Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15

Parti AMANAH Negara (AMANAH) pertama kali diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran pada 16 September 2015. Sebelum dikenali sebagai Parti Amanah Negara, parti ini sebelumnya didaftarkan sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

Pengenalan Parti AMANAH Negara sekaligus mencetuskan sebuah lagi parti Islam di negara ini yang bersifat inklusif dan bekerjasama dengan beberapa parti politik pembangkang lain serta NGO-NGO sedia ada untuk membawa perubahan ke arah kebaikan kepada Malaysia.

Parti AMANAH Negara

AMANAH sertai pilihanraya pertama melalui PRN Sarawak ke-11 dengan membariskan 13 calon terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Iban sebagai simbol penyertaan semua kaum dalam parti.

Walaupun AMANAH kalah di semua kerusi yang dipertandingkan, namun Amanah berjaya menjadikan PRN Sarawak sebagai medan untuk memperkenalkan parti baru.

Kini, parti AMANAH sedia bertanding dengan mengumumkan senarai calon yang bakal menyertai PRU15.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang serta hala tuju Parti AMANAH Negara bagi menghadapi PRU15.

Baca Juga : Senarai Calon PRU 15 (PKR, PH, BN, PN, PAS, DAP, Pejuang)

Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15

Parti AMANAH Negara

Memetik laporan Malaysia Dateline, AMANAH kali ini mengumumkan 54 calon parlimen yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan untuk PRU 15.

54 kerusi Parlimen ini adalah pertambahan 34 peratus jumlah kerusi yang ditandingi AMANAH berbanding PRU 14 lalu iaitu 27 kerusi Parlimen sahaja.

Senarai calon Parlimen yang telah diumumkan oleh AMANAH adalah seperti berikut :

  1. P84 Paya Besar – Ahmad Azam Mohd Salleh
  2. P86 Maran – Ahmad Shohor Awang
  3. P87 Kuala Krau – Johari Osman
  4. P88 Temerloh –  Hasbie Muda
  5. P56 Larut – Zulkarnain Abidin
  6. P57 Parit Buntar – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
  7. P59 Bukit Gantang – Fakhrudin Mohd Hashim
  8. P67 Kuala Kangsar – Dr Ahmad Tarmizi Ramli
  9. P69 Parit – Nurthaqaffah Nordin
  10. P74 Lumut – Dr Hatta Ramli
  11. P1 – Padang Besar – Mohd Saad Yahya
  12. P42 Tasik Gelugor – Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan
  13. P178 Sipitang – Lahirul Latigu
  14. P193 Santubong – Mohd Zain
  15. P197 Kota Samarahan – Abang Abdul Halil Abang Naili
  16. P200 Batang Sadong – Lahaji Lahiya
  17. P201 Batang Lupar – Maxwell Rojis
  18. P206 Tanjung Manis – Zainal Suhaili
  19. P207 Igan – Andri Zulkarnaen
  20. P92 Sabak Bernam – Shamsul Maarif Ismail
  21. P96 Kuala Selangor – Dr Dzulkefly Ahmad
  22. P101 Hulu Langat – Mohd Sany Hamzan
  23. P108 Shah Alam – Azli Yusof
  24. P111 Kota Raja –  Tuan Haji Mohamad bin Sabu
  25. P113 Sepang – Aiman Atirah
  26. P33 Besut – Abdul Rahman Abdul Aziz
  27. P35 Kuala Nerus – Suhaimi Hashim
  28. P36 Kuala Terengganu – Raja Kamarul Bahrin Shah
  29. P37 Marang – Azhar Shukor
  30. P119 Titiwangsa – Khalid Samad
  31. P166 Labuan – Ramli Tahir
  32. P161 Pulai – Salahuddin Ayub
  33. P4 Langkawi – Zabidi Yahya
  34. P7 Padang Terap – Muaz Abdullah
  35. P8 Pokok Sena – Mahfuz Omar
  36. P13 Sik – Latipah Mat Yatim
  37. P16 Baling – Johari Abdullah
  38. P147 Parit Sulong – Mohd Faizal Dollah
  39. P149 Sri Gading – Aminolhuda Hassan
  40. P156 Kota Tinggi – Onn Jaafar
  41. P157 Pengerang – Zakaria Mohd Salleh
  42. P19 Tumpat – Wan Johari Wan Omar
  43. P20 Pengkalan Chepa – Nik Faizah Nik Othman
  44. P21 Kota Bharu – Dr Hafidzah Mustakim
  45. P23 Rantau Panjang – Dr Wan Shah Jihan Wan Din
  46. P24 Kubang Kerian – Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
  47. P28 Pasir Puteh – Muhammad Husin
  48. P30 Jeli – Mat Radzi Wahab
  49. P31 Kuala Krai – Mohd Hishamudin Razali
  50. P135 Alor Gajah – Adly Zahari
  51. P139 Jasin – Harun Mohammad
  52. P126 Jelebu – Zulkifli Mohamad Omar
  53. P127 Jempol – Norwani Ahmad
  54. P133 Tampin – Faiz Fadzil Noor

Matlamat Penubuhan Parti AMANAH Negara

Objektif 1 : Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan

Objektif 2 : Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua.

Objektif 3 : Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan takbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan.

Objektif 4 : Mendukung pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan Perlembangaan Persekutuan.

Objektif 5 : Mengembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuagan politik inklusif merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan keseluruh Persekutuan.

Parti AMANAH Negara

Pemimpin Amanah

Presiden

Tuan Haji Mohamad bin Sabu

Timbalan Presiden

Datuk Seri Salahuddin bin Ayub

Naib Presiden

  • Dato’ Mahfuz bin Omar
  • Datuk Seri Mujahid bin Yusof
  • Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus
  • Dr Siti Mariah binti Mahmud

Naib Presiden/Pengerusi Negeri Melaka

Adly bin Zahari

Penasihat Umum

Dato’ Seri Ustaz Ahmad bin Awang

Timbalan Penasihat Umum

Dato’ Wira Ustaz Abdul Ghani bin Shamsudin

Ketua Wanita

Aiman Athirah Al-Jundi

Ketua Pemuda

Hasbie Muda

Ketua Wanita Muda

Nurthaqaffah binti Nordin

Setiausaha Agung/ Pengerusi Wilayah Persekutuan

Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli

Timbalan Setiausaha Agung

Norhayati binti Bidin

Penolong Setiausaha

Mohd Faizul bin Mohd Salleh

Bendahari Agung/ Pengerusi Negeri Selangor

YB Izham Hashim

Setiausaha Organisasi

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus

Pengarah Komunikasi

Khalid bin Abdul Samad

Pengarah Pilihan Raya / Pengerusi Negeri Perak

Asmuni bin Awi

Pengarah Strategi

Dzulkefly bin Ahmad

Pengarah Pembangunan Sumber Manusia

Suhaizan bin Kaiat

Pengarah Hal Ehwal Syariah

Zolkharnain bin Abidin

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti Amanah Negara, sila ikuti laman Facebook Parti Amanah Negara dan laman rasmi di pautan amanahnegara.my .

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!