Ubat Gatal Kulit : Jenis Ubat dan Krim Sapuan Serta Fungsinya

Bagi yang mengalami masalah gatal, pasti anda sudah terbiasa untuk mendapatkan ubat gatal kulit daripada doktor.

Walaupun ia boleh dibeli di farmasi dalam bentuk krim atau pil tanpa preskripsi, namun anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian.

Sebaliknya, anda wajib tahu jenis ubat gatal kulit yang digunakan agar masalah kulit gatal dapat ditangani secara selamat dan berkesan.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut jenis-jenis ubat-ubatan serta krim sapuan bagi mengatasi masalah gatal di kulit.

Jenis Ubat Gatal Kulit dan Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu

Krim

Ubat sapuan krim berasaskan air dan mempunyai kesan yang tidak terlalu kuat menjadikan ia sesuai digunakan pada kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

Terdapat 6 jenis ubat sapuan krim dengan fungsi yang berbeza iaitu

1. Steroid Cream

Secara umumnya, krim steroid digunakan bagi merawat keadangan pada kulit seperti ekzema. Untuk kenalpasti krim steroid, perhatikan nama santifiknya yang berakhir dengan “-sone” seperti Hydrocortisone, Mometasone, Fluticasone dan Bethamethasone.

Ia juga tidak boleh dibeli sembarangan kerana setiap krim steroid ada kekuatannya sendiri.

Contohnya, krim steroid yang paling kuat tidak sesuai digunakan pada kawasan yang sensitif seperti kulit muka atau kulit yang sudah menipis.

Ia juga tidak boleh digunakan pada tempoh yang lama iaitu lebih daripada dua minggu. Jika disapu pada jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kulit rosak, alahan, meningkatkan risiko jangkitan dan kulit menipis.

Jika disapu pada kawasan yang besar, pesakit akan terdedah kepada risiko sapuan krim steriod meresap ke dalam badan (systemic absorption).

Bagi mengatasi ekzema atau alahan yang kronik, doktor mungkin akan mengesyorkan rawatan krim steroid yang paling kuat untuk 5 hari dan kemudian diikuti dengan yang kurang kuat untuk seminggu berikutnya.

ubat gatal kulit

2. Anti Fungal Cream

Krim ini pula digunakan untuk merawat jangkitan fungus atau kulat. Jangkitan kulat ini antaranya ialah kurap dan panau.

Untuk kenalpasti antifungal cream, perhatikan nama saintifik krim yang berakhir dengan “-zole” contohnya Miconazole, Clotrimazole, Econazole, Ketoconazole dan Fluconazole. Selain itu, terdapat satu lagi jenis krim antifungal iaitu Terbinafine (nama brand Lamisi).

ubat gatal kulit

3. Antibiotic Cream

Krim antibiotik digunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Namun, krim ini hanya diberikan oleh doktor berdasarkan diagnosa.

Kalau ingin kenalpasti krim antibiotik dengan mudah, anda boleh perhatikan nama saintifik krim yang berakhir dengan “-in”. Contohnya Gentamicin, Fucidin, Neomycin dan Mupirocin.

4. Combination of Cream

Krim jenis kombinasi ini biasanya merupakan gabungan daripada tiga jenis krim di atas. Ia digunakan apabila terjadinya komplikasi daripada jangkitan kulit asal.

Sebagai contoh, seorang pesakit ekzema yang selalu menggangu kawasan kulit yang bermasalah sehingga berdarah dan akhirnya kawasan tersebut berjangkit.

Jadi, kawasan bermasalah itu perlu dirawat dengan krim kombinasi antibiotic dan steroid.

Antara contoh krim sapuan kombinasi lain yang biasa dijumpai adalah :

  • Krim steroid + krim antibiotik
  • Krim antifungus + krim steroid
  • Krim steroid + antifungus + antibiotik

5. Anti Viral Cream

Ubat krim jenis ini pula sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit akibat jangkitan virus seperti kayap atau chicken pox.

Rawatan untuk masalah kulit gatal akibat virus juga akan melibatkan pengambilan ubat oral mengikut nasihat doktor.

6. Moisturing Cream

Walaupun hanya krim pelembap, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan kulit gatal. Antara contoh mudah adalah situasi pesakit yang alami ekzema kronik. Kulit pesakit ekzema akan kering disebabkan kesan sapuan ubat steroid.

Kulit yang kering ini pula akan mudah menjadi gatal. Jadi, adalah penting untuk pesakit menyapu krim pelembap setiap hari.

Pesakit biasanya disarankan untuk sapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur.

Mengikut saranan doktor, pesakit juga mungkin boleh campur krim pelembap dengan krim steroid dalam nisbah tertentu (contoh 50%-50%, 60%-40% dan sebagainya).

Antara jenama pelembap yang boleh dicuba pesakit dengan masalah kulit gatal adalah Cetaphil. Ia sesuai digunakan oleh pesakit dengan kulit sensitif atau ekzema pelbagai tahap.

Jenama ini juga menyediakan sabun mandian yang dilengkapi bersama pelembap untuk perlindungan kulit yang lebih menyeluruh.

ubat gatal kulit

Ubat Gatal Oinment

Selain dalam bentuk krim berwarna putih, ubat gatal juga boleh didapati dalam bentuk oinment iaitu sapuan yang berasaskan minyak.

Oinment sifatnya tahan lebih lama pada permukaan kulit dan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding ubat jenis krim.

Biasanya ubat gatal jenis oinment ini digunakan pada kawasan kulit yang sudah kasar dan menebal akibat kesan sering menggaru dan bergesel.

Losen Calamine

Losen calamine digunakan untuk merawat kegatalan kulit akibat ruam peluh. Apabila disapu pada permukaan kulit, cecair losen ini akan meruap dan meninggalkan lapisan nipis calamine pada permukaan kulit.

Namun, calamine dalam bentuk krim atau salap adalah kurang sesuai kerana teksturnya yang berminyak boleh mengakibatkan liang roma tersumbat dan ruam bertambah teruk.

ubat gatal kulit

Ubat Antihistamin

Ubat antihistamin generasi pertama seperti chlorpheniramine boleh mengakibatkan kesan mengantuk selepas diambil. Oleh itu, pengguna perlulah lebih berhati-hati ketika mengambilnya.

Ia juga tidak disarankan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun kerana ia boleh mengakibatkan kesukaran bernafas.

Ubat antihistamin generasi kedua seperti loratadine cetirizine pula boleh diambil sebagai alternatif bagi mengelakkan kesan sampingan mengantuk.

Walau bagaimana pun, pesakit perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat ini.

Walaupun nampak sama, rupanya setiap ubat gatal kulit mempunyai fungsinya yang tersendiri. Untuk membantu anda mengatasi masalah kegatalan secara berkesan, anda disarankan untuk mendapat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Sumber : Program Perkhidmatan Farmasi KKM, Facebook Hi Rule

Baca Juga : 10 Ubat Gatal Paling Berkesan di Farmasi

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!