Ubat Sembelit : Jenis dan Tips Rawatan Untuk Ibu dan Bayi

Adakah anda sedang alami masalah sembelit? Bila rasa sukar untuk membuang air besar, perut boleh jadi tak selesa.

Ia bukan sahaja boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk bayi dan warga emas.

Untuk atasi masalah ini secara berkesan, anda perlulah gunakan ubat sembelit yang sesuai.

Jadi, ubat apakah yang sesuai untuk diambil dan bagaimana ia dapat merawat sembelit? Ayuh ikuti perkongsian dari kami.

Rawatan dan Ubat Sembelit

Terdapat empat jenis laksatif untuk merawat sembelit dan setiap satu darinya mempunyai fungsi tersendiri.

Laksatif Pukal

Ia berfungsi dengan meyerap air di dalam usus bagi menghilangkan najis pukal dan seterusnya menggalakkan pergerakan usus.

Ubat laksatif ini perlu mengambil masa beberapa hari sebelum muncul kesannya.

Individu yang mengambil laksatif pukal ini perlu minum banyak air bagi mengelakkan usus tersumbat.

Contoh laksatif pukal adalah dedak gandum (wheat bran), dedak oat (wheat oat) dan psyllium husk (sekam psyllium).

ubat sembelit

Pelembut Najis

Pelembut najis pula bertindak sebagai pelincir dan melembutkan najis.

Seeloknya, ia perlu diambil sebelum makan malam agar lebih berkesan.

Elakkan tidur sebaik sahaja mengambil pelembut najis ini kerana bersifat meruap dan boleh masuk ke paru-paru.

Pengguna juga perlu berhati-hati kerana pengambilan jangka panjang ubat sembeli ini boleh menyebabkan kerengsaan pada usus.

Contoh pelembut najis adalah cecair paraffin (liquid paraffin).

ubat sembelit

Laksatif Osmotik

Laksatif Osmotik seperti lactulose bertindak dengan melembutkan najis dengan menarik air dalam badan ke dalam usus menerusi proses osmosis di samping mengekalkan air yang diminum bersamanya.

Pesakit kencing manis perlu berhati-hati ketika mengambil ubat ini kerana ia mengandungi sedikit gula dalam bentuk laktosa dan galaktosa.

ubat sembelit

Laksatif Perangsang

Laksatif perangsang pula berfungsi dengan meningkatkan pergerakan usus agar najis dapat ditolak keluar dengan cepat.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat sembeli ini secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Bergantung kepada jenis, ubat ini boleh didapati dalam beberapa bentuk antaranya bentuk tablet untuk dimakan, tiub cecair untuk dipicit ke dalam dubur atau supositori (berbentuk kelongsong) untuk dimasukkan ke dalam dubur.

Contoh laksatif perangsang adalah Bisacodyl, Senna dan Gliserin.

Rawatan Tanpa Ubat

Walaupun terdapat beberapa alternatif, rawatan menggunakan ubat sembelit tidak akan menyembuhkan sembelit secara kekal.

Terdapat beberapa amalan yang boleh mengurangkan masalah sembelit secara semulajadi seperti :

  • Minum enam hingga lapan gelas air sehari
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat
  • Luangkan masa untuk amalkan senaman setiap hari
  • Kurangkan pengambilan produk tenusu, alkohol dan makanan atau minuman berkafein seperti teh, coklat atau kopi.
ubat sembelit

Tips Rawatan Sembelit Untuk Golongan Khas

Bayi dan Kanak-Kanak

Jika bayi yang alami sembelit, cuba tukar corak pemakanan atau susu formula.

Anda juga boleh campurkan susu dengan jus buah prun, pir atau epal untuk bantuk melembutkan najis bayi.

Bagi ibu ayah yang ingin berikan ubat sembelit untuk anak, boleh berikan lactulose.

Doktor juga mungkin akan mengesyorkan ubat laksatif perangsang untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah yang alami sembelit.

Wanita Hamil

Cara terbaik untuk wanita hamil atasi sembelit adalah dengan cara semulajadi.

Sekiranya masih tidak berhasil, ibu hamil boleh cuba laksatif pukal.

Lactulose pula boleh diambil secara sederhana.

Laksatif perangsang seperti bisacodyl atau senna pula hanya boleh diambil oleh ibu mengandung setelah mendapat kebenaran daripada doktor.

Penggunaan enema gliserin tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kesakitan abdomen yang kuat.

Wanita Menyusu Anak

Laksatif pukal, lactulose, senna dan enema gliserin selamat untuk digunakan bagi wanita yang menyusukan anak.

Namun, ibu menyusu perlulah berhati-hati dengan sediaan senna yang digabungkan dengan herba kerana ia mungkin tidak sesuai untuk bayi yang alami jaundis.

Kesimpulannya, ubat sembelit perlulah digunakan secara berhati-hati terutamanya bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah dan ibu hamil serta menyusu.

Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya sembelit disertai dengan masalah lain seperti pendarahan dari dubur, sakit abdomen, tidak boleh membuang angin dan muntah-muntah.

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!