang mana program biasiswa ini telah ditambah baik.
Tujuan utama biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk memastikan anak-anak Selangor dapat melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka seterusnya menjadi kumpulan yang membantu pembangunan Negeri Selangor pada masa hadapan.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan biasiswa ini adalah pada 5 Oktober 2026 hingga 12 Oktober 2026.
Kategori Pemohon
Kategori pemohon yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
1- Penjawat Awam
- Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
2- Orang Awam
- Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
1- Skop Smart Selangor
- Governance
- Energy And Utility
- Water Management
- Waste Management
- Building And Housing
- Transport And Mobility
- Safety And Security
- Healthcare
- Disaster Management
- Food And Agriculture
- Education
2- Bidang Berkaitan
- Human & Social Development
- Culture & Heritage
- Manufacturing
- Environment
- Business
- Retail
- Commercial
- Technology
- Communication
- Islamic Affairs
Syarat Pembiayaan
Syarat pembiayaan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun.
- Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
- Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2026 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550) / MUET Band (3.0).
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
- Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
- Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
Cara Memohon
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Soalan Lazim
iasiswa Bitara merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada anak-anak Selangor yang dikendalikan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) untuk melanjutkan pengajian ke luar negara di 50 universiti terkemuka (mengikut Ranking by Subject 2026 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
Tarikh permohonan biasiswa ini adalah pada 5 Oktober 2026 hingga 12 Oktober 2026.
Ya. Penjawat awam boleh memohon biasiswa ini dan mestilah berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan. Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
1- Skop Smart Selangor
– Governance
– Energy And Utility
– Water Management
– Waste Management
– Building And Housing
– Transport And Mobility
– Safety And Security
– Healthcare
– Disaster Management
– Food And Agriculture
– Education
2- Bidang Berkaitan
– Human & Social Development
– Culture & Heritage
– Manufacturing
– Environment
– Business
– Retail
– Commercial
– Technology
– Communication
– Islamic Affairs
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Bitara Tahun 2026, sila layari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my.
Baca juga: Biasiswa Khas Sagong Tasi Pelajar IPT Orang Asli Selangor 2026




