Pengumuman & Semakan Keputusan PSRA 2025 – 27 Nov 2025

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) akan diumumkan pada 27 November 2025 / 6 Jamadil Akhir 1447H, Khamis, 10.00 pagi. Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan.

Ikuti “stream” langsung di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Tahukah anda apa itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama? Ia adalah peperiksaan yang dijalankan ke atas pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Agama dan KAFA di negeri Selangor mengikut kehendak dan syarat-syaratnya.

Berikut adalah tarikh pelaksanaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2025 bagi Sekolah-sekolah Rendah Agama / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan Sekolah-sekolah Islam Persendirian / Swasta Negeri Selangor.

Pengenalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)

PSRA merupakan ujian yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor, iaitu satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam.

Ujian PSRA ini adalah berbeza sama sekali dengan Ujian Penilaian Kelas Kafa atau singkatannya UPKK.

UPKK pula merupakan peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia dijalankan ke atas semua pelajar darjah 5 di sekolah KAFA seluruh Malaysia.

BACA JUGA: Permohonan Sekolah Agama Johor & Tadika Agama Johor 2026

Skop PSRA

Skop sukatan pelajaran PSRA bermula dari darjah 4 hingga 6 sahaja.

Bidang yang dinilai adalah:

  1. Al-Quran dan Hafazan
  2. Akhlak/Sirah
  3. Tajwid
  4. Tauhid/Feqah
  5. Bahasa Arab
  6. Jawi, Imlak, Khat

Dari segi pemarkahan dalam setiap subjek pula, markah akan diberikan berdasarkan pangkat seperti yang berikut:

  1. Mumtaz (Cemerlang)
  2. Jayyid Jiddan (Sangat baik)
  3. Jayyid (Baik)
  4. Maqbul (Lulus)
  5. Musaadah (Perlu Bimbingan)

Tarikh Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA 2025)

Ujian PSRA bagi tahu 2025 bagi Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) dan Pentaksiran Imlak bermula pada:

Manakala, Ujian Bertulis pula bermula pada:

Format Penilaian PSRA 2025

Berikut ialah format penilaian terkini untuk ujian PSRA 2025:

keputusan psra
keputusan psra semakan
keputusan psra semakan

Kepentingan PSRA

Pelajar yang lulus dengan cemerlang (Mumtaz) di dalam ujian ini berpeluang untuk menyambung pengajian ke:

  1. Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  2. Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Keputusan UPKK dan PSRA yang baik akan membantu para pelajar mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat di sekolah menengah agama Tingkatan 1 di negeri Selangor.

Pendaftaran Calon PSRA

Borang permohonan calon PSRA boleh dimuat turun terus dari laman web JAIS di pautan berikut: https://pendidikan.jais.gov.my/pendaftaran_psra

Tarikh Semakan Keputusan PSRA

Keputusan PSRA bagi tahun 2025 akan diumumkan seperti butiran berikut:

Cara Semakan Keputusan PSRA Online

Keputusan peperiksaan PSRA 2025 boleh disemak secara dalam talian melalui pautan yang akan diberikan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

keputusan psra 2025
Apakah Penilaian Sekolah Rendah Agama?

PSRA ialah peperiksaan bersijil yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pendidikan Islam untuk murid Tahun 6 di:
– Sekolah Rendah Agama (SRA)
– Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)
– KAFA Integrasi Selangor

Apakah perbezaan UPKK dan PSRA?

Beza PSRA & UPKK:
– PSRA : Khusus untuk Selangor (oleh JAIS)
– UPKK : Dijalankan oleh JAKIM untuk seluruh negara

Apa yang dinilai dalam peperiksaan ini?

Bidang Dinilai dalam PSRA (6 bidang):
1. Al-Quran dan Hafazan (dinilai secara gred)
2. Akhlak dan Sirah (AS01)
3. Bahasa Arab (BA02)
4. Jawi, Imlak dan Khat (JIK03 – 5 bahagian, 1 jam 30 minit)
5. Tauhid dan Feqah (TF04)
6. Tajwid (TJ05)

Apa syarat kelayakan untuk ujian ini?

Syarat Kelayakan:
– Murid perlu menuntut sekurang-kurangnya 2 tahun (Tahun 5 & 6) di institusi berdaftar.

Bila tarikh keputusan ujian?

Semakan keputusan boleh dibuat pada tarikh berikut:
Tarikh : 27 November 2025
Hari : Khamis

Layari laman web https://keputusan.jais.gov.my/semakan-keputusan atau scan Kod QR yang tertera untuk membuat semakan keputusan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat yang tertera di bawah:

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bahagian Pendidikan Islam,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor

  • Tel: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter)
  • Fax: 03-5512 3035/5510 5053
  • Email: [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut