SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)

SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Antarabangsa Malaysia (Mulai 1 April 2022)

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Malaysia akan memasuki peralihan ke Fasa Endemik mulai 1 April 2022.

Susulan itu, semua individu dibenar merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi.

Kerajaan juga akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan, setelah lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut Perdana Menteri, keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19; kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain; ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Pembukaan Sempadan Antarabangsa Mulai 1 April 2022

Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar mulai 1 April 2022.

Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.

Bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.

SOP Pengembara Yang Tiba Di Sempadan Malaysia (Mulai 1 April 2022)

Bermula 1 April 2022, berikut adalah protokol baharu untuk pengembara yang tiba di sempadan / pintu masuk antarabangsa Malaysia (PMA).

sop pengembara

Di sini disenaraikan protokol tambahan di Pintu Sempadan Antarabangsa dan pengembara antarabangsa (diumumkan dalam kenyataan media Menteri Kesihatan 9 Mac 2022)

  1. Jika seseorang individu menjalani kuarantin seminggu sebelum 1 April, perintah kuarantin itu akan tamat pada 1 April 2022.
  2. Kanak-kanak dan remaja 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu jalani kuarantin, hanya perlu buat ujian RTK antigen dalam tempoh 24 jam selepas tiba di tanah air.
  3. Bagi individu yang tidak lengkap atau tidak mengambil vaksin langsung MESTI menjalani kuarantin lima hari selepas tiba di tanah air. Selepas tamat kuarantin, individu tersebut mesti mengikut syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan kerajaan.
  4. Pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, perlu memuat naik bukti pengecualian daripada doktor ke dalam aplikasi mySejahtera.
  • Protokol pengembara untuk sempadan darat akan diumumkan minggu depan.
    Kerajaan perlu membezakan antara pengembara dan kumpulan yang berulang alik atau ‘periodic commuters’.
  • Orang ramai boleh merujuk semua protokol yang diumumkan menerusi portal covidprotocol.moh.gov.my

SOP Pengujian & Kuarantin Bagi Pengembara

Dengan pembukaan sempadan, pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas, serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Berkuatkuasa 1 April 2022, berikut adalah prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia. Perincian prosedur melalui pengembaraan jalan darat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Orang ramai boleh merujuk semua protokol terkini yang diumumkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal covidprotocol.moh.gov.my

https://covidprotocol.moh.gov.my/
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!