Simptom Omicron & Garis Masa Jangkitan Covid-19 Yang Anda Perlu Tahu

Gelombang varian Omicron yang melanda negara ketika ini, tidak boleh dipandang ringan hanya dengan ciri gejala dan simptom yang disifatkan tidak begitu memudaratkan.

Ini kerana kadar kebolehjangkitannya yang bukan sahaja tinggi, malah sama seperti varian lain penularannya perlu dikawal dengan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta pengambilan vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang simptom varian Omicron Covid-19.

Simptom Omicron

Tahukah anda, kebanyakan pesakit yang mendapat jangkitan Omicron tidak mengadu simptom demam seperti pesakit yang mengalami varian Delta sebelum ini.

Dr. Katherine Poehling, Pakar Penyakit Berjangkit dan Pakar Vaksin di Atrium Health Wake Forest Baptist di North Carolina, berkata bahawa berikut adalah simptom yang menonjol daripada Omicron:

  • Batuk
  • Keletihan atau kepenatan melampau
  • Hidung tersumbat dan berair
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala

“Kami mendapati simptom yang sering dialami adalah sakit tekak, hidung berair, keletihan dan sakit kepala ringan,” kata Dr Rahul Sharma, ketua doktor kecemasan di Pusat Perubatan NewYork-Presbyterian/Weill Cornell.

Berbeza dengan varian sebelum ini, hilang deria rasa bukan lagi menjadi simptom utama jangkitan.

Sementara itu, Perubatan John Hopkins menunjukkan kira-kira 20% berkemungkinan mengalami cirit-birit sebagai simptom sejurus selepas dijangkiti virus.

Seseorang yang mempunyai sistem imun yang terjejas adalah yang paling mungkin mengalami cirit-birit dan gejala gastrousus lain, lapor NBC Chicago.

Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya simptom dengan tanda-tanda biasa iaitu keletihan, masalah pernafasan, sakit otot dan badan serta sakit kepala atau sakit tekak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memgesyorkan agar anda melakukan ujian RTK-Ag kendiri di rumah jika mempunyai sebarang gejala di bawah:

  1. Sakit tekak
  2. Demam
  3. Batuk
  4. Sukar bernafas
  5. Hilang deria bau dan rasa
  6. Sakit dada
  7. Hilang selera makan
  8. Loya / cirit-birit berterusan

Ulasan Garis Masa Varian Omicron – Dr Sakinah Sulong

Ini garis masa untuk Covid varian Omicron.

Kenapa ada masa buat saliva test atau RTK-Ag negatif pada awalnya, kemudian selepas beberapa hari diulangi, ujian menjadi positif.

Pada awal jangkitan berlaku, pada hari pertama hingga ketiga, selalunya tiada simptom, tetapi seseorang sudah boleh menjangkitkan kepada orang lain seawal hari kedua.

Ini bukan benda pelik, kerana dalam jangkitan demam campak pun begini. Walaupun belum ada demam, seseorang itu sudah boleh menjangkitkan kepada individu yang lain.

Bila simptom mula kelihatan, pada hari ketiga dan seterusnya.

Dikatakan waktu terbaik untuk ujian ialah pada hari ke 5, 6 daripada jangkitan berlaku atau hari ketiga daripada simptom muncul.

Atas sebab itu, RTK Ag sepatutnya diulangi pada hari ketiga atau keempat selepas simptom muncul dan waktu kuarantin bagi pesakit Covid berakhir pada hari ke 7 atau 10 berdasarkan status vaksinasi mereka.

RTK Ag atau ujian saliva yang negatif pada awal-awal simptom belum cukup tepat 100% untuk mengatakan anda bebas daripada jangkitan Covid.

Namun ia berguna untuk orang awam membuat saringan sekiranya balik dari satu perjumpaan/perhimpunan atau ingin berjumpa individu berisiko.

*Sumber: Dr Sakinah Sulong

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!