Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 6 Julai 2026.
Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya pengumuman Bantuan Musim Tengkujuh, BAKAT Madani, Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAINJ 2026, Skim Cakna Aulad, iBITA dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026
Pekebun Kecil dan Penoreh Getah boleh mula membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 di Portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/ atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Tarikh permohonan BMT 2026 adalah bermula 1 Julai hingga 30 September 2026.
Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online.
Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:
- November 2026- RM200
- Disember 2026- RM500
- Januari 2027- RM200
- Februari 2027- RM200

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut : Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2026 : Syarat & Cara Permohonan
2. Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAINJ 2026
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa pelajar Johor yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Jordan untuk memohon Skim Bantuan Dermasiswa Sesi 2026 melalui portal https://epayment.maij.gov.my.
Skim ini dikhususkan bagi anak kelahiran Johor yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, khususnya Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Jordan.
Dengan adanya skim bantuan dermasiswa ini, ia akan menarik minat anak-anak Johor untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Mesir dan Jordan.
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut: Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAINJ 2026 (Jordan & Mesir)
3. iBITA : Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang 2026
Perhatian bagi bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS atau Politeknik di seluruh Malaysia, anda boleh memohon bantuan i-Bita oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi https://ibita.penang.gov.my/.
Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar kelahiran Pulau Pinang untuk membantu menampung kos pendaftaran pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan ini berbentuk kewangan sekali bayar (one-off) kepada pelajar yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan atas talian Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBita) dibuka mulai 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026.
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Politeknik Malaysia: RM 300
- Universiti di Semenanjung: RM 1,000
- Universiti Sabah/Sarawak: RM 1,200

Untun mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan, sila rujuk artikel berikut : iBITA : Permohonan Bantuan IPT Pulau Pinang 2026
4. Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu
Kerajaan Negeri Kelantan membuka permohonan Skim Cakna Aulad 2026 bagi bayi yang baru dilahirkan dan permohonan boleh dibuat menerusi Pusat Khidmat DUN masing-masing di dalam Negeri Kelantan. Penerima akan menerima Tabungan Dirham atau Dinar bernilai RM 100.00 seorang.
Ibu bapa yang ingin membuat permohonan boleh memohon di Pusat Khidmat DUN sebelum 20 Julai 2026.
Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Bayi yang dilahirkan pada 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 di Negeri Kelantan sahaja.
- Wajib lampirkan bersama:
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Salinan Mykid/ Surat Beranak

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut: Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu
5. Kod QR DuitNow Diwajibkan Menjelang Jun 2028 – Hanya Satu QR untuk Semua
Mesti ramai yang pernah mengalami situasi di mana setelah beratur panjang, kod QR di kaunter tersebut rupa-rupanya hanya menerima satu aplikasi e-dompet spesifik yang tidak dimiliki oleh anda. Berita baiknya, masalah sebegini bakal berakhir tidak lama lagi!
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan bahawa semua bank dan e-dompet mesti menghentikan rangkaian pembayaran QR peribadi atau tertutup mereka dalam tempoh dua tahun.
Menjelang 30 Jun 2028, semua bank dan e-dompet diwajibkan untuk menggunakan rangkaian QR yang sama dan saling berhubung melalui infrastruktur PayNet, seperti sistem Kod QR DuitNow.
Arahan rasmi ini telah dikeluarkan di bawah polisi baharu yang dikenali sebagai Rangka Kerja Pemindahan Dana Saling Kendali atau Interoperable Fund Transfer Framework – IFTF.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : Kod QR DuitNow Diwajibkan Menjelang Jun 2028
6. Malaysia Digital 2030 Dilancar
Malaysia Digital 2030 (MD2030) ialah pelan tindakan nasional 2026–2030 yang dilancarkan kerajaan untuk mempercepat transformasi digital negara dan menjadikan Malaysia pengeluar inovasi digital.
Kementerian Digital menerajui pelaksanaannya bagi merealisasikan agenda “Towards an AI Nation 2030”.
okus utamanya adalah memperkukuhkan ekonomi digital, mempercepat penggunaan kecerdasan buatan (AI), melahirkan lebih ramai bakat digital serta memastikan pembangunan teknologi dilakukan secara selamat, inklusif dan mampan.
Secara ringkasnya, MD2030 bertujuan mengubah landskap digital Malaysia daripada bergantung kepada teknologi luar kepada membangunkan teknologi dan inovasi tempatan yang mampu mencipta nilai ekonomi baharu.

Kerajaan menetapkan beberapa sasaran utama yang ingin dicapai menjelang tahun 2030, iaitu:
- Ekonomi digital menyumbang 30% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
- Mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi.
- Menjana penjimatan RM4.5 bilion dalam sektor awam melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
- Memastikan 95% perkhidmatan kerajaan disediakan sepenuhnya secara dalam talian, daripada permohonan sehingga selesai.
Sasaran ini menunjukkan bahawa transformasi digital bukan sekadar melibatkan penggunaan teknologi, tetapi turut memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Malaysia Digital 2030, sila rujuk : Malaysia Digital 2030 Dilancar: 500,000 Peluang Kerja Digital, 95% Perkhidmatan Kerajaan Akan Online
7. Inisiatif Bakat MADANI – Peluang Kerjaya, Latihan & Peningkatan Kemahiran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Inisiatif BAKAT MADANI, iaitu inisiatif pembangunan bakat nasional yang menghimpunkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS dalam memperkasakan pembangunan bakat negara. Melalui Inisiatif Bakat MADANI, seramai 25,000 rakyat disasarkan menerima manfaat menerusi latihan, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan berkualiti hasil kerjasama GLIC, GLC dan PETRONAS.
Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga sebagai jambatan antara bakat rakyat dengan peluang ekonomi masa depan yang memastikan graduan, belia TVET dan golongan rentan mendapat akses kepada latihan, pensijilan dan pekerjaan berkualiti dalam sektor bernilai tinggi.

Inisiatif ini akan menumpukan kepada sektor-sektor industri bernilai tinggi dan berpotensi besar seperti:
- Pembuatan termaju
- Semikonduktor
- Tenaga boleh baharu
- Ekonomi digital
Untuk menggalakkan penyertaan industri secara lebih meluas dalam penyediaan latihan dan peluang pekerjaan berkualiti, Kerajaan akan memperkenalkan potongan cukai istimewa kepada syarikat yang melaksanakan program latihan di bawah inisiatif ini.
Insentif baharu ini merupakan penambahbaikan kepada insentif kebolehpasaran sedia ada, dengan liputan yang diperluas kepada lepasan TVET serta peningkatan kadar elaun minimum bagi memastikan pelatih menerima ganjaran yang lebih adil dan kompetitif.
Perincian lanjut mengenai pelaksanaan insentif tersebut sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sila rujuk artikel : Inisiatif Bakat MADANI – Peluang Kerjaya, Latihan & Peningkatan Kemahiran
8. Permohonan Baharu & Rayuan BKJ (Bantuan Kasih Johor)
Permohonan Baharu & Rayuan BKJ 2026 Dibuka 1 hingga 14 Julai melalui laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026. Bagi rakyat Johor belum pernah memohon atau tidak berjaya dalam permohonan yang lepas, anda boleh lakukan permohonan baharu dan rayuan BKJ 2026 untuk semakan semula.
Rayuan ini hanya dibuka 2 minggu sahaja, jadi pastikan anda tidak bertangguh untuk membuat permohonan baharu /rayuan dengan segara. Inisiatif di bawah agenda kebajikan Belanjawan Johor ini berfungsi sebagai jaring keselamatan sosial bagi memastikan bantuan tunai one-off disalurkan secara adil kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.
Melalui proses semakan semula data ini, pemohon yang mempunyai perubahan status ekonomi, kesilapan dokumen, atau terlepas tarikh serahan fizikal berpeluang mengemaskini profil peribadi mereka agar dinilai semula.
Semua individu warganegara Malaysia (Bangsa Johor / pengundi di Johor) yang tidak menerima atau tidak tersenarai sebagai penerima fasa sedia ada layak untuk membuat permohonan baharu atau rayuan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk : Permohonan Baharu & Rayuan BKJ 2026 Dibuka 1 hingga 14 Julai
9. Perubahan Besar KPM Tahun Depan (Kurikulum Persekolahan 2027)
Ibu bapa sedar atau tidak, bermula sesi persekolahan 2027, murid Tahun 1 bukan sahaja akan melibatkan dua kohort kemasukan, malah Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) turut diperkenalkan dengan silibus, mata pelajaran dan pendekatan pembelajaran yang serba baharu.
Jika anda mempunyai anak yang bakal memasuki Tahun 1 pada tahun depan, antara perubahan paling besar ialah pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).
Kurikulum ini akan menggantikan secara berperingkat:
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Kurikulum Pendidikan Khas
Pelaksanaan bermula dengan:
- Prasekolah (telah dimulakan)
- Tahun 1
- Tingkatan 1
Manakala murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 masih menggunakan kurikulum sedia ada yang telah melalui proses penjajaran kandungan.

SUBJEK BAHARU DIPERKENALKAN
Perubahan paling ketara bagi murid Tahun 1 ialah pengenalan mata pelajaran baharu:
Subjek ini menggabungkan beberapa bidang dalam satu mata pelajaran seperti:
- Sains
- Pendidikan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- TVET
- Literasi Digital
Tujuannya ialah mengurangkan bilangan mata pelajaran supaya murid Tahap 1 dapat memberi lebih fokus kepada penguasaan asas.

4 SUBJEK DIGABUNGKAN
Ramai ibu bapa menyangka subjek seperti Sains dan Muzik dimansuhkan. Tapi sebenarnya tidak.
Bagi murid Tahap 1, kandungan berikut hanya digabungkan ke dalam mata pelajaran Alam dan Manusia:
- Sains
- Pendidikan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
Pendidikan Jasmani (PJ) pula kekal sebagai mata pelajaran berasingan.
Apabila murid memasuki Tahap 3 (Tahun 5 dan Tahun 6), mata pelajaran seperti Sains, Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Teknologi dan Digital akan diajar semula secara berasingan.

SUSUNAN MATA PELAJARAN
Di bawah KP2027, susunan mata pelajaran berubah mengikut tahap pembelajaran.
Tahap 1 (Tahun 1 & 2) memperkenalkan Alam dan Manusia.
Tahap 2 (Tahun 3 & 4) pula memperkenalkan dua mata pelajaran baharu:
- Eksplorasi Seni dan Dunia
- Eksplorasi Sains dan Teknologi
Manakala Tahap 3 (Tahun 5 & 6) kembali kepada mata pelajaran khusus seperti:
- Teknologi dan Digital
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
- Sejarah
- Sains
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
Untuk mengetahui lebih terperinci tentang perubahan ini, sila rujuk artikel : Perubahan Besar KPM 2027: Ibu Bapa Wajib Tahu!
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




