Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan peruntukan sebanyak RM650 juta bagi meneruskan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2027.
Langkah proaktif ini adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh dalam Belanjawan Sarawak 2027 untuk menangani kos sara hidup yang kian meningkat, sekali gus memberikan keadilan sosial kepada golongan yang memerlukan.
Jom rujuk perincian bantuan SKAS 2027 untuk rakyat Sarawak di bawah.
Apa Itu SKAS 2027?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2027 adalah sebuah program bantuan kewangan tunai yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan kumpulan rentan di negeri tersebut bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Inisiatif ini telah diumumkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semasa pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 pada 12 Oktober 2026 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM650 juta.
Siapa Layak Mohon SKAS 2027?
Kelayakan untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ditentukan berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan syarat-syarat utama berikut:
Syarat Utama Kelayakan
- Warganegara / Penduduk: Anak Sarawak yang memegang Kad Pengenalan bertanda ‘K’ dan menetap di Sarawak.
- Pendapatan: Berpendapatan isi rumah atau individu pada kadar RM5,000 dan ke bawah.
- Pendaftaran: Tiada permohonan baharu diperlukan kerana penerima dikenal pasti secara automatik melalui pangkalan data STR.
Sekiranya pemohon yang layak didapati tercicir daripada senarai penerima bantuan, anda boleh merujuk kepada Wakil Rakyat (YB) di kawasan masing-masing untuk urusan rayuan.

Kadar Bantuan SKAS 2027
Melalui peruntukan yang besar ini, skim bantuan tunai SKAS dikategorikan mengikut keperluan kumpulan sasar bagi memastikan pengagihan yang adil:
- Isi Rumah B40: Menerima bantuan sehingga RM1,100.
- Warga Emas: Menerima bantuan sebanyak RM600.
- Individu Bujang: Menerima bantuan sebanyak RM375 bagi yang memenuhi kriteria kelayakan.

Cara Mohon SKAS 2027
Setakat ini, tiada permohonan baharu secara berasingan yang perlu dibuat untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kerana data penerima diterima secara automatik daripada pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Oleh itu, untuk melayakkan diri menerima SKAS 2027, pastikan anda membuat pendaftaran baharu STR jika yang dibuka secara rasmi pada bulan Oktober 2026 ini sekiranya anda bukan penerima STR.
Maklumat terkini mengenai permohonan SKAS 2027 akan dikemaskini kelak sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim SKAS 2027
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses rayuan SKAS, sila rujuk pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
- Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected].my
Anda mestilah warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan dengan status “K” (atau mempunyai kod negeri 13, 52, 53 pada nombor kad pengenalan lama) dan menetap secara sah di Sarawak.
– Isi Rumah (B40): RM5,000 dan ke bawah sebulan.
– Warga Emas (60 tahun ke atas): RM5,000 dan ke bawah sebulan.
– Individu Bujang (21–59 tahun): RM2,500 dan ke bawah sebulan.
– Isi Rumah: RM1,100
– Warga Emas: RM600
– Individu Bujang: RM375
Kredit bantuan ini hanya terhad untuk barangan keperluan asas sahaja seperti beras, minyak masak, tepung, telur, gula, roti, susu bayi, dan barangan runcit asas yang lain.
Bantuan akan dikreditkan secara digital ke dalam aplikasi S Pay Global. Penerima tidak akan menerima wang tunai fizikal ke dalam akaun bank peribadi mereka.




