Anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian dan masih belum menerima tajaan boleh mendapatkan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Sesi 1/2026 menerusi pautan https://prolims.ypj.gov.my.
Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan.

Apakah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara?
Kerajaan Negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.
Dengan tertubuhnya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.
Salah satu bantuan pendidikan yang diperkenalkan adalah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara khusus bagi membantu pelajar yang melanjutkan pengajian di dalam negara.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 23 Jun 2026 hingga 07 Julai 2026.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor
- Pelajar IPTA (Universiti & Politeknik) peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Pelajar IPTS: KUYPJ (Sijil & Diploma) dan KUIJSI (Diploma & Ijazah)
- Keutamaan kepada keluarga B40 dan M40
- Keutamaan kepada pelajar yang belum mempunyai tajaan
- Pengajian sepenuh masa
Rebat CGPA / Potongan Bayaran Balik Pinjaman
Semua peminjam YPJ layak untuk memohon Rebat atau potongan pinjaman melalui CGPA. Tetapi,terdapat 2 kategori peminjam yang layak, antaranya :
i. Tahun 2010 – 2013 (Sebelum Kurniaan Tahun 2014);
ii. Tahun 2014 ke atas (Selepas Kurniaan Tahun 2014).
(a) Pinjaman Sebelum Kurniaan Tahun 2014
Untuk kursus diperingkat Profesional, Kedoktoran (PhD), Sarjana dan Ijazah, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut :-
| Bil | Keputusan | Rebat | Diskaun | Bayaran Balik |
| 1. | CGPA 3.75 – 4.00 | 90% / Mumtaz | 100% | Tiada |
| 2. | CGPA 3.50 – 3.74 | 85% | 75% | 25% |
| 3. | CGPA 3.25 – 3.49 | 80% / Jaid Jiddan | 50% | 50% |
| 4. | CGPA 3.00 – 3.24 | 75% / Jaid | 25% | 75% |
| 5. | < 3.00 | ≤ 74% / Maqbul | Tiada | 100% |
*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.
Untuk kelulusan diperingkat Diploma dan Sijil, bayaran balik dan kadar pengurangan adalah seperti berikut:-
| Bil | CGPA | Diskaun | Bayaran Balik |
| 1. | ≥ 3.75 | 50% | 50% |
| 2. | 3.25 – 3.74 | 25% | 75% |
| 3. | ≤ 3.24 | Tiada | 100% |
*Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4% bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman.
(b) Pinjaman Selepas Kurniaan Tahun 2014
i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian) berdasarkan syarat-syarat berikut: dan
| Bil | Peringkat Pengajian | Keputusan Layak Rebat | Kadar Layak Rebat |
| 1 | Diploma & Ijazah(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja) | Kelas Pertama dan Setaraf (CGPA 3.75 & keatas) | 100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
| 2 | Diploma | Mumtaz | 100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
| 3 | Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MAS | Tiada Pemberian Rebat | Tiada Pemberian Rebat |
ii) Berjaya menamatkan pengajian dialam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; dan
iii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; dan
iv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; dan
v) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; dan
vi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian.
Cara Permohonan
Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan dengan melayari laman web https://prolims.ypj.gov.my.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini
Soalan Lazim
Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor.
Ya. Pelajar IPTA (Universiti dan Politeknik) yang mengikuti pengajian Peringkat Diploma tau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa adalah layak memohon.
Boleh, sekiranya anda mengikuti pengajian di:
– KUYPJ (Sijil & Diploma)
– KUIJSI (Diploma & ljazah)
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan pendidikan.
Ya. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori B40 dan M40.
Permohonan dibuka mulai 23 Jun 2026 sehingga 07 Julai 2026.

Maklumat Lanjut
Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, sila layari laman web https://prolims.ypj.gov.my.
Baca juga:




