Permohonan Subsidi Tambang Selangor sebanyak RM30 sebulan selama 6 bulan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan dibuka bermula 1 JUN 2026 melalui aplikasi NINE.
Inisiatif khas adalah bagi membantu meringankan kos pengangkutan awam rakyat dan terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja. Tertakluk kepada syarat serta kelulusan yang ditetapkan.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi NINE dan melengkapkan pengesahan kendiri (eKYC) untuk membuat permohonan.
Ketahui info lebih terperinci mengenai Subsidi Tambang Selangor di bawah.
Apa Itu Subsidi Tambang Selangor?
Subsidi Tambang Selangor adalah inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.
Ia menyediakan bantuan tunai khas sebanyak RM30 sebulan selama 6 bulan untuk meringankan kos pengangkutan awam rakyat.
Program ini dirancang secara bersasar dengan peruntukan bernilai jutaan ringgit bagi mengurangkan beban sara hidup.
Maklumat Subsidi Tambang Selangor
- Jumlah Bantuan: RM30 sebulan
- Tempoh Bantuan: Selama 6 bulan
- Mod Pengangkutan Layak: Van DRT, bas, dan perkhidmatan keretapi.
- Kapasiti Penerima: Terhad kepada 50,000 pemohon terawal yang layak.
- Tarikh Permohonan: Mula dibuka secara rasmi pada 1 Jun 2026 melalui aplikasi NINE.
Kadar Bantuan
Kadar bayaran bagi Subsidi Tambang Selangor (Subsidi Tambang Pengangkutan Awam) ditetapkan pada nilai RM30 sebulan untuk tempoh 6 bulan berturut-turut.
Secara keseluruhannya, setiap penerima yang layak akan menerima jumlah bantuan terkumpul sebanyak RM180.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan subsidi tambang pengangkutan awam Selangor akan mula dibuka secara rasmi pada 1 Jun 2026.
Oleh kerana inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja, orang ramai sangat disarankan untuk membuat persediaan awal sebelum tarikh pembukaan tersebut.
Cara Mohon Subsidi Tambang Selangor
Bagi melayakkan diri, warga Selangor perlu memuat turun aplikasi rasmi NINE dan menyelesaikan proses pengesahan identiti kendiri menggunakan sistem eKYC sebelum membuat permohonan.
1. Muat Turun Aplikasi aplikasi NINE (Super App Rasmi Negeri Selangor) menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
2. Buka aplikasi dan daftar akaun baharu menggunakan nombor telefon bimbit anda.
3. Lengkapkan eKYC. Buat pengesahan identiti kendiri (electronic Know Your Customer) dengan mengambil gambar kad pengenalan (MyKad) dan pengesahan imbasan wajah (selfie) dalam aplikasi. Proses ini wajib selesai untuk mengesahkan status anda sebagai warganegara / anak Selangor yang sah.
4. Log Masuk: Buka aplikasi NINE yang telah disahkan eKYC pada atau selepas 1 Jun 2026.
5. Cari dan klik pada banner atau ikon “Subsidi Tambang Pengangkutan Awam” di bawah portfolio Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.
6. Hantar Permohonan: Semak maklumat peribadi anda, sahkan terma kelayakan, dan klik butang “Mohon”.
Setelah diluluskan, kuota subsidi RM30 sebulan akan disalurkan terus ke dalam fungsi e-wallet di aplikasi NINE anda untuk digunakan.
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini Subsidi Tambang Selangor melalui:
- Portal Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Media Selangor
Soalan Lazim Subsidi Tambang Selangor
Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Selangor dan berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada pengguna harian pengangkutan awam.
Ya,tetapi bantuan ini terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja yang memenuhi syarat kelayakan serta berjaya melengkapkan pengesahan identiti.
Setiap penerima yang diluluskan akan menerima RM30 sebulan selama 6 bulan berturut-turut (Jumlah keseluruhan: RM180).
Subsidi ini boleh digunakan untuk pembayaran Van DRT (Demand-Responsive Transit), bas awam tempatan, dan perkhidmatan keretapi (LRT/MRT/KTM) yang menyokong sistem pembayaran aplikasi NINE.
Tidak boleh. Seluruh proses permohonan, penyerahan subsidi, dan transaksi pembayaran tambang dilakukan 100% secara digital menerusi fungsi e-dompet di dalam Aplikasi NINE.
Permohonan dibuka mulai 1 Jun 2026 dan akan ditutup secara automatik sebaik sahaja kuota 50,000 penerima dipenuhi.





