9 Jenis Skim KWSP 2026 – Syarat & Faedah Caruman

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

9 Jenis Skim KWSP 2026 ~ Adakah anda tahu bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini bukan sekadar tempat simpanan wajib pekerja swasta?

Bermula tahun 2026, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan besar bagi memastikan jaminan hari tua yang lebih inklusif.

Daripada kenaikan had pengeluaran haji sehingga insentif khas untuk pekerja gig, warga emas serta legasi untuk generasi seterusnya, jom fahami 9 jenis skim utama KWSP untuk memaksimumkan simpanan anda.

Apa Itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan agensi keselamatan sosial di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan dana persaraan bagi pekerja sektor swasta dan kakitangan awam tidak berpencen.

Fungsi utamanya adalah untuk mengumpul caruman bulanan daripada pekerja dan majikan bagi menjamin kesejahteraan kewangan ahli setelah mencapai usia persaraan, di samping memberikan pulangan dividen tahunan yang kompetitif hasil daripada pelaburan yang diuruskan secara profesional.

Sejajar dengan perkembangan ekonomi gig dan keperluan semasa, KWSP pada tahun 2026 telah memperkukuh ekosistemnya melalui 9 jenis skim dan inisiatif utama yang lebih inklusif.

Apa yang Baharu dalam KWSP 2026?

Bagi menyokong kepelbagaian sektor pekerjaan, KWSP kini menawarkan i-Saraan untuk individu bekerja sendiri dengan insentif kerajaan sehingga RM500 setahun, serta i-Saraan Plus yang dikhususkan buat pemandu e-hailing dan p-hailing dengan insentif lebih tinggi sehingga RM600 setahun.

Golongan wanita pula dibantu melalui i-Suri yang kini dilanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi suri rumah berdaftar eKasih.

Selain itu, aspek caruman sukarela dipermudah melalui jenama i-Simpan untuk penambahan simpanan kendiri dan i-Topup bagi mereka yang ingin mencarum melebihi kadar berkanun 11%.

Manakala inisiatif i-Sayang terus memperkasa perlindungan isteri melalui pindahan 2% caruman suami, serta kemudahan pelaburan melalui i-Invest dan pengurusan pengeluaran berfasa di bawah akaun i-Emas.

Terbaru, KWSP turut memperkenalkan skim i-Legasi yang baru dilancarkan pada 11 Mei 2026 untuk memudahkan pemindahan simpanan persaraan merentas generasi.

Skim ini membolehkan ahli yang telah mencapai umur pengeluaran penuh untuk berkongsi lebihan simpanan mereka dengan ahli keluarga terdekat tanpa perlu mengeluarkan tunai terlebih dahulu.

9 Jenis Skim KWSP 2026

Secara keseluruhannya, struktur KWSP 2026 yang merangkumi 9 jenis skim utama, iaitu:

  1. i-Saraan (bekerja sendiri) – Ada insentif kerajaan hingga RM500
  2. i-Saraan Plus (pekerja gig) – Ada insentif Kerajaan hingga RM600
  3. i-Suri (suri rumah) – Ada insentif Kerajaan hingga RM300
  4. i-Simpan (caruman sukarela) – Untuk yang mempunyai caruman bulanan tetap daripada majikan.
  5. i-Topup (caruman melebihi kadar berkanun) – Untuk majikan/pekerja yang nak mencarum melebihi kadar berkanun yangg diwajibkan (11% ).
  6. i-Sayang (pindahan kepada isteri) – Pindahan 2% caruman dr suami ke akaun KWSP isteri. ​
  7. i-Invest (pelaburan unit amanah) – Skim utk memindahkan sebahagian daripada Akaun Persaraan untuk dilaburkan
  8. i-Emas (simpanan umur 55/60)
  9. i-Legasi (pemindahan simpanan persaraan merentas generasi)

1. i-Saraan KWSP

i-Saraan ialah inisiatif caruman sukarela diperkenalkan oleh KWSP untuk membantu individu bekerja sendiri dan pekerja ekonomi gig tanpa pendapatan tetap menerima insentif Kerajaan bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Faedah:

  • Insentif Khas: Terima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela KWSP dalam tahun semasa*
  • Dividen Tahunan: Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan Kematian: Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
  • Pelepasan Cukai: Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

NOTA: *Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan.

Siapa Layak Memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja sendiri
  • Individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  • Ahli KWSP
  • Berumur 60 tahun ke bawah

Had Caruman:

  • Minimum: RM1 (Tertakluk kepada saluran pembayaran)
  • Maksimum: RM100,000 setahun – Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Saraan Plus, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran.

Cara Mendaftar i-Saraan​ KWSP

1. KWSP i-Akaun

2. Self Service Terminal (SST)​

  • Pendaftaran i-Saraan di mana‑mana SST
  • Sediakan MyKad

3. Pejabat KWSP

  • Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M)
  • Sediakan MyKad

BORANG:

BACA JUGA: i-Saraan KWSP 2026 – Pendaftaran, Semakan & Kelebihan

2. i-Saraan Plus (E-Hailing & P-Hailing)

i-Saraan Plus merupakan inisiatif caruman sukarela KWSP, khusus untuk pemandu e‑hailing dan p‑hailing. Program ini membolehkan ahli menikmati insentif khas daripada Kerajaan demi jaminan persaraan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Faedah:

  • Insentif Khas: Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600 setahun) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*
  • Dividen Tahunan: Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraa
  • Bantuan Kematian: Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
  • Pelepasan Cukai: Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

NOTA: *Had insentif seumur hidup sebanyak RM6,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan

Siapa Yang Layak?

  • Warganegara Malaysia​
  • Individu yang bekerja sebagai pemandu e‑hailing dan/atau p‑hailing
  • Caruman perlu dibuat melalui penyedia perkhidmatan di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing untuk melayakkan diri sebagai peserta i-Saraan Plus
  • Ahli KWSP yang berdaftar di bawah i-Saraan
  • Berumur 60 tahun ke bawah

Tanggungjawab Penyedia Perkhidmatan:

  • Penyedia Perkhidmatan di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu membuat caruman i-Saraan Plus bagi pemandu mereka melalui i-Akaun (Majikan) untuk membolehkan pemandu tersebut layak menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600 setahun) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa.

Kaedah Bayaran:

  • Penyedia perkhidmatan di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu membuat bayaran caruman bagi pihak pekerja mereka melalui i-Akaun (Majikan)

NOTA: Peserta i-Saraan Plus juga dibenarkan untuk membuat caruman sukarela melalui saluran sedia ada bagi memaksimumkan jumlah insentif padanan kerajaan.

Had Caruman:

  • Minimum: RM1 (Tertakluk kepada saluran pembayaran)
  • Maksimum: RM100,000 setahun – Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Saraan Plus, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran.

Cara Sertai i-Saraan Plus

  • Pemandu e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu daftar i‑Saraan terlebih dahulu.
  • Penyertaan i‑Saraan Plus adalah secara automatik apabila individu membuat bayaran caruman melalui penyedia perkhidmatan di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing.

NOTA: Pemandu e-hailing dan/atau p‑hailing yang telah berdaftar untuk i‑Saraan tidak perlu mendaftar semula.

BORANG:

BACA JUGA: i-Saraan Plus KWSP 2026 – Pendaftaran, Semakan & Kelebihan

3. i-Suri (Insentif Suri Rumah)

Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri dan menerima insentif khas daripada Kerajaan.

Kemudahan ini disediakan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Faedah:

  • Insentif Khas: Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
  • Dividen Tahunan: Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
  • Bantuan Kematian: Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
  • Pelepasan Cukai: Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

NOTA: *Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 60 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan.

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Warganegara Malaysi
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli KWSP
  • Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai setakat 30 November tahun sebelumnya

Cara Mendaftar i-Suri​ KWSP

  • Langkah 1: Pastikan anda telah disenaraikan dalam Pangkalan Data Kemaskinian Nasional (eKasih).
  • Langkah 2: Teruskan dengan pendaftaran i-Suri melalui menu i-Saraan di saluran pilihan berikut:
    • KWSP i-Akaun*
    • Self Service Terminal (SST)*
      • Pendaftaran i-Suri di mana-mana SST di bawah menu Pendaftaraan i-Saraan
      • Sediakan MyKad
    • Pejabat KWSP
      • Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M)
      • Sediakan MyKad​

*​Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya.

BORANG:

BACA JUGA: i-Suri KWSP 2026 – Permohonan & Semakan

4. i-Simpan (Caruman Sukarela)

i-Simpan (dahulunya dikenali sebagai Caruman Pilihan Sendiri) merupakan pilihan bagi individu yang ingin menambah simpanan persaraan mereka secara sukarela dengan KWSP.

Siapa Yang Boleh Mencarum​

  • Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
  • Ahli KWSP​
  • Berumur 75 tahun ke bawah

NOTA: Pekerja bergaji tetap boleh membuat i-Simpan sebagai tambahan kepada caruman wajib bulanan. Caruman ini bersifat sukarela dan boleh dilakukan mengikut kemampuan ahli.

BACA JUGA: i-Simpan KWSPSyarat Mencarum & Kaedah Caruman

5. i-Topup (Voluntary Excess)

Sebagai pekerja yang bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih kepada simpanan persaraan anda melalui i-Topup (dahulunya dikenali sebagai Voluntary Excess).

Sama ada anda, majikan anda, atau kedua-duanya sekali boleh mencarum secara sukarela pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi anda memenuhi syarat kelayakan.

Siapa Yang Boleh Mencarum?

  • Pekerja: Mengemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun melalui Borang KWSP 17A/18A (AHL) kepada majikan masing-masing.
  • Majikan: Tiada borang diperlukan bagi permohonan majikan untuk mencarum melebihi kadar berkanun majikan.

NOTA: Nota: Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i-Topup (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan).

Apa Yang Anda Perlukan?

  • Borang Permohonan Pendaftaran/ Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) – KWSP 17A/18A (AHL) dan hantar kepada majikan masing-masing.

BACA JUGA: i-Topup KWSP – Syarat Caruman & Kaedah Mencarum

6. i-Sayang (Pindahan Caruman Isteri)

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk membuat caruman KWSP untuk isteri dengan memindahkan 2% caruman syer pekerja daripada majikan ke akaun KWSP isteri (penerima). 

Siapa Yang Layak Memohon?

> Syarat-syarat Kelayakan Suami (Pemberi)​

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara​
  • Ahli KWSP​
  • Belum mencapai umur 75 tahun​
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia​

> Syarat-syarat Kelayakan Isteri (Penerima)​

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP​
  • Belum mencapai umur 75 tahun​
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia​

Ciri-ciri:

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri. ​
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila caruman daripada majikan dikreditkan ke akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.​

Cara Mendaftar i-Sayang​​ KWSP

  • i-Akaun (Ahli)​: Suami boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang.​​
  • Pejabat KWSP: Kunjungi pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.​
  • Self Service Terminal (SST): Sediakan MyKad untuk pendaftaran i-Sayang di mana-mana SST.

BORANG:

BACA JUGA: i-Sayang KWSP- Syarat, Kelebihan & Cara Permohonan

7. i-Invest (Pelaburan Unit Amanah)

i-Invest KWSP adalah sebuah platform digital dalam portal i-Akaun (Ahli) yang membolehkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 (Akaun Persaraan) ke dalam unit amanah yang diluluskan secara terus tanpa orang tengah.

Akses platform i-Invest dengan mudah melalui saluran berikut:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Portal Web i-Akaun

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR) ATAU Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan KWSP yang secukupny
  • Permohonan melalui kaunter/agen IPD atau i‑Akaun (Ahli)
  • Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
  • Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun.

Cara Daftar i-Invest KWSP

  • Permohonan melalui ejen/kaunter IPD:
    • Borang KWSP 9N (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Borang ini perlu diperolehi dari IPD yang berkenaan)
    • Dokumen Pengenalan atau Pasport (Untuk Bukan Warganegara yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
    • Nota: KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Portal Web & Aplikasi KWSP i-Akaun
    • Ahli mendaftar sebagai pengguna portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun
    • Ahli mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC 

BACA JUGA: Simpanan Asas KWSP & Skim Pelaburan Ahli (SPA)

8. i-Emas (Pengeluaran Bulanan 55/60)

i-Emas ialah kaedah bayaran bulanan sedia ada yang diperkemas bagi membantu ahli merancang pengeluaran dengan lebih teratur.

Apabila mencapai umur 55 tahun, anda secara rasmi memasuki fasa persaraan. Kini, anda mempunyai pilihan untuk menguruskan simpanan persaraan anda, sama ada dengan memohon i‑Emas (bayaran bulanan) atau pengeluaran penuh.

Mengenai Pengeluaran Umur 55 Tahun​

  • Pada umur 55 tahun, caruman dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan digabungkan ke dalam Akaun 55.
  • Anda boleh mengeluarkan simpanan secara i‑Emas (bayaran bulanan) atau membuat pengeluaran penuh daripada akaun ini pada bila‑bila masa.
  • Sekiranya anda terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Anggota Sektor Awam Di Bawah Skim Pencen Kerajaan

  • Sebelum memohon pengeluaran ini, anda dinasihatkan untuk memastikan syer kerajaan telah dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melalui permohonan Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre‑PEN) bagi tujuan pembayaran ganjaran dan pencen.
  • Pemohon berumur 55 tahun boleh memohon pengeluaran ini dan Pre‑PEN secara serentak. Pengeluaran baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas hanya boleh dibuat selepas syer kerajaan dikembalikan.

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara & Bukan Warganegara​
  • Berumur di antara 55 hingga 59 tahun​
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 55​

Kategori Bayaran:

  • Bayaran Penuh​: Kombinasi i-Emas (Bayaran bulanan​) dan Sebahagian
  • Bayaran Sebahagian​: Bayaran dividen tahunan secara automatik​
  • i-Emas (Bayaran bulanan)​: Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik​

Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

KelayakanWarganegaraBukan Warganegara (Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998)Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Pada/ Selepas 1 Ogos 1998)
Kesemua simpanan daripada Akaun 55✓✓✓
Bayaran sebahagian
(Tiada had minimum pengeluaran)
✓✓✕
i‑Emas (bayaran bulanan)
(Minimum RM100/bulan atau RM1,200/setahun untuk sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun)
✓✓✕
Kombinasi i‑Emas (bayaran bulanan) & Sebahagian✓✓✕
Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja
Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum).
✓✓✕
Pengeluaran Bayaran Dividen Secara Bulanan
Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan). Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan.
✓✓✕
Pengeluaran Umur 55 Tahun (Pelaburan)
Permohonan pada bila-bila masa. Jumlah pindahan minimum RM1,000.00.  Perlu mengekalkan simpanan minimum RM1,000.00 dalam Akaun 55. 
✓✓✕

9. i-Legasi

i-Legasi ialah kemudahan yang membolehkan ahli KWSP yang lebih berusia (Pemberi) berkongsi sebahagian daripada simpanan persaraan mereka dengan memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat (Penerima) apabila mereka mencapai umur layak pengeluaran penuh dan pada masa yang sama memastikan keselamatan persaraan mereka sendiri tetap terpelihara.

Siapakah Yang Boleh Memohon?

  • Suami, Kepada isteri
  • Isteri, Kepada suami
  • Ibu Bapa, Kepada anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat

Syarat-syarat Kelayakan

Pemberi:

  • Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
  • Berumur 55 tahun dan ke atas
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP melebihi RM650,000

Penerima:

  • Ahli KWSP
  • Berumur 60 tahun ke bawah
  • Warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap

Dokumen Diperlukan:

  • MyKad atau dokumen pengenalan diri asal Pemberi
  • Salinan dokumen pengenalan Penerima yang telah disahkan
  • Dokumen bukti pertalian asal dan salinan.

NOTA: Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

Bagaimana Untuk Memohon?

  • Permohonan hendaklah dihantar melalui pejabat KWSP
  • Ahli diwajibkan menghadiri sesi khidmat nasihat bersama Pegawai Penasihat Khidmat Pelanggan (RA) sebelum meneruskan permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini mengenai skim-skim yang ditawarkan oleh KWSP, sila rujuk:

  • Laman Web Rasmi KWSP
  • Aplikasi KWSP i-Akaun: Muat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store untuk menyemak baki, memohon pengeluaran, dan mendaftar skim secara digital.
  • Media Sosial: Ikuti Facebook KWSP atau Instagram KWSP

Anda boleh mengunjungi mana-mana Cawangan KWSP berhampiran untuk khidmat nasihat secara bersemuka.

Soalan Lazim 9 Jenis Skim KWSP

Apa Itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan agensi keselamatan sosial di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan dana persaraan bagi pekerja sektor swasta dan kakitangan awam tidak berpencen.

Apa skim yang ditawarkan oleh KWSP?

KWSP menawarkan 9 jenis skim utama untuk tahun 2026 iaitu: i-Saraan, i-Saraan Plus, i-Suri, i-Simpan, i-Topup, i-Sayang, i-Invest, i-Emas, i-Legasi

Apa skim KWSP yang sesuai untuk suri rumah?

Skim paling sesuai ialah i-Suri, direka khas untuk suri rumah, ibu tunggal atau wanita tanpa pendapatan tetap yang berdaftar eKasih. Ia tawarkan insentif padanan kerajaan 50% sehingga RM300 setahun (had RM3,000 seumur hidup), dengan caruman minimum RM5 sebulan; umur kelayakan sehingga 60 tahun pada 2026.

Sebagai pekerja gig, apa skim KWSP yang boleh saya mohon/daftar?

Sebagai pekerja gig (freelancer, e-hailing), mohon i-Saraan atau i-Saraan Plus (baru 2026). i-Saraan beri padanan 15%-20% sehingga RM250-RM600 setahun (had RM6,000 seumur hidup), minimum RM10 sebulan; i-Saraan Plus khusus pemandu e-hailing dengan padanan lebih tinggi.

Umur bila pengeluaran KWSP dibenarkan?

Pengeluaran pra-persaraan bermula umur 50 tahun (sebahagian Akaun Sejahtera, sekali sahaja), 55 tahun (keseluruhan Akaun 55) dan 60 tahun (Akaun Emas/penuh). Had Haji 2026 naik ke RM10,000 dari Akaun Sejahtera.

Berapa insentif i-Saraan Plus untuk pemandu Grab?

RM600 setahun (RM6,000 seumur hidup), khusus pemandu e-hailing/p-hailing. Caruman minimum RM50 sebulan, bermula 2026.

Bagaimana daftar i-Simpan?

Via app i-Akaun KWSP atau portal kwsp.gov.my, minimum RM10 sebulan dari Akaun Fleksibel. Layak dividen tahunan, sesuai pekerja swasta.

Apa itu i-Emas KWSP?

i-Emas ialah penjenamaan semula kaedah pengeluaran bulanan untuk ahli umur 55/60 tahun. Ia benarkan bayaran automatik bulanan (min RM100/bulan atau RM1,200/tahun) dari simpanan, sambil baki terus dapat dividen; elak pengeluaran sekaligus habis cepat.

Apa itu i-Legasi KWSP?

i-Legasi membenarkan ahli umur 55+ pemindahan sebahagian simpanan ke akaun KWSP pasangan/anak (bawah 60 tahun, warganegara/PR).

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut