Cirit Birit: Simptom & Cara Rawatan Di Rumah Yang Mudah

Cirit birit adalah masalah biasa yang terjadi oleh kebanyakkan orang. Ia berlaku bila mana seseorang itu kerap membuang air besar yang cair dan berterusan.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah cirit birit yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu cirit birit?

cirit birit
Health

Cirit birit merupakan satu masalah yang lazim dan berlaku kepada hampir semua orang.

Jika anda mempunyai masalah diarrhea, tinja akan menjadi berair dan cair. Pada masa yang sama, anda juga akan rasa sakit perut dan juga loya.

Masalah ini bukanlah sesuatu yang serius, namun ia boleh menyebabkan komplikasi yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.

Selalunya, diarrhea akan berlarutan selama 2-3 hari. Ia akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan terlalu sakit untuk bekerja.

Ada juga individu yang mengalami masalah ini lebih kerap daripada orang lain disebabkan penyakit tertentu, terutamanya bagi mereka yang menghidap sindrom usus rengsa (IBS).

Diarrhea akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin. Ini mungkin menandakan masalah yang lebih serius.

Jenis cirit-birit

Cirit-birit juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian:

  1. Cirit-birit jangka pendek (akut). Ia berlaku selama 1-2 hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan pengambilan makanan atau minuman yang dicemari bakteria.
  2. Cirit-birit jangka panjang (kronik). Ini merupakan jenis diarrhea yang serius dan berlarutan selama berminggu-minggu. Ia mungkin disebabkan penyakit tertentu atau jangkitan parasit.

Punca yang menyebabkan cirit-birit

Menurut Hopkins Medicine, antara punca lazim masalah diarrhea ialah:

  • Keracunan makanan disebabkan bakteria.
  • Jangkitan virus seperti flu, norovirus atau rotavirus. Rotavirus merupakan punca lazim cirit birit dalam kalangan kanak-kanak.
  • Parasit, satu organisme kecil yang boleh ditemui di dalam air atau makanan.
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat kanser atau antasid.
  • Intoleransi makanan atau sensitiviti.
  • Penyakit yang mempengaruhi perut atau usus kecil seperti penyakit Crohn.
  • Masalah usus besar seperti IBS.
  • Baru lepas melalui pembedahan. Kadangkala, pembedahan boleh menyebabkan cirit-birit.

Kadangkala, cirit-birit boleh berlaku tanpa sebab. Jika ia hilang dalam beberapa hari, selalunya anda tidak perlukan rawatan susulan.

Individu yang biasa terdedah

Semua orang boleh menghidap diarrhea. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar kebiasaan untuk mengalami cirit-birit beberapa kali setahun. Ia juga bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

Namun, cirit-birit boleh menjadi serius jika ia berlaku kepada beberapa golongan. Sebagai contoh:

  • Orang muda, terutamanya kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Mereka yang mempunyai penyakit tertentu.

Untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan di atas, diarrhea ini juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan lain.

Simptom dan gejala

Mereka yang mengalami diarrhea akan mengalami simptom tertentu mengikut keseriusan serta punca cirit-birit tersebut.

Apabila mengalami cirit-birit, anda mungkin akan mengalami sesetengah atau semua simptom di bawah:

  • Tinja yang berair.
  • Perut kembung
  • Loya dan rasa nak muntah.

Jika anda mempunyai diarrhea yang teruk, anda akan alami simptom seperti:

  • Demam.
  • Penurunan berat badan.
  • Rasa sakit yang teruk.
  • Muntah-muntah.

Diarrhea yang teruk boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Jika anda mempunyai simtom ini, berjumpalah doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.

Cara rawatan yang terbaik

cirit birit

Dalam kebanyakkan kes, anda boleh merawat diarrhea sendiri di rumah. Cari ubat yang mengandungi bismuth subsalicylate yang dapat melegakan masalah cirit birit dengan pantas.

Walau bagaimanapun, ubat yang dibeli di farmasi kadangkala tidak dapat melegakan diarrhea, lebih-lebih lagi jika ia berlaku disebabkan jangkitan atau parasit.

Jika ini yang berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang bertepatan.

Antara rawatan yang mungkin diberikan oleh doktor ialah:

  1. Antibiotik. Ubat ini dapat merawat diarrhea yang berpunca daripada jangkitan bakteria atau parasit.
  2. Pemberian ubat untuk merawat penyakit tertentu. Diarrhea juga boleh menjadi tanda penyakit tertentu seperti IBS atau pertumbuhan ulser.
  3. Probiotik. Gabungan bakteria baik atau probiotik boleh digunakan untuk memastikan bakteria dalam perut dalam keadaan yang sihat. Walau bagaimanapun, bercakap dulu dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis probiotik.  

Boleh ambil ubat farmasi untuk rawat?

Ya, anda boleh ambil ubat di farmasi. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan konsultasi daripada ahli farmasi yang bertugas.

Ikut arahan yang tertulis di pek ubat sebelum makan. Kadangkala, dos yang diperlukan oleh kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.

Namun, jika anak anda menghidap diarrhea, lebih baik jika anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Jangan lupa, minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang akibat dehidrasi.

Orang dewasa yang menghidap cirit-birit perlulah minum air kosong, air buah atau air isotonik. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti teh atau kopi.

Kemudian, cuba makan makanan yang tawar dan lembut seperti roti, bubur atau oat.

Bila perlu jumpa doktor

cirit birit

Kebiasaan masalah diarrhea boleh hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan dan anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.

Namun anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai mana-mana gejala seperti berikut:

  • diarrhea yang berterusan
  • darah atau lendir dalam najis
  • demam
  • berat badan turun dengan mendadak
  • diarrhea pada waktu malam
  • sakit perut yang teruk
  • tanda-tanda dehidrasi (rasa letih, kurang kencing, dahaga dan mulut kering)
  • pendarahan rektum yang teruk

Diarrhea boleh menyebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit (garam) menjadikannya sangat berbahaya terutamanya pada orang yang sangat muda atau lebih tua.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah cirit birit orang dewasa dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Symptoms & Causes of Diarrhea. National Institutes of Health
  2. Diarrhoea – Symptoms, Causes, Self Care and Treatments. Healthdirect
  3. Diarrhea. Johns Hopkins Medicine
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!