Sakit Kepala Sebelah Kiri : Punca & Simptom Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda sedang alami sakit kepala sebelah kiri? Dalam kebanyakan kes, ia mungkin sakit kepala biasa.

Namun, ia juga boleh menjadi tanda kepada penyakit yang lebih serius. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri

sakit kepala sebelah kiri

1. Sakit Kepala Ketegangan (Tension Headache)

Sakit kepala ketegangan atau tension headache adalah antara jenis sakit kepala yang paling umum. Kira-kira 75% orang dewasa pernah mengalaminya.

Ia berpunca daripada tekanan. Anda mungkin akan berasa tidak bermaya, sakit kepala yang turut dirasai di sekitar leher, dahi kulit kepala serta otot bahu.

2. Migrain

Sakit kepala sebelah kiri juga boleh menjadi tanda kepada migrain. Wanita didapati 2 hingga tiga kali lebih cenderung untuk alami masalah ini berbanding lelaki.

Migrain rasanya seperti sakit yang menusuk di sebelah bahagian kepala. Biasanya, ia turut hadir bersama simptom lain seperti loya, muntah-muntah dan sensitif terhadap cahaya.

3. Sakit Kepala Cluster

Jenis sakit kepala ini pula adalah yang paling teruk sehingga boleh menyebabkan seseorang tidak boleh duduk diam.

Ia dipanggil cluster kerana ia sering berlaku secara berkumpulan dan boleh memberi kesan pada bahagian mata, hidung dan telinga.

Pada bahagian kepala yang sakit, kelopak mata boleh jatuh, mata jadi merah dan anak mata menjadi kecil. Ia juga boleh mengakibatkan hidup tersumbat dan mukus meleleh.

sakit kepala sebelah kiri

4. Sakit Kepala Kronik

 Ia dipanggil sakit kepala kronik kerana ia berlaku sekurang-kurangnya 15 hari dalam sebulan selama 6 bulan atau lebih.

Migrain atau tension headache juga termasuk dalam kategori ini.

Sakit kepala kronik rasanya seperti sakit yang mencucuk dan tertumpu pada satu bahagian kepala.

5. Sakit Kepala Harian

Sakit kepala harian ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Selepas berlaku untuk pertama kali, ia boleh berulang kembali dan boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua bahagian kepala.

Rasa sakit kepala ini mungkin sama dengan tension headache. Namun, apa yang membezakannya adalah anda boleh ingat hari atau waktu pertama anda mengalaminya.

6. Jangkitan Atau Alergi

Jangkitan seperti flu atau sinus boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk. Ia berlaku kerana saluran sinus menyempit ketika terjadinya alergi atau jangkitan.

Kes jangkitan yang lebih serius seperti ensefalitis dan meningitis pula boleh mengakibatkan sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian kiri.

sakit kepala sebelah kiri

7. Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan

Meskipun tujuan awal pengambilan adalah untuk mengubati sakit kepala, namun ubat tahan sakit secara berlebihan seperti paracetamol, ibuprofen, naproxen dan aspirin boleh menyebabkan gejala sakit kepala semakin teruk.

Elakkan untuk mengambil ubat tahan sakit melebihi dos atau terlalu kerap iaitu lebih dari 2 hingga 3 hari seminggu.

8. Faktor Gaya Hidup

Sakit kepala sebelah kiri juga boleh berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri seperti kekurangan makan, pengambilan minuman keras, stres, sedang berdiet atau tidak cukup tidur.

9. Masalah Sistem Saraf Otak

Kondisi neurologi seperti occipital neuralgia, trigeminal neuralgia dan giant cell arteritis boleh menjadi punca kepada sakit kepala yang teruk.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit kepala sebelah kiri atau pada kedua-dua bahagian dahi adalah perkara normal dan biasanya bukan disebabkan masalah yang serius.

Dalam kebanyakan kes, ia boleh diatasi dengan rehat serta pengambilan air yang mencukupi.

Namun, anda disarankan untuk bertemu doktor sekiranya sakit kepala tidak berkurang. Ini bagi menentukan jenis pening kepala yang dialami.

Anda juga perlu mendapatkan diagnosis daripada doktor sekiranya :

  • Sakit kepala yang dialami sangat teruk.
  • Terbangun pada waktu malam kerana sakit kepala.
  • Kepala berasa pening setelah terhantuk atau terlanggar sesuatu dengan kuat
  • Anda berasa kebingungan
  • Demam
  • Sakit leher
  • Penglihatan terganggu
  • Sakit kepala yang ketara apabila bergerak atau batuk
  • Badan rasa letih
  • Mata sakit atau merah
  • Tidak sedarkan diri.
  • Sakit tidak berkurangan atau berulang walaupun telah mengambil pil tahan sakit.

Sumber : healthline.com, hellosehat.com, hellodoktor.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!