Parti BERSATU : Latar Belakang, Organisasi & Calon PRU15

Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parti BERSATU juga akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat terkini serta informasi mengenai Parti BERSATU termasuk calon-calon yang telah dimuktamadkan untuk PRU15.

Parti BERSATU

Latar Belakang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 14 Januari 2017.

Pengerusi pertama bagi parti ini adalah Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyaksikan penyertaan sulung BERSATU dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Ketika itu, BERSATU memimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN).

Kewibawaan BERSATU dalam PH melakar sejarah penting dalam politik Malaysia apabila PH berjaya mengambil alih pentadbiran Malaysia sambil BERSATU menyumbang sebanyak 13 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan PH.

Selepas kemenangan PRU14, Tun Dr Mahathir Mohammad mengangkat sumpah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, pada 10 Mei 2018. Bagaimanapun Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BERSATU pada 24 Februari 2020.

Bagi menyelamatkan negara daripada krisis politik dan kepimpinan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-lapan.

Sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Meskipun jawatan Perdana Menteri Malaysia kini digalas oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kepimpinan BERSATU masih kekal di tangan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin sebagai Presiden parti.

Parti BERSATU

Baca Juga : [RASMI] Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRU15

Tujuan dan Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Tujuan dan Matlamat parti adalah seperti berikut :

  • Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  • Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan.
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak dalam Perlembagaan Persekutuan yang sah untuk semua kaum.
  • Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  • Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  • Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  • Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  • Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  • Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  • Menyertai pilihan raya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihan raya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Pengumuman Calon PRU15

Untuk makluman, dalam PRU15 nanti Parti Bersatu akan membentuk gabungan dengan parti-parti berikut di bawah Perikatan Nasional :

  • Parti Pribumi BERSATU Malaysia
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
  • Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Untuk melihat calon-calon yang disenaraikan mewakili Parti Bersatu dan Perikatan Nasional, sila rujuk senarai lengkap di sini : [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu

Presiden

YB Tan Seri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin

Timbalan Presiden

YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu

Naib Presiden

  • YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
  • YB Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin
  • YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Ketua Srikandi

YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Ketua Armada

YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Setiausaha Agung

YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin

Bendahari Agung

YBhg Dato’ Mohamed Salleh Bajuri

Ketua Penerangan

YBhg Datuk Wan Saiful Wan Jan

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih)

  • YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz
  • YBhg Encik Abdul Hakim Gulam Hassan
  • YB Dato’ Zainol Fadzo Paharudin
  • YBhg Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
  • YB Senator Datuk Razali Idris
  • YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
  • YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed
  • YBhg Datuk Wan Saiful Wan Jan
  • YBhg Puan Azlinda Abdul Latif
  • YBhg Encik Mohd Taufik Yaacob
  • YBhg Puan Hajjah Faizah Haji Baharom
  • YBhg Encik Mohd Rafiq Mohd Abdullah
  • YBhg Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin
  • YBhg Dato’ Suhaili Abdul Rahman
  • YB Dato’ Dr Sahruddin Jamal
  • YBhg Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi
  • YBhg Tuan Haji Mohd Zulkifli Zakaria
  • YBhg Encik Mohd Yazid Mohd Yunus
  • YB Datuk Shabudin Yahaya
  • YB Dato’ Rosol Wahid
  • YBhg Puan Shamsilah Siru

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik)

  • YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
  • YB Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad
  • YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
  • YB Datuk Abdul Rashid Asari
  • YBhg Dr Muhammad Faiz Na’aman
  • YBhg Tan Sri Radzi Shaikh Ahmad

Biro dan Jawatankuasa

BiroKetua Biro
Biro PolitikYAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Biro PengurusanYAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu
Biro PeneranganYBhg Datuk Wan Saiful Wan Jan
Biro Pilihanraya Dan KajianYB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Biro Latihan Dan PerkaderanYB Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Biro Penambahan Ahli Dan CawanganYB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Biro AgamaYB Datuk Haji Shabudin Yahaya
Biro EkonomiYB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Biro AntarabangsaYB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Jawatankuasa Semakan PerlembagaanYB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin

Jawatankuasa

JawatanNama
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PartiYBhg Tan Sri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar
Pengerusi Lembaga DisiplinYBhg Tan Sri Megat Najmuddin Dato’ Seri Dr. Megat Khas
Pengerusi Lembaga RayuanYBhg Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai Parti BERSATU, sila ikuti laman Facebook rasmi Parti Pribumi BERSATU Malaysia dan layari laman rasmi Parti Bersatu di https://bersatu.org/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!