[RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15

CALON PERIKATAN NASIONAL PRU-15 & PARTI GABUNGAN DI BAWAH PN

Perikatan Nasional ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020.

Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan dibawah Registration Of Societies (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020.

calon perikatan nasional PN PRU15

Senarai Calon Perikatan Nasional (PN) Untuk Bertanding Kerusi Parlimen Pada PRU-15

Selepas memuktamadkan pemilihan kerusi, Perikatan Nasional (PN) bakal mengumumkan senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam ini, 1 November 2022.

calon perikatan nasional pn
Sumber: Facebook Perikatan Nasional

Selain senarai penuh calon, jumlah sebenar kerusi yang akan gabungan itu pertaruhkan juga telah diumumkan secara rasmi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), kira-kira 8 malam.

Muhyiddin dilaporkan berkata, gabungan itu akan bertanding lebih tiga perempat daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15, 19 November ini.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, telah mengumumkan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin, sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Putrajaya, manakala Rina Harun dinamakan sebagai calon Parlimen Sepang.

Rujuk senarai penuh di bawah:

LIVE STREAMING

Saksikan pengumuman barisan bakal calon PERIKATAN NASIONAL yang akan diumumkan secara langsung melalui medium-medium berikut:

Setakat ini, PKR yang memutuskan bertanding di 75 kerusi Parlimen sudah mengumumkan 72 calon dan nama calon untuk tiga kerusi lagi masih menjadi teka-teki. Rujuk : [RASMI] Senarai Calon PKR Yang Bertanding Dalam PRU15

Sementara itu, difahamkan Barisan Nasional turut membuat pengumuman pada malam ini. Rujuk : Barisan Nasional : Pengumuman Calon PRU15 & Ahli Parlimen BN

Parti Amanah juga telah mengumumkan 54 calon parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRU-15 ini. Rujuk : Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15

Pada masa sama, dilaporkan bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan menggunakan logo sendiri juga akan mempertaruhkan calonnya di tiga kerusi Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang dan Tanjung Piai.

Selain itu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang sudah mengumumkan lapan calon awalnya bakal mengumumkan senarai penuh calon Parlimen pada 2 November ini.

Untuk rangkuman penuh, sila rujuk artikel berikut: Senarai Calon PRU 15 (PKR, PH, BN, PN, PAS, DAP, Pejuang)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!