10 Ubat Gatal Paling Berkesan di Farmasi

10 Ubat Gatal Paling Berkesan di Farmasi

Adakah anda sering alami masalah kulit gatal? Ada kalanya, kulit anda boleh berasa sangat gatal sehingga menggangu urusan harian.

Dengan pemilihan ubat gatal yang tepat, masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Namun, apakah ubat gatal yang baik dan berkesan di pasaran? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

10 Ubat Gatal Paling Berkesan di Farmasi

Sekiranya anda ingin melegakan kulit gatal di rumah, terdapat beberapa jenis krim anti gatal yang anda boleh cuba. Sesetengahnya boleh didapati di kaunter. Selebihnya pula boleh didapati dengan preskripsi doktor.

Ayuh kita lihat beberapa ubat gatal paling berkesan di farmasi.

1. Ubat Steroid Topikal

Ubat steroid topikal merupakan krim anti gatal yang bagus untuk mencegah keradangan kulit. Ia juga sesuai untuk mengatasi beberapa masalah kulit gatal seperti ruam (dermatitis), ekzema serta psoriasis.

Ia boleh didapati dengan dan tanpa preskripsi dalam pelbagai kekuatan dan formula.

Antara contoh ubat steroid topikal adalah krim Hydrocortisone. Sebelum membeli, anda perlu tahun yang salap dan krim adalah jenis steroid topikal yang paling kuat. Manakala, jenis gel dan semburan pula adalah yang paling ringan.

Walau bagaimana pun, ubat steroid topikal yang disapu pada kulit mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding daripada ubat steroid yang diambil melalui mulut.

Satu tips untuk kenalpasti steroid cream adalah dengan melihat pada nama saintifiknya (bukan nama brand) yang berakhir dengan SONE. Sebagai contoh, Hydrocortisone, Clobetasone, Mometasone, Fluticasone, Betamethasone.

Apa pun jenis ubat steroid topikal yang anda gunakan, anda dinasihatkan untuk mengambilnya mengikut dos yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

2. Creobic Antifungal Cream

Krim antikulat Creobic mengandungi bahan aktif bagi membunuh kulat dan bakteria yang menyebabkan gatal dan keradangan.

Pada masa yang sama, krim ini juga dapat melembapkan kulit. Jadi, ia dilihat sesuai untuk digunakan bagi pesakit yang mempunyai kulit sensitif atau kering.

3. Hurix Itchy Cream

Selain terkenal dengan produk ubat batuk dan sakit tekak, rupanya Hurix juga menawarkan krim untuk atasi kegatalan.

Krim kulit daripada Hurix ini pula padat dengan pelbagai bahan semula jadi yang berfungsi sebagai antiradang serta pelembap.

Ia didapati berkesan bagi mengatasi masalah kulit seperti kekeringan, gatal-gatal dan ruam.

4. Econazine

Econazine cream merupakan satu lagi krim antikulat yang sering disarankan oleh ahli farmasi bagi merawat jangkitan kulat seakan kurap pada kulit.

Ia berfungsi dengan mengganggu pembentukan membran sel kulat dan sekaligus menghalang pembiakan kulat pada permukaan kulit.

5. Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream

Ubat gatal daripada Eucerin ini dilengkapi dengan formula pelembap yang terbukti secara klinikal bagi melegakan kegatalan, kulit kering dan masalah ekzema.

Bahan aktif yang terkandung seperti Oatmeal Koloid, Ceramide-3 dan ekstrak akar likoris didapati bagus untuk menyihatkan kulit di samping menguatkan lapisan perlindungannya.

Sesuai dengan namanya, produk ini juga selamat untuk digunakan oleh bayi.

6. Ceradan Skin Barrier Repair Cream

ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi

Ceradan Skin Barrier Repair Cream juga merupakan salah satu ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi.

Ia direka dengan formulasi khas bagi untuk mengurangkan simptom kulit kering seperti kemerahan, mengelupas dan kegatalan.

7. Ubat Anestetik Topikal

Selain untuk menghilangkan rasa sakit, ubat anestetik topikal juga boleh digunakan bagi merawat masalah kulit tertentu seperti gigitan serangga atau luka terbakar ringan.

Ia berfungsi dengan menyekat hujung saraf dalam kulit daripada menghantar isyarat ke otak.

Namun, sesetengah ubat bius seperti krim Benzocaine boleh mengakibatkan ruam gatal yang dikenali sebagai dermatits kontak.

8. Tinea-Kare Anti Fungal Cream (Cap Kaki Tiga)

ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi

Ubat keluaran jenama Cap Kaki Tiga ini pula sesuai untuk digunakan bagi merawat jangkitan kulat seperti tinea.

ia mengandungi pelbagai bahan aktif yang berkesan bagi menghapuskan pembiakan kulat dan memberikan kelegaan daripada kemerahan dan gatal-gatal pada kulit.

9. Nixoderm

ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi

Nixoderm merupakan satu lagi ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi dan menjadi pilihan ramai pengguna bagi mengatasi pelbagai masalah kulit.

Selain berfungsi sebagai antiradang dan antiseptik. Ia juga boleh mengatasi ruam, gatal-gatal dan jerawat pada kulit.

10. Ubat Antihistamin

Antihistamin merupakan ubat yang menghalang tindakan histamin dan mengurangkan tindakbalas alahan dalam tubuh.

Histamin boleh mengakibatkan gatal-gatal yang ringan dan teruk serta alahan. Selain itu, ia juga didapati berkesan dalam merawat ekzema.

Antihistamin tropikal seperti losyen Caladryl atau krim Benadryl perlu digunakan pada dos terendah dalam tempoh yang singkat.

Penggunaan jangka panjang bagi antihistamin tropikal juga tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan peningkatan kesan sampingan apabila anda mengambil antihistamin oral.

Antara kesan sampingan yang boleh dialami adalah ruam, kerengsaan dan sensitiviti terhadap cahaya matahari.

ubat gatal kulit paling berkesan di farmasi

Bagaimana Mahu Pilih Ubat Gatal Paling Sesuai?

Anda mungkin keliru untuk memilih kerana terdapat banyak jenis ubat kulit gatal yang ada di pasaran.

Jadi, untuk memilih produk yang tepat dan sesuai dengan keperluan, anda perlulah ketahui punca sebenar masalah kulit anda.

Tambahan pula, setiap produk mempunyai kegunaan serta kelebihannya tersendiri.

Adalah penting untuk anda sentiasa menyemak label dan arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya.

Sekiranya tidak pasti, anda perlulah berjumpa dengan doktor atau pakar kulit untuk mendapatkan pemeriksaan dan diagnosa lanjut.

Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya simptom berterusan walaupun sudah menggunakan krim gatal.

Sumber : Hellodoktor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!