Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 29 September 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Rayuan Tabung Haji, penambahbaikan pembiayaan LPPSA untuk penjawat awam, perkhidmatan pos ubat percuma, ambilan kedua UPU lepasan STPM dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Rayuan Haji Dibuka 2 Oktober 2026

Permohonan rayuan haji bagi Musim Haji 1448H/2027M akan mula dibuka pada 2 Oktober 2026.

Kadar bayaran haji yang ditetapkan kepada #BakalHaji1448H yang terpilih melalui rayuan adalah kos penuh bagi Musim Haji 1448H/2027M iaitu RM33,300.

rayuan haji

Pertimbangan rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan kriteria dan skor merit iaitu tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan TH, kekerapan permohonan rayuan, simpanan konsisten dan kekerapan kehadiran ke Kursus Asas Haji (KAH).

Siaran akhbar: https://www.tabunghaji.gov.my/…/siaran…/haji/pr28092026

2. MyKad Generasi Baru – 24 Lokasi Lagi Ditambah, 64 Cawangan JPN Kini Boleh Siap Hari Sama

Bermula Isnin, 28 September 2026, sebanyak 24 lagi Pusat Cetakan akan mula beroperasi di bawah Fasa 2 bagi urusan MyKad Generasi Baharu. Penambahan ini menjadikan keseluruhan 64 pejabat JPN menyediakan kemudahan cetakan MyKad Generasi Baharu di seluruh negara.

Semak lokasi yang disenaraikan dan rancang urusan anda dengan lebih mudah.

Lokasi bagi Fasa 2 adalah seperti dalam senarai berikut:

Berikut adalah beberapa perkara yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu tentang MyKad Generasi Baru:

  1. Tak semua orang perlu berpusu-pusu tukar MyKad sedia ada masih sah dan boleh terus digunakan. Gantian hanya disarankan sekiranya MyKad anda rosak, patah, cip bermasalah atau hilang.
  2. Gantian MyKad Generasi Baharu hanya RM10 bagi gantian biasa.
  3. MyKad Generasi Baharu juga boleh digunakan untuk urusan penebusan subsidi dan bantuan kerajaan seperti BUDI95, tertakluk kepada syarat program berkenaan.
  4. MyKad Generasi Baru tiada fungsi Touch n Go.
  5. Kedudukan cip kini berada di belakang kad, berbanding yang sekarang berada di bahagian depan.
  6. Sebanyak 64 Cawangan JPN dengan Pusat Cetakan tersedia sahaja yang boleh mengeluarkan MyKad pada hari yang sama (sila rujuk lampiran gambar di bawah).

Bagi anda yang malas nak beratur, anda juga boleh membuat permohonan melalui portal rasmi Sistem Gantian MyKad JPN (gantianmykad.jpn.gov.my). Nanti bila dah siap, terus pickup! Proses permohonan Mykad boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit secara digital.

3. Keputusan SVM Diumum 1 Oktober 2026

PENGUMUMAN PENTING | KEPUTUSAN SVM SEMESTER 3

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 3, Sesi 1/2026 (Kohort 2025).

  • Tarikh pengeluaran keputusan SVM : 1 Oktober 2026 (Khamis)
  • Mulai: 10.00 pagi
  • Tempoh semakan: 1 Oktober 2026, 10.00 pagi hingga 7 Oktober 2026, 6.00 petang
  • Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan rasmi: myresultsvm.moe.gov.my

Semoga keputusan yang diperoleh menjadi hasil daripada segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dicurahkan. Selamat maju jaya dan semoga terus melangkah dengan yakin menuju kejayaan seterusnya.

4. Permohonan kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA), Dini & Tahfiz Dibuka Hingga 28 Oktober 2026

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi KAA, Dini & Tahfiz untuk Kalendar Akademik 2027 kini dibuka mulai 28 September 2026 – 28 Oktober 2026.

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui SPAAD (MOEIS / idMe KPM) https://idme.moe.gov.my/login

Ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 yang berminat boleh membuat permohonan mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan.

Untuk makluman, SPAAD terbuka kepada murid yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA), Aliran Dini dan Tahfiz.

Sila rujuk syarat-syarat dalam infografik di bawah.

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui SPAAD (MOEIS / idMe KPM) https://idme.moe.gov.my/login

5. Permohonan Sekolah Model Khas KPM Dibuka 1 – 30 Oktober 2026

PENGUMUMAN : Permohonan kemasukan ke Program Sekolah Model Khas Kementerian Pendidikan bagi Tahun 2027 kini dibuka kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 yang memenuhi syarat ditetapkan.

Sekolah Model Khas ialah penggabungan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung di peringkat Tahap II (tahun 4-6) dan dari tingkatan 1 hingga 5 di bawah pentadbiran pengetua sekolah menengah yang dapat meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan kepada murid miskin yang berpotensi khususnya di luar bandar.

  • Tempoh permohonan: 1 hingga 30 Oktober 2026
  • Ujian saringan: 11 hingga 20 November 2026
  • Temuduga: 28 November 2026
  • Keputusan/Tawaran: 17 Disember 2026

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut atau imbas kod QR yang tertera pada poster: https://sites.google.com/moe.gov.my/sekolah-model-khas-2027/home

6. Pembiayaan LPPSA Kedua Mula Ditawarkan 4 Oktober 2026

Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 serta Pengemaskinian Pekeliling dan Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA akan berkuatkuasa mulai 4 Oktober 2026.

Terdapat 3 perkara penting yang diumumkan iaitu:

  1. Boleh beli rumah dengan harga sampai RM1 Juta (had kelayakan dinaikkan).
  2. Boleh loan 2 rumah guna LPPSA.
  3. Tak perlu selesaikan loan rumah pertama, dah boleh terus apply untuk rumah kedua secara serentak.
LPPSA Kedua

Rujuk Soalan Lazim berikut untuk maklumat lanjut:

lppsa kedua
lppsa kedua

7. Gaji Minimum RM1700 Dijangka Akan Dinaikkan

Gaji minimum dijangka disemak semula dalam Belanjawan 2027.

Kerajaan mengambil kira keseimbangan antara kebajikan pekerja dan kelangsungan majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), berhubung cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkara itu perlu diberi perhatian supaya pelaksanaan dasar berkenaan dapat diseimbangkan bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela tanpa menjejaskan kelangsungan perniagaan.

Kenaikan gaji bukan hanya melibatkan pendapatan pekerja, tetapi turut boleh memberi kesan kepada kos perniagaan dan harga barang serta perkhidmatan.

Cadangan menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 sebelum ini dibangkitkan sebagai langkah meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah, namun pada masa sama menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan kos operasi serta harga barangan dan perkhidmatan.

gaji minimum rm2000
Sumber: Berita RTM

8. Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) Percuma Mulai 1 Oktober 2026

Kini ada cara yang lebih mudah untuk mendapatkan ubat susulan daripada klinik dan hospital kerajaan.

Individu terpilih boleh mendaftar untuk Ubat Melalui Pos (UMP), yang membolehkan ubat dihantar terus ke lokasi pilihan secara PERCUMA.

Inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) digerakkan oleh perkhidmatan Pos Laju untuk memudahkan warganegara Malaysia terus sihat dan sejahtera.

Periksa kelayakan dan daftar sekarang melalui app MyUbat.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User