Susu Ibu Tahan Berapa Lama? Ini Panduan Urus Yang Betul

Tahukah anda susu ibu tahan berapa lama selepas ia dipam, dibekukan dan dicairkan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi mengenai persoalan tentang susu ibu tahan berapa lama dan tips penyimpanannya yang betul.

Baca juga:

Apa itu susu ibu?

susu ibu tahan berapa lama
Mom Into Fitness

Susu ibu adalah makanan yang cukup sempurna kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi anda membesar.

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk menyusukan bayi anda selama kira-kira 6 bulan.

Hal ini kerana penyusuan susu ibu adalah satu-satunya sumber nutrisi untuk bayi yang selamat.

Bahkan bayi yang sudah mula makan makanan pejal masih disarankan untuk meneruskan penyusuan selama mana bayi anda mahu iaitu selama 2 tahun atau lebih.

Susu ibu tahan berapa lama?

susu ibu tahan berapa lama
Pampers

1. Susu ibu tahan berapa lama dalam suhu bilik

Tempoh masa susu ibu boleh bertahan pada suhu bilik bergantung pada jenisnya.

Susu ibu yang baru dipam boleh disimpan pada suhu bilik (tidak lebih panas daripada 77° F) sehingga empat jam jika ia tidak berada di bawah cahaya matahari langsung atau berdekatan dengan sumber haba lain.

Manakala susu ibu yang telah dicairkan dan beku sebelum ini boleh kekal pada suhu bilik selama satu hingga dua jam.

2. Susu ibu tahan berapa lama di ruang sejuk beku (freezer)

Susu ibu tahan berapa lama dalam ruang sejuk beku atau freezer? Anda boleh simpan susu ibu di dalam chiller yang suhunya (0°F atau −18°C) sehingga 12 bulan.

Namun tempoh penyimpanan yang terbaik adalah dalam tempoh enam bulan.

Lebih cepat anda menggunakan susu tersebut adalah lebih baik kerana tempoh penyimpanan yang lebih lama boleh mengurangkan kandungan vitamin C di dalamnya.

3. Susu ibu tahan berapa lama di ruang pendingin peti sejuk (chiller)

Tempoh masa susu ibu tahan berapa lama di ruang chiller adalah bergantung pada keadaannya.

Susu ibu yang baru dipam boleh disimpan di bahagian belakang peti sejuk (39° F atau 4° C) sehingga empat hari.

Manakala susu yang telah dicairkan dan beku sebelum ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum anda perlu membuangnya.

Jangan sekali-kali membekukan semula susu ibu selepas ia dicairkan.

Garis panduan penyimpanan susu ibu

Jenis Susu IbuAtas meja (77°F (25°C) atau lebih sejuk (suhu bilik)Peti sejuk 40°F (4°C)Peti sejuk beku 0°F (-18°C) atau lebih sejuk
Baru dipamSehingga 4 jamSehingga 4 hariDalam tempoh 6 bulan adalah yang terbaik sehingga 12 bulan
Dicairkan, sebelum dibekukan1-2 jamSehingga 1 hari (24 jam)Jangan sesekali membekukan semula susu selepas ia dicairkan
Sisa susu (bayi tidak habis minum)Gunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusuGunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusuGunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusu

Cara ajar bayi minum susu yang diperah

Tips ini sangat membantu untuk para ibu yang mahu memberikan penyusuan badan sepenuhnya kepada bayi tetapi terikat dengan komitmen kerja.

Berikut adalah jadual yang boleh dijadikan panduan:

Masa MenyusuHari 1-3Hari 4-6Hari 7-9Hari 10-13
Minum pagi 7.30-9.00 pagiSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum pagi 10.00-11.30 pagiSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperah
Makan tengah hari 12.00-1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperah
Minum petang 2.00-4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah

Tips memerah susu ibu (tangan)

  1. Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  2. Letakkan ibu jari di aroela pada bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawa payudara.
  3. Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
  4. Pusing dan perah ia dari semua arah.
  5. Teruskan langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi.

Tips memerah susu ibu (mesin pam)

  1. Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  2. Duduk dalam keadaan yang selesa.
  3. Pasang pam seperti mana yang ditetapkan dalam manual.
  4. Pastikan puting diletakkan di tengah terowong pam dan tidak bergeser dengan bahagian tepi corong.
  5. Sekiranya perlu, ubah kedudukan corong ataupun puting agar benar-benar sesuai dengan saiz puting ibu.
  6. Mulakan memerah.

Cara menyimpan dan menyediakan susu ibu dengan selamat

Mama’s Choice

1. Sebelum mengeluarkan atau mengepam susu

Basuh tangan dan semua bekas penyimpanan dengan bersih. Labelkan tarikh susu diperah pada setiap bekas.

Anda boleh sertakan sekali nama anak jika susu tersebut itu nantinya akan diberikan kepada pengasuh anak.

2. Simpan susu dalam jumlah yang sedikit

Kuantiti yang terbaik adalah 2 hingga 4 auns untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Sekiranya ada baki susu ibu yang tertinggal dalam botol selepas bayi selesai menyusu, ia hendaklah digunakan dalam masa 2 jam atau jika disejukkan dengan cepat, ia boleh digunakan untuk penyusuan seterusnya.

Pilih bekas yang sesuai menggunakan bekas platik, kaca, botol tanpa puting yang bebas BPA (free BPA).

3. Sejukkan susu sejurus selepas ia diperah / di pam

Susu yang baru diperah boleh kekal pada suhu bilik (sehingga 77°F atau 25°C) sehingga 4 jam atau sehingga 6 hingga 8 jam jika diperah dengan cara yang betul.

Bagaimanapun adalah lebih baik untuk menyejukkan badan secepat mungkin.

4. Suhu yang paling baik untuk simpan susu

Susu ibu paling baik disimpan di bahagian belakang peti sejuk (39°F atau 4°C), di mana terdapatnya suhu yang naik dan turun.

Sebaiknya gunakan susu ibu yang disejukkan dalam tempoh 4 hari.

5. Memanaskan susu ibu dari peti sejuk

Letakkan botol dalam mangkuk berisi air suam atau siramkannya di bawah air suam.

Memanaskan susu ibu dalam gelombang mikro adalah tiak selamat kerana ia berisiko melecurkan bayi anda dengan susu panas.

6. Bekukan susu jika tidak digunakan dalam masa 48-72 jam

Susu ibu boleh mengembang apabila ia dibekukan, justeru jangan isi susu sehingga ke bahagian atas bekas simpanan.

Ingat, susu perlu disimpan di belakang peti sejuk bukan di bahagian pintu. Susu ibu tahan berapa lama pula dalam peti sejuk?

Sekiranya anda membekukan susu di dalam peti sejuk yang mempunyai pintu berasingan (0°F atau −18°C), susu boleh dibekukan sehingga 9 bulan.

Namun jika anda simpan dalam peti sejuk biasa (−4°F atau −20°C), susu boleh dibekukan sehingga 12 bulan.

7. Mencairkan susu dari peti sejuk

Untuk mencairkan susu, anda boleh letakkan botol atau beg di dalam peti sejuk semalaman, lalu alirkan di bawah air suam atau boleh juga letakkan ia dalam bekas berisi air suam.

Ingat jangan sesekali memanaskan susu ibu dalam gelombang mikro kerana ia tidak selamat.

8. Setelah susu ibu dicairkan

Setelah susu ibu dicairkan anda boleh simpan dalam peti sejuk. Ia paling baik digunakan dalam masa 24 jam atau dalam masa 48-72 jam.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan susu ibu tahan berapa lama dalam beberapa keadaan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Proper Storage and Preparation of Breast Milk. Centers for Disease Control and Prevention
  2. Tips for Freezing & Refrigerating Breast Milk. Healthy Children
  3. Breast Milk Storage Guidelines. What To Expect
  4. Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja. My Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!