Tak Perlu Ulang Ujian RTK & PCR Selepas Tamat Kuarantin

Individu Positif Tidak Perlu Ulang Ujian RTK-Ag dan RT-PCR Setelah Tamat Tempoh Kuarantin

Adakah anda telah tamat tempoh kuarantin yang ditetapkan?

Adakah anda telah mengulangi ujian RTK-Ag dan RT-PCR untuk memastikan anda benar-benar sihat dan bebas daripada Covid-19 sebelum kembali ke tempat kerja?

Tahukah anda, individu positif TIDAK PERLU mengulangi ujian kendiri RTK atau PCR setelah selesai menjalani tempoh kuarantin (7 hari) yang ditetapkan melalui MySejahtera.

Ini kerana, ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik pada sampel saluran pernafasan selama 2 hingga 3 bulan setelah dijangkiti.

Walaubagaimanapun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut TIDAK MUNGKIN boleh menyebarkan jangkitan, misalnya ketika tempoh viral shedding.

Berikut dikongsikan infografik tentang Tempoh Jangkitan Covid-19 yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk makluman orang awam.

Baca juga:

Bilakah ujian pantas RTK-Ag dan RT-PCR anda akan menunjukkan keputusan positif sekiranya anda dijangkiti virus COVID-19?

Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.

Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.

Penggunaan ujian RTK_Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala.

KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR.

Namun, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19.

Sumber: BERNAMA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!