[RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding Dalam PRU15

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan semua calon yang akan bertanding di Semenanjung atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Majlis pengumuman calon dan ceramah tersebut diadakan di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang malam ini (Jumaat, 28 Oktober 2022) bermula jam 830 malam selepas Isyak.

Calon-calon untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Miri minggu depan.

Dalam majlis tersebut, para pengundi dijemput untuk hadir dan mengenali lebih rapat calon-calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Senarai Calon PKR Yang Akan Bertanding Dalam PRU15 (Pakatan Harapan)

Selain Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun, beberapa nama besar turut dicalonkan di negeri itu dengan anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar diumumkan bertanding di Parlimen Pasir Salak.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pula diletakkan di Parlimen Bagan Datuk, dijangka berentap dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mulai hari ini, profail dan latar belakang calon akan mula dihantar kepada pengundi-pengundi di kerusi parlimen masing-masing melalui media sosial dan WhatsApp.

Berikut dikongsikan senarai calon-calon Parti Keadilan Rakyat yang telah diumumkan.

SENARAI CALON PKR YANG BERTANDING DALAM PRU15

PKR menamakan 72 calon parti itu yang akan bertanding atas tiket PH pada PRU15.

Antara nama-nama besar yang diumumkan termasuklah :

  1. Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum calon bagi Parlimen Bandar Tun Razak
  2. Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution Ismail bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu
  3. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari diumum calon bagi kerusi Parlimen Gombak
  4. Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad diumum calon bagi kerusi Parlimen Setiawangsa
  5. MPP PKR Rodziah Ismail diumum calon bagi kerusi Parlimen Ampang
  6. Ketua Penerangan Parti Keadilan Fahmi Fadzil diumum calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai
  7. Naib Presiden Parti Keadilan Chang Lih Kang diumum calon bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim
  8. Naib Presiden Parti Keadilan Nurul Izzah Anwar diumum calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh

Rujuk senarai penuh di bawah:

calon pkr pakatan harapan
calon pkr pakatan harapan pru15

Sebaik saja calon-calon diumumkan, rakyat Malaysia boleh meneliti biodata setiap calon di laman www.calonkeadilan.org

Akuan bersumpah pengisytiharan harta setiap calon juga akan dipaparkan di laman tersebut untuk memudahkan pengundi membuat carian dan mengenali mereka.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://calonkeadilan.org/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!