Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAINJ 2026 (Jordan & Mesir)

skim bantuan dermasiswa mainj
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa pelajar Johor yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Jordan untuk memohon Skim Bantuan Dermasiswa Sesi 2026 melalui portal https://epayment.maij.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim bantuan dermasiswa ini.

Mengenai Skim Bantuan Dermasiswa MAINJ

Skim Bantuan Dermasiswa MAINJ merupakan bantuan kewangan zakat pendidikan yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Untuk skim bantuan dermasiswa ini, ia dikhususkan bagi anak kelahiran Johor yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, khususnya Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Jordan.

Dengan adanya skim bantuan dermasiswa ini, ia akan menarik minat anak-anak Johor untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Mesir dan Jordan

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2026.

Bidang Pengajian

Bidang Pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

i- Universiti Al-Azhar, Mesir

  • Usuluddin
  • Dakwah
  • Bahasa Arab
  • Syariah Islamiah
  • Dirasat Islamiah
  • Ulum Islamiah
  • Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat

ii- Universiti Jordan

  • Pengajian Islam Syariah
  • Usuluddin
  • Tahfiz
  • Ekonomi Islam
  • Bahasa Arab

Syarat Permohonan

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

(A) DERMASISWA PELAJARAN: PELAJAR DI UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

KURSUS : USULUDDIN, DAKWAH, BAHASA ARAB, SYARIAH ISLAMIAH, DIRASAT ISLAMIAH, ULUM ISLAMIAH

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak Kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  5. Lulus dalam kiraan peratus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Ulum Islamiah.
  6. Melepasi peringkat Mutammayyiz atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah di Al-Azhar).
  7. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor)
  8. Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  9. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

KURSUS TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Mempunyai Diploma Tahfiz Al Quran Dan Al Qiraat daripada Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) atau Darul Quran JAKIM.
  5. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor)
  6. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

(B) DERMASISWA PELAJARAN : PELAJAR DI UNIVERSITI DI JORDAN

KURSUS : PENGAJIAN ISLAM SYARIAH, USULUDDIN,  TAHFIZ, EKONOMI ISLAM, BAHASA ARAB

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Pelajar yang telah berada di tahun keempat (4) pengajian sahaja atau pelajar lepasan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang mendapat tawaran program penerapan kos pengajian (twinning program)
  5. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Education Malaysia Jordan melalui Badan Kebajikan Pelajar  Johor Jordan (JOJO)
  6. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Cara Permohonan

Permohonan perlulah dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan hendaklah di buat melalui https://epayment.maij.gov.my. – Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
    • Sekeping gambar berukuran passport.
    • Salinan kad pengenalan pelajar yang disahkan.
    • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
    • Salinan kad pengenalan/surat beranak adik beradik pelajar yang disahkan
    • Salinan Slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga yang disahkan
    • Salinan Surat tawaran pengajian universiti yang disahkan
    • Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang disahkan & yang berkaitan
    • Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disahkan
    • Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini) yang disahkan
    • Salinan Sijil berhenti sekolah terakhir
    • Salinan No Akaun Bank (atas nama pemohon)
    • Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pelajaran Johor di Mesir atau JOJO
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Bantuan Dermasiswa MAINJ?

Skim Bantuan Dermasiswa MAINJ merupakan bantuan kewangan zakat pendidikan yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) khusus bagi anak kelahiran Johor yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, khususnya Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Jordan.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 31 Julai 2026.

Apakah bidang pengajian yang layak untuk memohon?

Universiti Al-Azhar, Mesir
– Usuluddin
– Dakwah
– Bahasa Arab
– Syariah Islamiah
– Dirasat Islamiah
– Ulum Islamiah
– Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat

ii- Universiti Jordan
– Pengajian Islam Syariah
– Usuluddin
– Tahfiz
– Ekonomi Islam
– Bahasa Arab

Jika saya sudah menerima penajaan daripada salah sebuah agensi kerajaan, adakah saya boleh memohon skim bantuan dermasiswa ini?

Tidak. Skim bantuan dermasiswa ini khusus kepada pemohon yang tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://epayment.maij.gov.my.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07-2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308 atau melalui email ([email protected]).

Baca juga: Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Kuok 2026 (Universiti Awam)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut