MyKad Generasi Baharu secara rasminya dilancarkan pada 16 September 2026, manakala urusan pengeluaran dan cetakan kad pengenalan versi terbaharu ini mula berjalan di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara berperingkat pada 17 September 2026.
Pembaharuan ini bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi turut melibatkan fungsi yang lebih canggih bagi memudahkan urusan harian rakyat Malaysia.
Seiring dengan perkembangan digital semasa, MyKad versi baharu ini menawarkan penggunaan yang lebih efisien dan selamat.
Jom ketahui apa perubahan, siapa yang perlu bertukar kepada MyKad Generasi Baru ini dan lokasi JPN yang menawarkan pertukaran di bawah.
Apa itu MyKad Generasi Baru?
MyKad Generasi Baharu ialah kad pengenalan diri terbaharu untuk warganegara Malaysia yang dilancarkan bagi menggantikan reka bentuk lama selepas lebih dua dekad digunakan.
Kad ini direka menggunakan bahan plastik berteknologi tinggi yang dipanggil polikarbonat, menjadikan strukturnya jauh lebih kuat, tahan panas, dan tidak mudah patah atau retak seperti kad sebelum ini.

Perubahan paling ketara yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah kedudukan gambar pemilik yang kini beralih ke bahagian kiri kad, manakala cip pintar dan kod QR baharu dipindahkan sepenuhnya ke bahagian belakang kad.
Dari segi keselamatan, kad pengenalan baharu ini dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan fizikal dan digital yang sangat canggih untuk menyekat aktiviti pemalsuan identiti serta pengklonan kad oleh penjenayah.
Antara teknologi utama yang digunakan termasuklah teknik ukiran maklumat menggunakan laser yang tidak akan luntur, imej hologram tiga dimensi (3D) yang berubah warna mengikut sudut cahaya, dan sistem penyulitan data cip yang lebih ketat.
Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu berebut-rebut untuk menukar kad baharu kerana MyKad lama yang sedia ada masih sah digunakan, dan pertukaran kad baharu ini akan diberikan secara berperingkat apabila seseorang itu melakukan urusan penggantian biasa seperti kad rosak, hilang, atau mencapai had umur tertentu.

Pelancaran MyKad Generasi Baharu
MyKad Generasi Baharu dilancarkan secara rasmi dan mula dikeluarkan secara berperingkat pada 17 September 2026.
Berikut merupakan ringkasan penting mengenai pelancaran dan pengedaran kad pengenalan versi terkini ini:
- Siap Hari Yang Sama: Pengeluaran fasa pertama bermula di 40 pejabat cawangan JPN yang mempunyai kemudahan Pusat Cetakan Teragih (DPP) di seluruh negara.
- Siap 5 Hari Bekerja: Bagi permohonan yang dibuat di pejabat cawangan JPN tanpa kemudahan pusat cetak, kad akan siap dan boleh diambil dalam tempoh 5 hari bekerja.
Lokasi JPN Tawarkan Pertukaran & Siap Pada Hari Sama
Sebanyak 40 Cawangan JPN dengan Pusat Cetakan tersedia dan siap pada hari yang sama iaitu bagi MyKad Generasi Baharu, iaitu:
- Perlis
- UTC Perlis
- Kedah
- UTC Kedah
- JPN Kedah
- UTC Sungai Petani
- Pulau Pinang
- JPN Seberang Perai Utara
- UTC Pulau Pinang
- JPN Pulau Pinang
- UTC Seberang Perai
- Perak
- UTC Perak
- JPN Perak
- Kelantan
- JPN Kelantan
- UTC Kelantan
- Terengganu
- UTC Terengganu
- JPN Terengganu
- JPN Dungun
- Pahang
- JPN Pahang
- UTC Pahang
- Selangor
- UTC Selangor
- JPN Selangor
- JPN Petaling Jaya
- Kuala Lumpur
- UTC Keramat
- UTC Kuala Lumpur
- UTC Sentul
- JPN Kuala Lumpur
- W.P. Putrajaya
- JPN Putrajaya
- Negeri Sembilan
- UTC Negeri Sembilan
- Melaka
- JPN Melaka
- UTC Melaka
- Johor
- UTC Pasir Gudang
- UTC Johor
- JPN Johor
- Sarawak
- UTC Sibu
- UTC Miri
- JPN Sarawak
- UTC Sarawak
- Sabah
- UTC Keningau
- UTC Sabah
- JPN Tawau
- JPN Sandakan
- Labuan
- JPN Labuan

Wajah Sebenar & Ciri-ciri MyKad Generasi Baharu
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu wajah sebenr MyKad Generasi Baharu kan?
Sempena Hari Malaysia 2026, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia telah mendedahkan wajah sebenar bahagian depan dan belakang MyKad Generasi Baharu seperti gambar di bawah:

Ciri-ciri
Selain itu, MyKad Generasi Baharu dilengkapi dengan pelbagai peningkatan besar dari segi reka bentuk fizikal dan teknologi digital. Secara keseluruhan, kad pengenalan ini mempunyai 53 ciri keselamatan canggih yang direka khas untuk menghalang pemalsuan dan pengklonan identiti.
Berikut adalah ciri-ciri utama MyKad Generasi Baharu:
- Bahan Polikarbonat: Kad diperbuat daripada bahan plastik gred tinggi yang lebih tebal, tahan lasak, tahan haba, dan tidak mudah patah atau retak.
- Gambar di Sebelah Kiri: Gambar wajah pemilik kini dialihkan dari kedudukan asal ke bahagian kiri kad.
- Cip di Bahagian Belakang: Cip pintar yang dahulunya berada di hadapan kini dipindahkan ke bahagian belakang kad.
- Kod QR: Terdapat kod QR khas di bahagian belakang untuk imbasan pantas maklumat.
- Laser Engraving: Nama, nombor kad pengenalan, dan maklumat peribadi diukir terus ke dalam lapisan kad menggunakan laser, menyebabkan tulisan tidak boleh dipadam atau diubah.
- Hologram Dinamik 3D: Imej keselamatan tiga dimensi yang akan berubah warna atau memaparkan corak berbeza apabila kad disengetkan di bawah cahaya
- Tingkap Lutsinar (Transparent Window): Terdapat bahagian kecil pada kad yang jernih/lutsinar sebagai bukti ketulenan struktur kad yang sukar ditiru
- Corak Garisan Halus (Guilloche): Reka bentuk corak geometri yang sangat rumit dan teks mikro yang hanya boleh dilihat dengan jelas menggunakan kanta pembesar.
- Ciri Ultraungu (UV): Elemen visual tersembunyi yang hanya akan menyala dan kelihatan apabila kad diletakkan di bawah lampu sinar ultraungu.
- Cip NFC: Menyokong fungsi bacaan secara sentuhan (contact) pada mesin pembaca JPN dan juga tanpa sentuhan (contactless/NFC) untuk integrasi sistem yang lebih moden





Evolusi Kad Pengenalan
Evolusi Kad Pengenalan Malaysia bukan hanya dari segi reka bentuk sahaja tetapi ciri-ciri keselamatan juga sentiasa ditambah baik.


Adakah MyKad Baru Wajib Bagi Semua?
Jawapannya TIDAK. Bukan semua orang MESTI tukar kepada MyKad Baru yang akan diperkenalkan nanti.
MyKad versi baharu (jika ada pengeluaran kelak) bukan bermaksud semua rakyat perlu bergegas menukar kad sedia ada.
Jika MyKad anda masih dalam keadaan elok, cip boleh dibaca, dan tiada perubahan maklumat, ia boleh digunakan seperti biasa.
MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa.

Bila Perlu Buat Gantian MyKad?
Antara sebab seseorang perlu membuat gantian MyKad adalah kerana:
- MyKad rosak
- MyKad hilang
- Bertukar alamat
- Tukar maklumat peribadi (pertukaran nama atau agama)
- Naik taraf MyKid ke MyKad (umur 12 tahun)
Selain daripada sebab-sebab ini, anda TIDAK perlu menukar MyKad. Sehingga kini, TIADA pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengenai kewajipan menukar MyKad kepada versi baharu.

Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui
Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)
Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my
Soalan Lazim MyKad Baru
MyKad Generasi Baharu secara rasminya dilancarkan pada 16 September 2026, manakala urusan pengeluaran dan cetakan kad pengenalan versi terbaharu ini mula berjalan di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara berperingkat pada 17 September 2026.
MyKad baru ialah versi terkini kad pengenalan pintar Malaysia yang dilengkapi dengan reka bentuk moden, ciri keselamatan dipertingkat dan teknologi lebih canggih untuk kegunaan harian.
Antara cirinya termasuk penggunaan bahan polikarbonat berkualiti tinggi, elemen keselamatan tambahan untuk mencegah pemalsuan, serta sistem pengesahan digital berlapis.
Tidak. Pertukaran MyKad baru tidak diwajibkan. MyKad sedia ada masih sah digunakan selagi dalam keadaan baik dan maklumat masih tepat.
Hanya individu yang mempunyai sebab tertentu seperti MyKad rosak, hilang, pertukaran maklumat peribadi atau naik taraf daripada MyKid ke MyKad.
Ya, MyKad lama masih boleh digunakan seperti biasa sehingga tamat tempoh atau jika tiada sebarang masalah pada kad tersebut.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan risiko pemalsuan serta menambah baik fungsi kad selaras dengan perkembangan teknologi digital.
Ya, MyKad baharu dijangka menawarkan fungsi yang lebih efisien dan selamat, termasuk integrasi teknologi digital yang lebih maju.
Ya, selain MyKad, pasport Malaysia juga akan dipertingkatkan dari segi keselamatan dan reka bentuk secara berperingkat.
Baca juga:





