Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan Inisiatif Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI) yang boleh dipohon menerusi agensi di bawah KUSKOP yang terlibat.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai dana ini.

Mengenai Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI)
DEWI merupakan inisiatif daripada KUSKOP yang telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Tujuan inisiatif ini diwujudkan adalah bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara selaras dengan misi “Hebatkan Perniagaan Malaysia.”
Inisiatif juga adalah bagi menyelaras dan menyatupadukan pelbagai program pembangunan usahawan wanita yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan.
Seramai kepada 200,000 hingga 300,000 usahawan wanita yang bakal menerima manfaat daripada agihan dana sepanjang tahun ini.
Jumlah Dana & Pembiayaan
Jumlah dana adalah sehingga RM3 bilion dan pembiayaan adalah sehingga RM3 juta.
Agensi Pelaksana
Terdapat 4 program pembiayaan melibatkan 4 agensi pelaksana iaitu:
- Tekun Nasional
- Bank Rakyat
- SME Bank
- Amanah Ikhtiar Malaysia
Program Pembiayaan
Program pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah seperti berikut:
i- Skim Pembiayaan Wanita
Skim Pembiayaan Wanita ini disediakan oleh Tekun Nasional dengan jumlah pembiayaan sehingga RM30,000.
Tempoh bayaran balik adalah sehingga 3 tahun dengan kadar keuntungan sehingga 4% setahun.

ii- BR BizLady-i
BR BizLady-i merupakan pembiayaan daripada Bank Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan kepada usahawan wanita.
Program ini bertujuan untuk menampung keperluan modal kerja dan/atau perbelanjaan modal bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka, di samping menyokong pembangunan ekonomi negara yang lebih inklusif, selaras dengan matlamat Bank Rakyat dalam menyantuni golongan unserved dan underserved demi menjana ekonomi yang mampan
Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM1 juta dengan tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:
- PKS: Sehingga 7 tahun (kadar keuntungan 5.25% setahun)
- Mikro: Sehingga 5 tahun (kadar keuntungan 4% setahun dengan kadar rata)
Syarat kelayakan bagi program ini adalah seperti berikut:
a) Mikro
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam aktiviti perniagaan yang sama.
- Tiada rekod terjejas dalam CTOS dan CCRIS.
- Tidak direkodkan sebagai Akaun Dibawah Pemerhatian Khas.
- Aktiviti perniagaan hendaklah selaras dengan keperluan kemudahan pembiayaan Syariah.
b) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam aktiviti perniagaan yang sama, serta mempunyai rekod kewangan 1 tahun yang memuaskan (menguntungkan).
- Tiada rekod terjejas dalam CTOS dan CCRIS.
- Tidak direkodkan sebagai Akaun Dibawah Pemerhatian Khas.
- Nilai aset bersih/dana pemegang saham yang positif.
- Nisbah Khidmat Kewangan (Finance Service Ratio, FSR) unjuran yang boleh diterima sebanyak (≥1.25x) dan penggearan (gearing ratio) (≤3.5x) untuk had pembiayaan ditentukan.
- Aktiviti perniagaan hendaklah selaras dengan keperluan kemudahan pembiayaan Syariah.

iii- MySMELady 2.0
MySMELady 2.0 adalah satu pembiayaan untuk usahawan wanita bagi pembelian aset dan/atau keperluan modal kerja bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.
Peruntukan program pembiayaan ini adalah sebanyak RM50 juta dengan jumlah pembiayaan ditawarkan minimum RM100,000 sehingga RM3 juta.
Tempoh bayaran balik adalah sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan 5.0% setahun.
Syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Usahawan Wanita dan memenuhi definisi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
- 51% daripada pegangan ekuiti dimiliki oleh Wanita ATAU Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif adalah Wanita dan memiliki sekurangnya 10% pegangan ekuiti.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
- Perniagaan patuh Syariah
- Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.

iv- Skim Pembiayaan Ikhtiar
Skim Pembiayaan Ikhtiar merupakan pembiayaan mikro untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah terutamanya wanita meningkatkan ekonomi melalui perniagaan dengan peruntukan RM2.7 bilion.
Pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM30,000 dengan tempoh bayaran balik adalah sehingga 150 minggu.
Pembiayaan skim ini merangkumi:
- i-Wibawa: Tambahan modal perniagaan bermusim.
- i-Sejahtera: Pembiayaan untuk usahawan wanita (skim sosial).
- i-Bestari: Pembiayaan untuk tujuan meningkatkan perniagaan.
- i-Penyayang: Pembiayaan untuk usahawan wanita (skim sosial)

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan dan cara-cara berikut:
- Skim Pembiayaan Wanita: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan Tekun Nasional
- BR BizLady-i:
a) Layari https://qr2e.bankrakyat.com.my/suite
b) Pilih Pembiayaan Perniagaan-i atau Pembiayaan Mikro-i
c) Klik “Mohon Sekarang.” - MySMELady 2.0: Layari https://www.smebank.com.my/mysmelady
- Skim Pembiayaan Ikhtiar: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan AIM
Soalan Lazim
DEWI merupakan pembiayaan kepada usahawan wanita bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.
Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM3 juta.
Program pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah:
– Skim Pembiayaan Wanita
– BR BizLady-i
– MySMELady 2.0
– Skim Pembiayaan Ikhtiar
Program pembiayaan ini diteruskan sehingga dana peruntukan habis digunakan.
Ya. Dana ini khusus kepada usahawan wanita sahaja.
Had minimum untuk pembiayan ini adalah sebanyak RM100,000 setiap pemohon.
14 hari waktu bekerja.
– Skim Pembiayaan Wanita: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan Tekun Nasional
– BR BizLady-i https://qr2e.bankrakyat.com.my/suite
– MySMELady 2.0: https://www.smebank.com.my/mysmelady
– Skim Pembiayaan Ikhtiar: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan AIM
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai DEWI, sila layari laman web:
- https://www.tekun.gov.my
- https://qr2e.bankrakyat.com.my/suite
- https://www.smebank.com.my/mysmelady
- https://aim.gov.my
Baca juga: Permohonan Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2026




