Pada 28 Mei 2026 dan 16 Julai 2026 akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam yang mana orang ramai boleh menyemak arah kiblat melalui kedudukan matahari.
Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Mengenai Istiwa A’dzam
Istiwa A’dzam merupakan satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.
Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun dan fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Kelebihan Istiwa A’dzam
Antara kelebihan peristiwa ini adalah seperti berikut:
- Penentuan arah kiblat mudah dan tidak memerlukan peralatan canggih.
- Sangat tepat kerana merujuk terus kepada posisi matahari di atas Kaabah.
- Boleh digunakan untuk menyemak kiblat di rumah, masjid, surau dan lain-lain.
Tarikh / Semakan Kiblat Di Malaysia
Pada tahun 2026 peristiwa Istiwa A’dzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:
- 28 Mei 2026 — 5.18 petang
- 16 Julai 2026 — 5.27 petang
Cara Semakan Kiblat
Semakan kiblat boleh dilakukan seperti langkah-langkah berikut:
- Sediakan Objek Tegak: Gunakan objek yang lurus seperti tiang kecil, kayu, atau benang yang diikat ladung.
- Cari Permukaan Rata: Tegakkan objek tersebut (sudut 90 darjah) di kawasan terbuka yang terkena cahaya matahari (seperti di atas lantai atau tanah).
- Sedia Lebih Awal: Pastikan jam anda tepat mengikut waktu rasmi Malaysia. (https://mst.sirim.my/)
- Tunggu Detik Istiwa: Perhatikan objek tersebut tepat jam 5:18 petang (28 Mei) dan 5:27 petang (16 Julai)
- Lihat Bayang-Bayang: Lihat arah bayang-bayang yang terhasil.
- Tentukan Kiblat: Arah dari hujung bayang menuju ke pangkal objek (menghadap ke arah tiang) itulah arah kiblat yang tepat.
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).


Soalan Lazim
Istiwa’ A’dzam ialah peristiwa matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah yang mana matahari akan berada tegak di langit Kaabah (zenith Kaabah), dan bayang-bayang yang terhasil daripada sesuatu objek (di tempat lain di bumi) akan menunjukkan arah kiblat.
2 kali.
– Penentuan arah kiblat mudah dan tidak memerlukan peralatan canggih.
– Sangat tepat kerana merujuk terus kepada posisi matahari di atas Kaabah.
– Boleh digunakan untuk menyemak kiblat di rumah, masjid, surau dan lain-lain.
– 28 Mei 2026 — 5.18 petang
– 16 Julai 2026 — 5.27 petang
– Gunakan objek yang lurus seperti tiang kecil, kayu, atau benang yang diikat ladung.
– Tegakkan objek tersebut (sudut 90 darjah) di kawasan terbuka yang terkena cahaya matahari.
– Pastikan jam tepat mengikut waktu rasmi Malaysia menerusi pautan https://mst.sirim.my/.
– Perhatikan objek tersebut tepat jam 5:18 petang (28 Mei) dan 5:27 petang (16 Julai)
– Lihat arah bayang-bayang yang terhasil.
– Arah dari hujung bayang menuju ke pangkal objek (menghadap ke arah tiang) itulah arah kiblat yang tepat.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang peristiwa ini, sila layari https://www.muftiwp.gov.my/ms/
Baca juga: Tarikh Akhir Potong Kuku & Rambut Bagi Ibadah Korban 2026




