MyKad Baru 2026: Bakal Dilancarkan Jun 2026

mykad baru 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MyKad baru 2026 bakal menjadi topik hangat apabila ia dijangka dilancarkan pada Jun 2026 dengan pelbagai penambahbaikan dari segi keselamatan dan teknologi.

Pembaharuan ini bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi turut melibatkan fungsi yang lebih canggih bagi memudahkan urusan harian rakyat Malaysia.

Seiring dengan perkembangan digital semasa, MyKad versi baharu ini dijangka menawarkan penggunaan yang lebih efisien dan selamat. Jadi, apa sebenarnya yang berubah dan siapa yang perlu menukar kepada MyKad terkini ini?

Apa itu MyKad Baru?

MyKad adalah kad pengenalan pintar untuk warganegara Malaysia yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ia berfungsi sebagai dokumen identiti rasmi bagi individu berumur 12 tahun dan ke atas.

MyKad dilengkapi dengan cip yang menyimpan maklumat peribadi pemilik dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi.

Dalam laporan Bernama terbaru, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa pihak kerajaan sedang bersiap-sedia untuk memperkenalkan kad pengenalan MyKad dengan rekaan dan ciri-ciri baru ini bermula bulan Jun 2026 ini, manakala implimentasi aplikasi National Integrated Immigration System (MyNIISe) akan diperkenalkan pada bulan September 2026.

Pindaan Akta Pendaftaran Negara turut diperkukuh melalui kesiapsiagaan infrastruktur digital, latihan pegawai, audit berkala serta kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk memastikan setiap pindaan dilaksanakan dengan berkesan dan berintegriti.

Selain MyKad, pasport Malaysia turut akan dipertingkatkan dari aspek keselamatan dan reka bentuk, dengan pelaksanaan secara berperingkat melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

mykad baru 2026
Kredit: Kementerian Dalam Negeri

CIRI-CIRI MYKAD BARU

MyKad Generasi Baharu bakal diperkenalkan dengan:

  • Reka bentuk moden
  • Bahan polikarbonat berkualiti tinggi
  • Ciri keselamatan tambahan bagi mencegah pemalsuan dan menjadikan MyKad lebih tahan lama
  • Elemen pengesahan digital berlapis
mykad baru 2026
Kredit: Kementerian Dalam Negeri

Evolusi Kad Pengenalan

Evolusi Kad Pengenalan Malaysia bukan hanya dari segi reka bentuk sahaja tetapi ciri-ciri keselamatan juga sentiasa ditambah baik.

mykad baru 2026
mykad baru 2026

Adakah MyKad Baru Wajib Bagi Semua?

Jawapannya TIDAK. Bukan semua orang MESTI tukar kepada MyKad Baru yang akan diperkenalkan nanti.

MyKad versi baharu (jika ada pengeluaran kelak) bukan bermaksud semua rakyat perlu bergegas menukar kad sedia ada.

Jika MyKad anda masih dalam keadaan elok, cip boleh dibaca, dan tiada perubahan maklumat, ia boleh digunakan seperti biasa.

MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa.

Bila Perlu Buat Gantian MyKad?

Antara sebab seseorang perlu membuat gantian MyKad adalah kerana:

  1. MyKad rosak
  2. MyKad hilang
  3. Bertukar alamat
  4. Tukar maklumat peribadi (pertukaran nama atau agama)
  5. Naik taraf MyKid ke MyKad (umur 12 tahun)

Selain daripada sebab-sebab ini, anda TIDAK perlu menukar MyKad. Sehingga kini, TIADA pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengenai kewajipan menukar MyKad kepada versi baharu.

Kredit: Jabatan Pendaftaran Negara

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat pertanyaan atau soalan, sila membuat pertanyaan melalui

Laman web: e-Pertanyaan (SISPAA JPN)

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)

Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my

Soalan Lazim MyKad Baru

Bilakah MyKad baru 2026 akan dilancarkan?

MyKad baru 2026 dijangka dilancarkan sekitar Jun 2026 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Apa itu MyKad baru?

MyKad baru ialah versi terkini kad pengenalan pintar Malaysia yang dilengkapi dengan reka bentuk moden, ciri keselamatan dipertingkat dan teknologi lebih canggih untuk kegunaan harian.

Apakah ciri-ciri utama MyKad baru 2026?

Antara cirinya termasuk penggunaan bahan polikarbonat berkualiti tinggi, elemen keselamatan tambahan untuk mencegah pemalsuan, serta sistem pengesahan digital berlapis.

Adakah semua rakyat Malaysia wajib tukar kepada MyKad baru?

Tidak. Pertukaran MyKad baru tidak diwajibkan. MyKad sedia ada masih sah digunakan selagi dalam keadaan baik dan maklumat masih tepat.

Siapa yang perlu menukar MyKad kepada versi baharu?

Hanya individu yang mempunyai sebab tertentu seperti MyKad rosak, hilang, pertukaran maklumat peribadi atau naik taraf daripada MyKid ke MyKad.

Adakah MyKad lama masih boleh digunakan selepas pelancaran versi baharu?

Ya, MyKad lama masih boleh digunakan seperti biasa sehingga tamat tempoh atau jika tiada sebarang masalah pada kad tersebut.

Apakah tujuan pengenalan MyKad baru 2026?

Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan risiko pemalsuan serta menambah baik fungsi kad selaras dengan perkembangan teknologi digital.

Adakah terdapat perubahan pada fungsi MyKad?

Ya, MyKad baharu dijangka menawarkan fungsi yang lebih efisien dan selamat, termasuk integrasi teknologi digital yang lebih maju.

Adakah pembaharuan ini melibatkan dokumen lain selain MyKad?

Ya, selain MyKad, pasport Malaysia juga akan dipertingkatkan dari segi keselamatan dan reka bentuk secara berperingkat.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut