Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus – Semak Dulu Kod Alasan!

ada ssm bukan punca str tidak lulus
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus: Semak Dulu Kod Alasan Anda! – Banyak pihak tersilap faham dan menyangka bahawa memiliki lesen perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara automatik membatalkan kelayakan untuk mendapatkan STR (Sumbangan Tunai Rahmah).

Hakikatnya, pemilikan lesen SSM bukan penentu mutlak STR tidak lulus. Anda perlu semak kod alasan tidak lulus pada profil sistem bantuan anda untuk mengetahui punca sebenar STR anda tidak diluluskan.

Rujuk penjelasan di bawah.

Apa Maksud “Tidak Lulus” STR?

Status “Tidak Lulus” bermaksud permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda telah ditolak oleh sistem pada fasa penilaian semasa.

Ini berlaku kerana maklumat yang anda isi dalam borang permohonan tidak melepasi syarat kelayakan asas, atau wujud percanggahan nyata apabila LHDN melakukan semakan silang (cross-check) data digital dengan pelbagai agensi kerajaan terpilih.

Status ini bagaimanapun bukanlah penutup peluang kerana anda masih diberikan ruang untuk membuat rayuan STR semula.

BACA JUGA: Rayuan STR 2026 – Alasan Tidak Lulus, Dokumen Diperlukan

Punca STR Tidak Lulus

Punca STR anda tidak lulus adalah disebabkan oleh permohonan yang tidak menepati syarat kelayakan selepas semakan dibuat.

Antara punca yang dilaporkan termasuk status perkahwinan yang perlu pengesahan, pemohon meninggal dunia, pendapatan melebihi syarat kelayakan, dan macam-macam sebab lagi.

Untuk mengetahui punca STR anda TIDAK LULUS, pemohon perlu lihat bahagian alasan permohonan dalam portal MySTR kerana di situ dipaparkan sebab permohonan tidak diluluskan.

Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.

Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!

Ada SSM Punca STR Tak Lulus?

TIDAK. Memiliki SSM bukanlah punca mutlak permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda statusnya menjadi “Tidak Lulus”.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meluluskan atau menolak permohonan berkaitan pemilikan perniagaan berdasarkan bilangan (kuantiti) lesen, jenis entiti perniagaan, dan jumlah pendapatan kasar bulanan anda.

Cara Semak Status dan Alasan STR

Untuk menyemak status dan kod alasan STR tidak lulus, sila rujuk cara-caranya di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR LHDN
  2. Klik butang “Log Masuk”.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit) anda tanpa tanda sempang (-).
  4. Semak Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan pada skrin. Jika betul, tandakan pada kotak pengesahan dan masukkan Kata Laluan (Password) anda.
  5. Setelah berjaya masuk, klik pada menu “Semakan Status” pada halaman utama profil anda.
  6. Sistem akan memaparkan status permohonan anda (Contoh: Lulus / Tidak Lulus / Dalam Proses).
    Jika status anda “Tidak Lulus”, skrin akan memaparkan ruangan “Alasan / Kod Tidak Lulus” di bahagian bawah maklumat peribadi.

Kod Alasan STR Tidak Lulus

Berikut ialah kod alasan STR Tidak Lulus beserta penerangan dan dokumen sokongan yang diperlukan:

STR TIDAK LULUS
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!

Kod Alasan Berkaitan Pemilikan Perniagaan

Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus? – Tidak semestinya.

Berikut dikongsikan kod alasan tidak lulus STR yang disebabkan perniagaan. Kalau selain daripada ini, maksudnya tak lulus sebab lain, bukan sebab SSM tu. Boleh rujuk senarai penuh kod alasan STR tidak lulus di atas.

Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!

Kriteria Berkaitan Pemilikan Perniagaan – Sebab STR Tidak Lulus

Apabila membuat semakan kod alasan tidak lulus, dan alasan anda memaparkan kod berkaitan pemilikan perniagaan, anda boleh rujuk senarai kriteria berkaitan pemilikan perniagaan yang menyebabkan STR anda tidak lulus seperti di bawah:

Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!
Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus - Semak Dulu Kod Alasan!

Rayuan Semula STR

Kalau perniagaan yang didaftarkan dah tak aktif, jangan risau. Anda boleh mohon semakan semula / rayuan secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Semakan status terkini syarikat akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Rujuk cara-cara buat rayuan semula STR di bawah:

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Secara Dalam Talian (Online):

  • Layari portal rasmi STR.
  • Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  • Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.

Secara Manual di Kaunter LHDNM:

  • Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
  • Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
  • Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
  • Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima

NOTA:

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2026 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.

  • Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.
  • Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
rayuan str

Maklumat Lanjut

Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

Soalan Lazim Ada SSM Bukan Punca STR Tak Lulus

Betulkah kalau ada lesen SSM, permohonan STR automatik akan Gagal?

Tidak. Memiliki SSM bukan punca mutlak permohonan ditolak. Kelayakan STR dinilai berdasarkan jumlah pendapatan bulanan sebenar, jenis entiti perniagaan, dan bilangan lesen aktif yang anda miliki.

Lesen SSM saya sudah lama mati/luput, kenapa LHDN masih kata saya ada perniagaan aktif?

Sistem LHDN membaca data penutupan rasmi. Jika anda sekadar membiarkan lesen tamat tempoh (expired) tanpa membuat proses pembatalan rasmi di portal EzBiz SSM, status anda dalam pangkalan data agensi kekal direkodkan sebagai “Aktif”.

Kalau perniagaan yang didaftarkan dah tak aktif, apa langkah yang perlu dibuat?

Jangan risau, anda boleh mohon semakan semula atau rayuan STR dengan menamatkan lesen tersebut di SSM terlebih dahulu.

Adakah pendaftaran di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) menjejaskan STR?

Tidak. Semua jenis perniagaan yang didaftarkan secara percuma di bawah Skim SPPP SSM (untuk pelajar IPT dan usahawan B40) dikecualikan sepenuhnya dan tidak dikira dalam sekatan had bilangan perniagaan LHDN.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut