Advertisements

[RASMI] Senarai Calon GTA – Parti Pejuang Tanah Air Bagi PRU15

Advertisements

Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan senarai di 121 calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perjuangan gabungan itu bukan untuk golongan tertentu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menyelamatkan negara, bangsa dan agama daripada pemimpin yang terlibat dengan rasuah.

“Perjuangan GTA bukan untuk orang itu dan ini menjadi Perdana Menteri atau menteri tetapi untuk kita selamatkan negara, bangsa dan agama.

“Walaupun GTA ini gerakan orang Melayu tetapi kita sedar negara ini berbilang kaum dan kita juga bersedia untuk bekerjasama dengan kaum lain.

Pengenalan GTA

Untuk makluman, GTA adalah gabungan beberapa parti politik merangkumi:

  • PEJUANG
  • PUTRA
  • BERJASA
  • IMAN
  • Gagasan Bangsa

Senarai Calon GTA (Gerakan Tanah Air) Yang Bertanding PRU15

Pada 2 November, telah diadakan Majlis Pengumuman Calon PRU-15 GTA – Parti Pejuang Tanah Air bertempat di Bangi Convention Center.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

calon gta pru15 gerakan tanah air

Senarai calon GTA bagi PRU15 yang diumumkan adalah seperti berikut:

P.002 KANGAR – Nur Sulaiman Zolkapli (PEJUANG)

P.003 ARAU – Abdul Razak Abdul Khalek (PEJUANG)

KEDAH

P.004 LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)

P.005 JERLUN – Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG)

P.006 KUBANG PASU – Datuk Amiruddin Hamzah (PEJUANG)

P.007 PADANG TERAP – Razali Lebai Salleh (PEJUANG)

P.009 ALOR SETAR – Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG)

P.010 KUALA KEDAH- Ulya AqamahHusamudin (PEJUANG)

P.011 PENDANG – Abdul Rashid Yop (GAGASAN BANGSA)

P.012 JERAI – Datuk Mohd Nizam Mahshar (GAGASAN BANGSA)

P.014 MERBOK – Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak – (IMAN)

P.015 SUNGAI PETANI – Marzuki Yahya – (PEJUANG)

P.016 BALING- Basir Ab Rahman (PUTRA)

P.017 PADANG SERAI – Hamzah Abd Rahman (PUTRA)

P.018 KULIM BANDAR BARU – Mohamad Yusrizal Yusoff (GAGASAN BANGSA)

Antara Calon GTA yang akan bertanding dalam PRU15 / Sumber gambar: ismaweb

KELANTAN 

P.019 TUMPAT – Che Muhammad Aswari Che Ali (PUTRA)

P.020 PENGKALAN CHEPA – Wan Ahmad Nasri Wan Ismail (PEJUANG) 

P.021 KOTA BHARU – Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (PUTRA)

P.022 PASIR MAS – Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (PUTRA)

P.023 RANTAU PANJANG – Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali (PUTRA)

P.024 KUBANG KERIANG – Mohamad Rizal Razali (PEJUANG)

P.025 BACHOK – Kamarul Azam Osman  (PUTRA)

P.026 KETEREH – Hanif Ibrahim (PUTRA)

P.027 TANAH MERAH – Mohd Nasir Abdullah (PUTRA)

P.028 PASIR PUTEH  – Wan Marzudi Wan Omar (PEJUANG)

P.029 MACHANG – Mejar Besar Muhammad Seman (PUTRA)

P.030 JELI – Prof. Ir Dr. Muhammad Daud (PUTRA)

P.031 KUALA KRAI – Norashikin Che Omar (PEJUANG)

P.032 GUA MUSANG – Dr. Samsu Adabi Mamat (PEJUANG)

TERENGGANU

P.033 BESUT – Wan Nazari Wan Jusoh (PEJUANG)

P.034 SETIU- Wan Adnan Wan Ali (PEJUANG)

P.035 KUALA NERUS – Azaha Wahid (PUTRA)

P.036 KUALA TERENGGANU- Mohamad Abu Bakar Muda (PUTRA)

P.037 MARANG – Zarawi Sulong (PUTRA)

P.038 HULU TERENGGANU – Mohd Khadri  Abdullah (PUTRA)

P.039 DUNGUN – Nur Aisah Hassan (PEJUANG)

P.040 KEMAMAN – Rosli Ab Ghani (PEJUANG)

PULAU PINANG

P.041 KEPALA BATAS –  Hamidi Abu Hassan  (BERJASA)

P.042 TASIK GELUGOR – Abdul Halim Sher Jung (GAGASAN BANGSA)

P.043 BAGAN – Mohammed  Hafiz Mohamed Abu Bakar (IMAN)

P.044 PERMATANG PAUH – Nasir Othman (PUTRA) 

PERAK

P.056 LARUT – Auzaie Fadzlan Shahidi (BERJASA)

P.058 BAGAN SERAI – Ahmad Luqman Ahmad Yahaya  (PEJUANG)

P.059 BUKIT GANTANG – Mohd Shukri Mohd Yusoff (PEJUANG)

P.062 SUNGAI SIPUT – Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (PEJUANG)

P.063 TAMBUN – Abdul Rahim Tahir 

P.067 KUALA KANGSAR – Yusmalia Muhammad Yusof (PEJUANG)

P.069 PARIT – Faizol Fadzli Mohamad (PEJUANG)

P.072 TAPAH – Mior Nor Haidir Suhaimi (PEJUANG)

P.073 PASIR SALAK – Zairol Hizam Zakaria (PUTRA)

P.074 LUMUT – Mazlan Abdul Ghani (PEJUANG)

P.076 TELUK INTAN – Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (IMAN)

P.077 TANJONG MALIM – Amir Hamzah Abdul Razak (IMAN)

PAHANG

P.079 LIPIS – Aishaton Abu Bakar (PEJUANG)

P.080 RAUB – Norkhairul Anuar Mohamed Nor (PEJUANG) 

P.082 INDERA MAHKOTA – Mohamad Nor Sundari (BERJASA)

P.084 PAYA BESAR – Rosminahar Mohd Amin (PEJUANG) 

P.085 PEKAN- Mohammad Radhi Abdul Razak (PEJUANG)

P.087 KUALA KRAU – Shahruddin Mohamed Salleh (PEJUANG)

P.088 TEMERLOH – Aminuddin Yahaya (GAGASAN BANGSA)

SELANGOR

P.092 SABAK BERNAM – Idris MD Yusof (GAGASAN BANGSA) 

P.093 SUNGAI BESAR – Asmawar Samad (PUTRA)

P.094 HULU SELANGOR – Harumaini Omar (PEJUANG)

P.095 TANJUNG KARANG – Azlan Sani Zawawi (GAGASAN BANGSA) 

P.096 KUALA SELANGOR- Mohd Shaid Rosli (PEJUANG)

P.098 GOMBAK – Aziz Jamaludin Mohd Tahir (PUTRA)

P.099 AMPANG- Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG) 

P.100 PANDAN – Nadia Hanafiah (GAGASAN BANGSA)

P.102 BANGI- Annuar Salleh (BERJASA)

P.105 PETALING JAYA – Mazween Mokhtar (GAGASAN BANGSA)

P.107 SUNGAI BULOH – Mohd Akmal Mohd Yusof (PEJUANG)

P.108 SHAH ALAM- Muhammad Rafique Rashid Ali (PEJUANG)

P.109 KAPAR – Muhammad Pathan Hussin (BERJASA)

P.101 HULU LANGAT – Markiman Kobiran (PEJUANG)

P.111 KOTA RAJA – Fahmi Bazlan Muda (BERJASA)

P.112 KUALA LANGAT – Ridzuan  Abdullah  (GAGASAN BANGSA)

P.113 SEPANG – Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (PEJUANG)

W.P PUTRAJAYA

P.125 PUTRAJAYA – Muhd Rosli Ramli (BERJASA)

W.P KUALA LUMPUR

P.115 BATU- Wan Azliana Wan Adnan (PEJUANG) 

P.116 WANGSA MAJU – Norzaila Arifin (PUTRA) 

P.118 SETIAWANGSA – Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG)

P.119 TITIWANGSA – Khairuddin Abu Hassan (PEJUANG)

P.121 LEMBAH PANTAI – Noor  Asmah Mohd Razalli  (PUTRA)

NEGERI SEMBILAN

P.126 JELEBU – Ahmad Fakri Abu Samah (PUTRA)

P.127 – JEMPOL – Mohd Khalid Muhd Yunus (PUTRA)

P.128 SEREMBAN- Mohamad Jani Ismail  (PEJUANG) 

P.129 KUALA PILAH – Kamarulzaman  Kamdias (PUTRA)

P.131 REMBAU – Ramly Awaluddin (PEJUANG)

P.132 PORT DICKSON – Ahmad Idham Ahmad Nazri (GAGASAN BANGSA)

P.133 TAMPIN – Zamani Ibrahim -(BERJASA)

MELAKA

P.134 MASJID TANAH – Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG)

P.135 ALOR GAJAH – Muhammad Nazriq  Abdul Rahman (BERJASA)

P.136 TANGGA BATU – Ghazali Abu (PUTRA)

P.137 HANG TUAH JAYA – Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG)

P.139 JASIN – Mohd Daud Nasir (PEJUANG)

JOHOR

P.140 SEGAMAT – Syed Hairoul Faizey Syed Ali (PUTRA)

P.141 SEKIJANG – Muhd Saiful Faizal Abd Halim (PUTRA)

P.144 LEDANG – Rafidah Ridwan (PEJUANG)

P.149 SRI GADING- Mahdzir Ibrahim (PEJUANG)

P.150 BATU PAHAT – Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (PEJUANG)

P.151 SIMPANG RENGGAM – Kamal Kusmin (PUTRA)

P.154 MERSING – Nurfatimah Ibrahim (PEJUANG)

P.155 – TENGGARA – M Azhar Palal (PUTRA)

P.159 PASIR GUDANG – Mohammad Rafi Beran (IMAN)

P.160 JOHOR BHARU – Mohd  Akhiri Mahmood (PEJUANG)

P.164 PONTIAN – Jamaluddin Mohamad (GAGASAN BANGSA)

W.P LABUAN

P.166 LABUAN-  Ramle Mat Daly (PUTRA) 

SABAH

P.167 KUDAT – Nur Alya Humairah Usun Abdullah (PEJUANG)

P.170 TUARAN – Muminin Kalingkong @ Norbinsha (PEJUANG)

P.172 KOTA KINABALU – Roman Lo (PEJUANG)

P.173 PUTATAN – Poyne B. Tudus @ Patrick Payne (IMAN)

P.182 PERSIANGAN – Jamani Derimin @ Gampalid (PEJUANG)

P.183 BELURAN – Hausing Sudin @ Samsudin (PEJUANG)

P.188 LAHAD DATU – Jani Kulmen (PEJUANG)

P.191 KALABAKAN – Nur Aini Abdul Rahman (PEJUANG)

P.168 KOTA MARUDU – Mohd Azmi Zulkiflee (PEJUANG)

P.169 KOTA BELUD – Kanul Gindol  (PUTRA) 

P.175 PAPAR – Nicholas Sylvester (PEJUANG)

P.179 RANAU – Azizul  Julirin (PEJUANG)

P.180 KENINGAU – Jeffrus @ Maimin Rijan (PUTRA)

P.185 BATU SAPI – Boni Yusuf  Abdullah (PUTRA)

gerakan tanah air
gerakan tanah air

Baca juga:

APA ITU GERAKAN TANAH AIR (GTA) – TUN M

1. Siapa dianya GTA atau Gerakan Tanah Air?

2. Dia adalah satu gerakan (movement) orang Melayu.

3. Siapa mereka?

4. Mereka adalah orang Melayu yang setia kepada bangsa, negara dan agama.

5. Bukankah UMNO parti Melayu?

6. UMNO sudah di-hijack oleh penjenayah Melayu dan berjuang untuk duit (cash), untuk selamat pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah dan dipenjara. Nasib orang Melayu dan negara tidak lagi bergantung kepada UMNO.

7. Apakah GTA boleh ganti UMNO?

8. GTA tetap boleh kerana GTA terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan dan yang bersemangat kebangsaan Melayu dan Malaysia, sayang negara dan agama.

9. Pemimpin dan calon GTA bebas dari perlakuan jenayah, tidak hadapi tuduhan dalam mahkamah, bersih.

10. GTA akan lawan UMNO supaya Malaysia tidak akan diperintah oleh penjenayah yang telah rosak parti, pemerintahan dan negara.

11. Pendek kata GTA bertujuan menukar Kerajaan penjenayah kepada Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.

12. GTA mampu memulih semula politik kestabilan, ekonomi yang sihat dan kesejahteraan sosial.

13. Malaysia akan kembali menjadi negara Harimau Asia, di mana orang Melayu akan dihormati dan disanjung tinggi.

14. Inilah janji GTA, Gerakan Tanah Air kepada Malaysia dan rakyatnya.

15. Oleh kerana GTA belum didaftar, Parti Pejuang Tanah Air akan mewakili GTA dalam PRU 15.

16. Undilah Pejuang untuk bangsa, negara dan agama.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

3 November 2022

Kenapa GTA? – Tun M

1. Gerakan Tanah Air bukan parti politik biasa.

2. Ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.

3. Mereka tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara.

4. Mereka mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara.

5. Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasil Kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara.

6. Kecewa dengan keadaan politik dalam negara ramai dari mereka memilih untuk mengasingkan diri dari politik.

7. Ramai pula yang tidak akan mengundi.

8. Malangnya kerana mereka tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak.

9. Antara yang akan menang ialah parti perasuah yang menyogok wang kepada pengundi.

10. Dengan itu negara akan alami kedudukan yang lebih buruk dari sebelum PRU.

11. Untuk mengadakan badan yang lebih menepati kehendak puak yang kecewa ini parti politik biasa tidak sesuai.

12. Apa yang diperlukan ialah satu gerakan rakyat yang menyatukan mereka yang tidak berparti.

13. Mereka perlu digabung dalam satu gerakan pencinta negara yang berpegang kepada keluhuran undang-undang dan kemajuan negara.

14. Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili golongan ini. Pemimpin dan ahli GTA bersih dari segala jenayah dan tidak berkepentingan peribadi.

15. Dengan menggembleng rakyat yang cinta negara dan bertanding dalam PRU 15, rakyat akan ada pilihan selain dari parti politik biasa.

16. Terdapat dalam GTA semua rakyat dari semua lapisan. Akan ada NGO, badan-badan sosial dan individu patriotik, para akademik dan professional.

17. Tidak ada ideologi bagi mereka selain dari cinta pada negara bangsa.

18. Beberapa parti politik turut bersama dalam GTA dan mengenepikan perjuangan untuk parti sendiri.

19. Mereka diperlukan supaya susunan pencinta negara dari berbagai puak dapat diurus sesuai dengan Pilihan Raya.

20. Calon-calon Gerakan Tanah Air akan terdiri dari ahli NGO, tokoh akademik dan professional dan parti politik.

21. InsyaAllah, dengan sokongan dari semua pencinta negara, Gerakan Tanah Air akan berjaya dalam PRU 15 dan mendiri Kerajaan yang berpegang kepada keluhuran undang-undang, kepada Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
17 September 2022

(Sumber dari Facebook rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad, Laman web https://tanahairku.my/ )

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment