Susu Ibu Mengandung, 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik!

Susu ibu mengandung memainkan peranan penting dalam pengambilan nutrisi semasa hamil.

Mereka perlu mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan janin yang optimum. Salah satu komponen penting dalam pengambilan diet bernutrisi adalah dengan susu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa pilihan susu ibu mengandung terbaik bagi tahun 2024.

Baca juga:

Jenis susu ibu mengandung

Terdapat pelbagai jenis susu ibu mengandung yang boleh anda cuba dari sumber semulajadi. Antaranya seperti:

  • Susu lembu: Susu yang paling dijual di pasaran dan mudah ditemui. Tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.
  • Susu soya: Susu yang diformulasi khusus berasaskan soya. Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.
  • Susu kambing: Susu yang mempunyai khasiat hampir sama dengan susu ibu. Boleh didapatkan secara organik, UHT, ataupun susu segar.
  • Susu badam: Susu yang diperbuat daripada kacang almond dan air. Bagi individu yang tidak gemar susu soya, susu badam adalah pilihan terbaik.
  • Susu oat: Susu ini boleh mencegah masalah sembelit yang selalu dialami oleh wanita hamil.
  • Susu beras: Susu beras diperbuat daripada beras dan air. Ia tidak sesuai bagi ibu yang mempunyai masalah penyakit diabetes.

Senarai susu ibu mengandung

Berikut adalah beberapa susu ibu mengandung yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk membantu proses kehamilan anda:

Susu ibu mengandung

1. Anmum Materna

Susu ibu mengandung No.1 di Malaysia adalah Anmum Materna. Ia diformulasikan khusus dengan 100% nutrisi penting untuk menyokong keperluan seluruh wanita hamil di Malaysia.

Ia disokong oleh pusat penyelidikan dan pembangunan Fonterra di New Zealand yang mempunyai lebih daripada 90 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan kepakaran sains.

Anmun Materna menekankan kepada 8 aspek penting semasa hamil dengan menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), Prebiotik, Probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™) dan nutrien-nutrien penting yang lain termasuk folat, kalsium dan zat besi.

2. Similac Mom

Simialc Mum ialah susu ibu mengandung yang dikaji secara saintifik oleh pakar dan doktor.

Ia mempunyai sistem pemakanan EyeQPlus yang dipertingkatkan dengan vitamin E dan lutein semula jadi bersama-sama dengan DHA, bahan terbaik untuk membina otak dan mata bayi anda.

Susu ini diperkaya dengan 27 vitamin, mineral serta prebiotik penting, rendah GI, rendah lemak sekaligus sesuai diminum oleh mereka yang menghidap diabetes semasa hamil.

3. Karihome Mama Milk

Karihome ialah jenama formula susu kambing premium yang dikilangkan sepenuhnya dan diimport dari New Zealand.

Formula susu kambing Karihome Mama ini mengadungi nutrien utama yang dperlukan oleh ibu hamil dan menyusu seperti folat, kalsium, dan DHA.

4. Wildan Mama

Wildan Mama adalah susu ibu mengandung yang dihasilkan dari gabungan khasiat susu kambing dan makanan sunnah seperti ekstrak habbatus sauda, kurma dan gam arab yang sedap tanpa bau hamis.

Untuk mengimbangi paras hemoglobin, menstabilkan paras gula dalam darah ibu hamil dan membekalkan zat untuk tumbesaran janin, Wildan Mama adalah pilihan terbaik di sisi anda.

5. Enfamama A+ Vanilla

Susu ibu mengandung yang seterusnya untuk anda pilih adalah Enfamama A+ Vanilla.

Susu ini dirumus khas secara saintifik untuk ibu mengandung dan menyusu. Ia adalah satu-satunya jenama dengan DHA dan kolin tertinggi untuk menyokong perkembangan otak bayi sambil menyokong keperluan pemakanan ibu untuk nutrien seperti asid folik, protein dan kalsium.

Menariknya, setiap 100g Enfamama A+ mampu membekalkan 100mg DHA dan 560mg kolin berbanding susu penuh krim yang lain di pasaran.

6. Frisomum Gold

Frisomum Gold dengan Frisoshield mengandungi nutrien penting seperti prebiotik, vitamin C, selenium, asid folik, besi dan kalsium yang membantu membina dalaman yang lebih kuat.

Kesihatan dalaman yang kuat dan kukuh sangat baik dalam membangunkan keseluruhan kehidupan baru anda dalam bergelar seorang ibu.

Bukan setakat itu sahaja, susu ibu mengandung ini juga adalah 52% lebih rendah lemak jika dibandingkan dengan susu tepung penuh krim di pasaran.

7. Prenagen Mommy

Jika anda sedang mencari susu yang lengkap dan sesuai dengan semua jenis nutrisi untuk ibu hamil, Prenagen Mommy adalah jawapannya.

Susu ini mengandungi protein yang penting untuk pembentukan organ tubuh bayi dan DHA-Omega 3 untuk perkembangan otak bayi.

Bukan itu sahaja, susu ini juga dapat memastikan ibu tetap fit semasa hamil, tinggi kalsium untuk kesihatan ibu dan bayi serta dilengkapi dengan 20 vitamin mineral.

Ia boleh didapatkan di pasaran dengan pelbagai variasi perisa seperti groovy mocha, delicious mung bean, velvety chocolate, lovely strawberry, dan french vanilla.

8. Wyeth Promama

susu ibu mengandung

Promama susu ibu rendah lemak yang dirumus khas untuk menyediakan nutrien penting untuk membantu anda mencapai pengambilan nutrisi ideal untuk kesihatan yang terbaik sepanjang kehamilan.

Kini dengan Sphingomyelin, A2 beta-casein dan tanpa tambahan sukrosa.

9. Nestle Mom & Me

Susu ibu mengandung yang seterusnya adalah Nestle Mom & Me. Susu tepung formula lazat ini direka khas untuk kehamilan dan penyusuan, memberikan anda dan si kecil dalam diri anda nutrisi yang betul untuk perkembangan yang sihat.

10. Bellamy’s Organic Pregnancy Formula

susu ibu mengandung

Bellamy’s Organic Pregnancy Formula ialah makanan tambahan yang dirumus premium dan direka dengan teliti untuk menyokong kesihatan ibu, sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Ia membekalkan nutrisi untuk menyokong kesejahteraan ibu dan perkembangan janin, termasuk DHA, GOS & FOS serta membantu ibu mengandung memenuhi keperluan nutrisi tambahan untuk kehamilan dan penyusuan.

11. Bonlife Purenot Mom

susu ibu mengandung

Bonlife Purenot Mom dirumus khas untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Ia sesuai untuk lacto-vegetarian dan individu yang mempunyai intoleransi laktosa atau alah kepada susu lembu.

12. Momma Pregolact

susu ibu mengandung

Susu ibu mengandung Momma Pregolact dikenali ramai sebagai milk booster untuk menambah dan memekatkan susu badan.

Susu ini berjaya mendapat pengiktirafan Reader’s Choice Awards pada tahun 2017.

Ia mengandung 12 bahan istimewa seperti omega-3, zaitun, delima, habbatus sauda, kismis, kurma, buah tin, saffron, madu, inulin, susu, dan coklat / vanila untuk membantu melancarkan dan banyakkan susu ibu dengan cepat, mudah, berkesan dan optimum.

13. LAZZ Susu Kambing Kurma

susu ibu mengandung

LAZZ Susu Kambing Kurma salah satu dari jenama tempatan yang murah tetapi berkualiti tinggi.

Ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri untuk ibu hamil dan berpantang seperti mengurangkan simptom morning sickness dan pedih ulu hati di awal hamil, memberi tenaga sepanjang berpantang, meningkatkan susu badan, dan membantu tambah darah dalam badan.

14. HiGoat Premium Susu Kambing Kurma Madu

Susu ibu mengandung yang satu in sudah popular dan dikenali ramai sejak tahun 1998 lagi iaitu HiGoat Premium.

Susu ini telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL, MeSTI, 1 Malaysia Best, Jabatan Veterinar, Good Manufacturing Practice GMP dan Lulus KKM.

Ia merupakan minuman susu kambing dengan tambahan kurma dan madu yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan khususnya kepada ibu hamil dan menyusu.

15. OriCell Ino-Mom

Susu ibu mengandung OriCell Ino-Mom menggunakan formula “bukan tenusu” yang dirumus khas untuk ibu mengandung yang tidak menyukai produk tenusu.

Ia menyediakan pelbagai nutrien penting yang paling komprehensif dan asas yang kukuh untuk untuk perlindungan seperti membantu ibu mengandung menghasilkan folikel yang sihat 3-6 bulan sebelum hamil.

Hal ini supaya mereka boleh hamil seperti yang dirancang, serta melegakan keletihan dan kebimbangan pada ibu hamil sambil menunggu kelahiran bayi yang sihat.

Bila waktu terbaik minum susu ketika hamil?

Anda boleh minum susu dari awal tempoh kehamilan lagi. Hal ini kerana terdapat banyak nutrisi penting dan berkhasiat yang boleh kita dapakan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan ibu hamil dan janin dalam kandungan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan pilihan susu ibu mengandung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. The Amazing Potential begins with Enfamama A+. Enfagrow
  2. Anmum™ MATERNA: The Only Prenatal Milk With No Added Sugars. Anmum
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!