Di Malaysia, pengelasan B40, M40, T20, dan Miskin Tegar merujuk kepada pembahagian pendapatan isi rumah bulanan yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk menentukan kedudukan sosioekonomi dan kelayakan bantuan kerajaan.
Namun, adakah anda tahu dalam kategori manakah isi rumah anda berada? Bagaimanakah had (threshold) pendapatan bagi setiap kategori ini dikira?
Rujuk lebih lanjut maksud Miskin Tegar, B40, M40, dan T20 berdasarkan data rasmi yang dikongsikan oleh DOSM di bawah.
Maksud B40, M40 & T20
Maksud B40, M40, dan T20 merujuk kepada pengelasan pendapatan isi rumah bulanan di Malaysia yang digunakan oleh kerajaan untuk membahagikan populasi kepada tiga kumpulan sosioekonomi utama bagi tujuan agihan bantuan dan subsidi bersasar.
- B40: Terendah 40% atau bottom 40%
- M40: Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40%
- T20: Kumpulan tertinggi 20% atau top 20%
Apa itu B40 (Bottom 40%)?
Kumpulan B40 mewakili 40% daripada jumlah keseluruhan isi rumah di Malaysia yang berada pada kedudukan pendapatan terendah.
- Had Pendapatan: RM5,906 dan ke bawah sebulan.

Apa itu M40 (Middle 40%)?
Kumpulan M40 ialah golongan 40% pertengahan yang membentuk kelas menengah (middle class) di Malaysia.
Mereka mempunyai keupayaan ekonomi yang stabil untuk keperluan asas tetapi sering menjadi kumpulan “paling tersepit” akibat kos sara hidup tinggi, terutamanya jika tinggal di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru.
- Had Pendapatan: Antara RM5,906 hingga RM12,567 sebulan.

Apa itu T20 (Top 20%)?
Kumpulan T20 mewakili 20% golongan teratas yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia. Mereka memiliki kuasa beli yang besar, pelaburan yang kukuh, serta pemilikan aset premium.
- Julat Pendapatan: RM12,567 sebulan dan ke atas.
Kategori Miskin Tegar
Golongan miskin tegar merujuk kepada individu atau isi rumah yang mempunyai pendapatan kasar bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan.
Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.
Berdasarkan data laporan rasmi Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional bagi tahun 2024 telah dikemas kini seperti berikut:
- Purata PGK Am / Miskin Mutlak Nasional: RM2,705 sebulan (Meningkat daripada paras RM2,589 pada tahun 2022).
- Purata PGK Makanan / Miskin Tegar Nasional: RM1,236 sebulan (Meningkat daripada paras RM1,198 pada tahun 2022).
Pihak Kementerian Ekonomi dan DOSM mengemas kini nilai PGK ini secara berkala bagi mencerminkan pergeseran kos sara hidup, inflasi barang makanan, serta corak perbelanjaan isi rumah semasa yang realistik.
Angka penanda aras RM2,705 (Miskin) dan RM1,236 (Miskin Tegar) inilah yang menjadi batu asas utama dalam penapisan agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Mengikut Negeri
Jika dipecahkan mengikut negeri, PGK terkini (2024) bagi setiapnya adalah:
- Johor : RM2,775
- Kedah: RM2,362
- Perak : RM2,364
- Selangor : RM2,949
- Perlis : RM2,217
- WP Labuan: RM2,723
- Melaka : RM2,751
- Pahang : RM2,560
- Sabah : RM2,843
- Negeri Sembilan : RM2,493
- Kelantan : RM2,374
- Sarawak : RM2,718
- Terengganu: RM 2,841
- Pulau Pinang : RM2,399
- WP Kuala Lumpur : RM3,011
- WP Putrajaya : RM2,628


Adakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa?
Ya.
Dalam tempoh beberapa tahun, banyak perkara boleh berubah termasuklah corak pendapatan isi rumah penduduk Malaysia.
Buktinya, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sentiasa mengemas kini data ini secara berkala melalui Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) bagi memastikan pengkelasan sosioekonomi kekal relevan dengan realiti semasa.
Oleh itu, pelarasan dan pengemaskinian maklumat ini amat kritikal bagi memastikan agihan bantuan tunai serta pelaksanaan subsidi bersasar kerajaan benar-benar adil dan sampai kepada kelompok rakyat yang berhak.
Dengan panduan data terbaharu ini, anda kini boleh menentukan kategori sub-kelas isi rumah anda dengan lebih tepat bagi memudahkan urusan semakan serta permohonan bantuan semasa.
Atas dasar itulah, pengisytiharan data pendapatan serta pengemaskinian maklumat profil peribadi dalam sistem pangkalan data negara amat penting bagi memastikan tiada golongan rentan yang tercicir daripada jaringan keselamatan sosial.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia di pautan berikut: https://www.dosm.gov.my/
Atau emelkan sebarang pertanyaan anda melalui emel berikut:
- [email protected] (General Enquiries)
- [email protected] (Data Request & Enquiries)
- [email protected] (International Relations Enquiries)
Soalan Lazim Maksud B40, M40, T20
Istilah ini mewakili pembahagian peratusan (percentile) bagi jumlah keseluruhan isi rumah di Malaysia berdasarkan kedudukan tangga pendapatan bulanan mereka. B40 merujuk kepada 40% kumpulan isi rumah terbawah (berpendapatan rendah), M40 ialah 40% kumpulan pertengahan (kelas menengah), manakala T20 mewakili 20% kumpulan teratas (berpendapatan tinggi). Penanda aras (threshold) bagi setiap kategori ini ditentukan secara rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengelasan ini diukur sepenuhnya berasaskan Pendapatan Isi Rumah Bulanan, bukannya gaji individu.
Had atau sempadan pendapatan bagi setiap kategori ini tidak statik kerana DOSM mengemas kini data tersebut dari semasa ke semasa melalui Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES).
Golongan Miskin Tegar berada di dalam kelompok paling bawah dalam kelas B40 (sub-kelas B1), di mana pendapatan isi rumah mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan iaitu sekitar RM1,236 sebulan.
Kategori T15 merujuk kepada kelompok 15% teratas dalam piramid pendapatan negara.
Tidak secara automatik. Pengkelasan asas (B40, M40, T20) tetap diukur berdasarkan angka pendapatan isi rumah terlebih dahulu.




