9 Susu Formula Bayi Terbaik Di Malaysia (2025)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Susu formula menjadi pilihan utama ramai ibu bapa di Malaysia yang ingin memastikan bayi mendapat nutrisi lengkap, terutamanya jika penyusuan susu ibu tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Dengan pelbagai jenama di pasaran, agak mencabar untuk memilih yang terbaik dan sesuai untuk bayi anda.

Artikel ini akan membantu anda memahami jenis-jenis susu formula, faktor pemilihan, serta senarai susu formula terbaik di Malaysia pada tahun 2025.

Panduan Memilih Susu Formula Terbaik

Sebelum membeli, pertimbangkan faktor berikut:

  • Penerimaan bayi – Sesetengah bayi serasi dengan jenama tertentu sahaja.
  • Umur bayi – Pastikan formula sesuai dengan tahap umur (0–6 bulan, 6–12 bulan, atau 1–3 tahun).
  • Keperluan kesihatan – Bayi dengan alahan susu lembu mungkin perlukan susu soya atau hypoallergenic.
  • Kandungan nutrisi – Pilih yang mengandungi DHA, ARA, kalsium, zat besi, vitamin D & probiotik.
  • Bajet – Harga susu formula berbeza-beza; pilih yang seimbang antara kualiti & kemampuan.

9 Jenama Susu Formula Terbaik (2025)

1. Little Étoile Premium Toddler Formula Stage 3 (1-3 years)

Susu formula premium yang dirumus khas untuk bayi dan anak kecil berusia 1-3 tahun

Diperbuat daripada 100% susu lembu ragut rumput Australia yang berkualiti tinggi, Little Étoile Stage 3 Premium Toddler Formula dirumus dengan sistem Opti-5™ eksklusif bagi menyokong perkembangan minda, penglihatan, imuniti, pertumbuhan dan penghadaman si manja.

Kenapa Pilih Little Étoile Stage 3 Premium Toddler Formula? 

  • 100% Susu Lembu Ragut Rumput Australia – Berkualiti premium untuk nutrisi semula jadi.
  • Sistem Opti-5™ – Menyokong perkembangan minda, penglihatan, imuniti, pertumbuhan & penghadaman.
  • Sokongan Imuniti – Lactoferrin & Wellmune® Beta-Glucan membantu mengurangkan risiko sakit.
  • Tinggi DHA, EPA & Lutein – Baik untuk perkembangan otak dan mata.
  • Tiada Gula Tambahan – Rasa semula jadi, pilihan sihat untuk kanak-kanak.
  • Disahkan Halal – Selamat untuk pengguna Muslim.
  • Kualiti Gred Farmaseutikal – Diuji 3-MCPD & GE pada setiap batch, dilengkapi dengan penjejakan kod QR.
  • Dirumus Khas untuk Umur 1–3 Tahun – Formulasi khusus untuk membekalkan nutrisi tepat untuk anak-anak yang sedang membesar pada peringkat ini.
  • Kesihatan Usus & Penyerapan Nutrien – Melindungi perut, sekaligus membantu menyerap nutrien dengan lebih baik, mesra pada perut si manja. Turut diperkaya dengan Prebiotik GOS, Lysine, dan Vitamin B untuk membantu melindungi daripada jangkitan virus pada usus.

Berminat? 

Jom dapatkan hari ini!

2. HiPP Junior Organic Milk Formula

Susu formula yang organik, tanpa gula tambahan!

Ramai ibu bapa mungkin tak sedar, antara jenis gula tambahan seperti maltodextrin, pepejal sirap jagung, sukrosa dan fruktosa sebenarnya ada dalam sesetengah susu formula di pasaran. Pendedahan awal kepada gula tambahan boleh membuatkan anak ketagih makanan manis dan meningkatkan risiko masalah metabolik seperti obesiti, tekanan darah tinggi, masalah lipid, penyakit kardiovaskular serta Diabetes Type 2. Jadi, sebab itulah Hipp Junior Organic Milk Formula ini dihasilkan dengan 100% laktosa susu organik tanpa gula tambahan tau! 

Laktosa sememangnya memainkan peranan penting dalam perkembangan otak serta perkembangan sistem penghadaman anak. Ia juga merupakan karbohidrat yang terbaik dan sumber karbohidrat utama terdapat secara semula jadi dalam susu ibu. Dengan rasa segar semula jadi, susu ini tidak manis dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. 

Kenapa Pilih HiPP Junior Organic Formula?

  • Mengandungi ramuan organik premium
  • Bebas GMO
  • Tiada penggunaan racun perosak atau serangga
  • Bebas hormon tiruan
  • Mengandungi 100% laktosa organik tulen
  • Bebas daripada gula tambahan, maltodextrin, pepejal sirap jagung, sukrosa dan fruktosa

HiPP JUNIOR diimport dari Jerman dan diiktiraf EU Organic. Dengan pengalaman lebih 120 tahun oleh pakar pemakanan kanak-kanak, HiPP memastikan kawalan kualiti yang ketat supaya ianya selamat dan berkualiti tinggi. 

Pilih Nutrisi Organik, Pilih Tanpa Gula Tambahan, Pilih HiPP JUNIOR!

3. Mamil Step 3 Growing Up Milk Formula

Susu formula untuk usus yang sihat

Pros

  • Mudah lawas
  • Dapat tingkatkan tenaga
  • Menjadikan minda anak lebih kreatif 

Mamil Step 3 Growing Up Milk Formula ini mengandungi 96mg DHA iaitu bahan yang penting untuk memberikan nutrisi kepada anak kesayangan anda. Rumusan ini juga boleh membantu tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak yang berumur 1 sehingga 3 tahun.

Bukan itu sahaja, tiada kandungan sukrosa dalam susu ini tau! Ini bagi mengelakkan pegambilan gula yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah berat badan.

Sistem penghadaman anak anda juga akan menjadi lebih baik kerana ia mempunyai rumusan pribiotik untuk usus dan perut yang sihat! 

4. Enfalac A+/Enfalac Baby 2′-FL Step 1 Susu Bayi Milk Formula Powder 

Susu formula untuk anak 0-12 bulan

Pros

  • Kandungan kalsium yang tinggi
  • Mempunyai Vitamin D dan zat besi
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Membantu sistem pencernaan dan sel darah

Anda mahukan susu yang sesuai untuk bayi berumur 12 bulan? Jika begitu, anda boleh dapatkan susu dari Enfalac ini! 

Susu formula ini mengandungi rumusan MFGM dan DHA+ARA, khas untuk memberikan tumbesaran yang sihat kepada si kecil. 

Untuk pengetahuan anda, MFGM adalah sumber semulajadi yang terdapat di otak. Malah, rumusan ini juga disokong dengan kandungan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat!

Selain itu, ia juga boleh menguatkan gigi dan tulang anak kesayangan anda! 

5. KARIHOME STEP 1 Goat Milk Infant

Susu formula untuk bayi sembelit

Pros

  • Harga mampu milik
  • Halal
  • Diluluskan oleh KKM
  • Mengandungi Nukleotida semula jadi
  • Tiada kandungan minyak sawit

Jika anak kecil anda mengalami masalah sembelit, anda boleh cuba susu dari KARIHOME ini. Hal ini kerana, susu formula ini dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan usus untuk perut yang sihat. 

Selain itu, ia juga dapat membantu perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun. Susu kambing ini juga sesuai untuk si kecil yang mengalami masalah kolik atau perut kembung! 

6. Dumex Dugro Step 3 Fruit & Veg Growing Up Milk Formula 1-3 years

Susu formula untuk tumbesaran yang baik

Pros

  • Mempunyai perisa yang sedap
  • Mengandungi 13 ekstrak buah-buahan
  • Diformulasi dengan zat besi aktif
  • Membina dan memperbaiki tisu badan
  • Menguatkan gigi dan tulang 

Susu Dugro® Fruit & Veg Langkah 3,4 dan 5 dengan rasa buah yang lazat dan Tanpa Sukrosa ini diformulasikan dengan kebaikan NextGen NUTRI dengan Zat Besi Aktif. Ia diperkaya dengan 13 ekstrak buah-buahan seperti pati pir, epal, plum, lobak merah, aprikot, pic, pisang, buah markisa, lemon, oren, tembikai susu, strawberi dan bayam.

Malah, ia mengandungi VItamin A dan E yang tinggi untuk kesihatan kulit, mata dan tisu badan. Dwi Protein (60% Protein dadih) membantu membina dan memperbaiki tisu badan.

Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan Vitamin D dan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat! 

7. Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g)

Susu formula untuk bayi pramatang

Pros

  • Mengandungi tenaga dan protein
  • Mempunyai DHA dan  ARA
  • Membekalkan nutrien yang penting 

Sukar untuk mencari susu formula untuk bayi pramatang? Jangan risau, anda boleh dapatkan Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g) di Shopee sahaja. 

Untuk pengetahuan anda, Pre NAN® ialah formula khas untuk bayi pramatang dan membekalkan nutrien untuk menampung keperluan dan tumbesaran bayi pramatang membesar sehingga 4 kilogram. Seterusnya, ia memberikan manfaat seperti tenaga dan protein, asid lemak dan DHA & ARA. Dengan kandungan dan suplemen baik yang terkandung dalam susu ini, anak anda dapat membesar dengan sihat.

8. Similac Isomil Plus 1-10 Years 850g

Susu formula untuk lactose intolerance

Pros

  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
  • Boleh mengembangkan membran sel
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Membekalkan asid amino
  • Mengandungi DHA, AA dan Lutein
  • Tanpa laktosa

Cons

  • Harga yang agak mahal

Adakah si kecil anda mempunyai alahan terhadap susu lembu? Jika anda menunjukkan simptom ruam atau ekzema, mereka mungkin mengalami alahan protein susu lembu atau dikenali sebagao (CMPA). Usah khuatir lagi kerana kami ada alternatif untuk si kecil kesayangan anda. 

Similac Isomil Plus ini dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 sehingga 10 tahun. Ia diperbuat daripada 100% protein soya yang berkualiti tinggi, dan boleh membantu mengurangkan alahan susu anak anda. 

Tambahan, susu ini boleh menggalakkan pertumbuhan bakteriab baik dalam saluran penghadaman tau! 

Diformulasikan dengan DHA dan AA, ia menyokong perkembangan otak dan meningkatkan kesihatan mata anak anda. 

9. Fernleaf Milk Powder for Children 1 – 3 years

Susu formula untuk kanak-kanak berusia 1 – 3 tahun

Pros

  • Perisa madu yang lazat
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan si kecil
  • Mengandungi nutrien penting
  • 5x lebih DHA
  • Menguatkan gigi dan tulang 
  • Harga yang murah

Jom membantu tumbesaran anak anda dengan Fernleaf Milk Powder! Susu formula ini mengandungi nutrien, protein dan vitamin yang penting bagi memastikan anak anda membesar dengan sihat dan kuat. 

Susu ini juga mempunyai perisa yang sedap iaitu madu. Anak anda perlu mengambil sebanyak 3 gelas sehari untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. 

Harganya juga tidaklah terlalu mahal berbanding dengan susu berperisa madu di kedai biasa!

FAQ Tips & Panduan Memilih Susu Formula Terbaik

Apakah perbezaan antara susu formula dan susu ibu?

Susu formula adalah alternatif untuk susu ibu bagi memberikan nutrisi kepada bayi sekiranya mereka tidak dapat menyusukan bayi secara langsung.

Bilakah masa yang sesuai untuk memulakan bayi dengan susu formula?

Sebaiknya, bayi diberi susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupan mereka. Selepas itu, susu formula boleh diperkenalkan secara beransur-ansur bersama makanan pepejal lain, tetapi adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum membuat perubahan. 

Adakah semua susu formula sama?

Semestinya tidak! Terdapat pelbagai jenis susu formula yang direka khas untuk memenuhi keperluan yang berbe bayi dengan alahan atau keperluan diet yang diperlukan, dan banyak lagi. Penting untuk memilih formula yang sesuai dengan keperluan kesihatan dan perkembangan bayi anda.

Adakah susu formula mempunyai tempoh luput?

Ya betul, susu formula mempunyai tempoh luput yang dinyatakan pada pembungkusan. Sangat penting untuk memeriksa tarikh luput dan menyimpan susu formula di tempat yang sesuai untuk memastikan kualitinya sentiasa terjamin..

Bolehkah saya menukar jenama susu formula tanpa berunding dengan doktor?

Kami syorkan anda untuk berunding dengan doktor sebelum membuat sebarang perubahan kepada susu formula bayi anda. Doktor akan dapat memberikan panduan yang lebih baik berdasarkan keperluan khas bayi anda.

Apakah tanda-tanda bahawa bayi saya tidak sesuai dengan susu formula yang sedang digunakan?

Antara tanda-tanda bahawa bayi mungkin tidak sesuai dengan susu formula termasuk masalah pencernaan seperti kembung atau cirit-birit, ruam kulit, atau kesulitan tidur. Jika anda mengesan sebarang gejala ini, adalah penting untuk berbincang dengan doktor secepat mungkin.

Bolehkah campur dua jenis susu formula?

Tidak digalakkan kerana komposisi nutrien berbeza dan boleh menjejaskan penghadaman bayi.

Perlu tukar susu formula bila bayi meningkat umur?

Ya, setiap peringkat umur memerlukan formula dengan nisbah nutrisi berbeza.

Bagaimana tahu bayi serasi dengan susu formula?

Perhatikan tanda seperti tiada muntah berlebihan, tiada ruam, dan najis normal selepas penukaran susu.

Adakah susu formula boleh ganti susu ibu?

Susu ibu tetap pilihan terbaik, tetapi susu formula boleh jadi alternatif jika penyusuan susu ibu tidak dapat dilakukan.

Anda perlu ingat bahawa setiap bayi adalah berbeza, dan apa yang sesuai untuk bayi anda mungkin tidak sesuai untuk yang lain.

Dengan memahami keperluan dan perkembangan bayi anda, anda dapat membuat keputusan yang bijak mengenai susu formula yang terbaik untuk mereka. Selamat mencuba! 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut