Semakan Ujian UKKM 2026, Format Soalan & Keputusan Tawaran MRSM
Dengan pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM.
Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.
Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.
Wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi 2023.
Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon
Pengenalan UKKM
UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.
Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.
Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.
Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Sila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.
Tarikh Semakan Ujian Kemasukan MRSM 2026
Tarikh semakan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara boleh disemak secara berperingkat mulai 3 PETANG, 5 NOVEMBER 2025 (RABU) HINGGA 27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS).

NOTA PENTING:
- Semua calon yang telah mengisi permohonan dengan lengkap akan dipanggil untuk menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara.
- UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara akan dilaksanakan di pusat ujian secara berperingkat.
- Calon perlu menghadiri sesi UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.
- Sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.
Sila layari pautan semakan panggilan ujian tersebut >>
- Semakan Ujian Tingkatan 1:
- Semakan Ujian Tingkatan 4 :
- Laman web rasmi MARA : https://www.mara.gov.my/
- Facebook MARA : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Cara Semakan Tempat & Tarikh Ujian UKKM MRSM 2026
Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:
Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1
- Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4
Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
- Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/ (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan

Cara Mohon Tukar Tarikh UKKM (Atas alasan yang tidak dapat dielakkan)
Adalah difahamkan bahawa sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.
Namun bagi sesetengah ibu bapa yang terpaksa menukar tarikh ujian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA atas alasan yang tidak dapat dielakkan, anda boleh emelkan kepada [email protected].
Perkara ini dimaklumkan dalam hantaran terkini Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA). (Rujuk tangkap layar di bawah)
Soalan Lazim UKKM
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗭𝗜𝗠 𝗨𝗞𝗞𝗠/ 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗟𝗨𝗟 𝗔𝗟𝗕𝗔𝗕/ 𝗜𝗚𝗖𝗦𝗘/ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟/ 𝗞𝗢𝗚𝗡𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔
Calon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ berpakaian kemas, dan berkasut serta mematuhi peraturan semasa berada di pusat ujian UKKM.
Semua calon Tingkatan 1 dan 4 yang telah membuat permohonan MRSM dalam talian (online) yang lengkap akan dipanggil menduduki ujian. Calon akan dipanggil menduduki ujian secara berperingkat.
Calon boleh membuat semakan UKKM di pautan berikut:
Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkm1/
Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkm4/
Ibu/ bapa/ penjaga bertanggungjawab bagi memastikan calon yang dihantar ke pusat ujian UKKM dalam keadaan sihat.
Calon dikehendaki menghubungi pusat ujian UKKM untuk memaklumkan ketidakhadiran menduduki UKKM dan menghantar salinan sijil sakit.
Ibu/ bapa/ penjaga hanya dibenarkan menghantar calon ke kawasan pusat ujian UKKM secara drop-off di tempat yang ditetapkan sahaja. Ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pusat ujian.
Calon diwajibkan membawa:
i. 2 salinan Surat panggilan menduduki UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE/ Ujian Kognitif Bitara
ii. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)
iii. 1 Salinan Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga yang disahkan (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ lain-lain)
iv. Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan
v. Salinan keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang disahkan
vi. Borang Perakuan Maklumat calon
vii. Salinan Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)
viii. Salinan Kad OKU calon (jika berkaitan)
ix. Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil)
x. Kalkulator saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja)
Calon akan menduduki UKKM merangkumi:
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Keperibadian
(Format soalan adalah objektif kecuali bagi subjek Matematik Tingkatan 4 yang mengandungi soalan objektif dan subjektif.)
Calon dikehendaki hadir ke pusat ujian pada tarikh dan masa yang telah tercatat dalam surat panggilan UKKM. Calon juga perlu hadir ke pusat ujian 30 minit sebelum ujian dijalankan.
Calon dibenarkan membawa bekalan makanan dan minuman sendiri untuk makan/minum pada waktu rehat.
Calon dibenarkan membawa telefon bimbit/smartphone ke pusat ujian UKKM untuk menghubungi ibu/bapa/penjaga selepas selesai ujian. Calon tidak dibenarkan menggunakan smartphone semasa ujian berlangsung.
Calon yang ditangkap meniru/ menipu/ menyalahgunakan gajet semasa UKKM akan dihalang daripada menduduki UKKM seterusnya disenarai hitam untuk kemasukan MRSM.
Calon tidak dibenarkan membawa nota/kertas contengan ke dalam bilik ujian. Pusat ujian akan menyediakan kertas contengan untuk kegunaan calon sepanjang ujian.
Pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan. Namun sekiranya calon ingin membuat pertanyaan boleh e-mel kepada
📧 [email protected]
Tips Persediaan UKKM 2026
Apa persediaan untuk anak-anak menjawab UKKM?
Jom tonton sedikit tips dari Dr. Zul dan kongsikan kepada anak-anak. Semoga berjaya!
RINGKASAN : Beberapa info yang saya dpt tangkap semasa sesi Live Dr Zul Dan Ahli Panel Lain
- MARA tidak pernah lantik institusi luar utk membina instrumen UKKM
- MARA tak pernah dedahkan instrumen UKKM kepada org luar
- Jangan risau sekiranya tak mampu utk join kelas2 berbayar, apa yang dipelajari di sekolah sudah memadai utk menjalani ukkm
- Dr Zul merayu pihak yg ambil kesempatan buat bengkel ukkm, jgn ambil kesempatan menggunakan nama UKKM.
- 100k membuat permohonan.
- MRSM menjalankan STEM berfokus dari menengah rendah, subjek sains diajar ikut 3 bidang (kimia, bio, fizik) – bermakna ada 3 guru sains. Hanya guru major dibidang itu akan mengajar.
- Utk semak tarikh UKKM, tak perlu buka sistem setiap hari, kesemua calon yg memohon akan dipanggil utk ujian UKKM. yang belum dpt panggilan, tunggu fasa kedua yang akan diumumkan, barulah boleh semak dlm platform.
- Sistem peperiksaan berkomputer
- Tak perlu bawa rough paper, akan disediakan
- Apa yg diuji dlm subjek sains:
- F1 – 20 soalan (30 min) dlm BM
- Soalan yang belajar di sekolah silibus tahun 4,5,6
- Soalan objektif
- Fahami konsep bukan hanya menghafal
- Buat kertas2 model
- Math (dlm BM)
- F1 – 30 soalan (1 min 1 soalan)
- silibus tahap 2 sek rendah (asas sifir)
- objektif (maksimum) dan subjektif (terlalu minimum)
- tak benarkan guna kalkulator
- F4 – menengah rendah f1-f3 dan asas algebra (30 min)
- boleh guna kalkulator
- Objektif dan subjektif
- BM
- Tidak ada karangan
- Soalan objektif
- MRSM Teknikal – Bentong
- Soalan teknikal 20 Objektif 30 min
- Soalan subjek RBT
- Di MRSM Teknikal pelajar belajar subjek Sains Kejuruteraan – bg pelajar yg minat engineering terus fokus kpd subjek2 kejuruteraan.
- Tiada BIO harap maklong.
Bolehkah ubah tarikh atau tempat?
Tidak boleh, kerana ia akan mengganggu sistem yang telah dibuat. Namun, boleh emel utk rayuan tapi tidak dijanjikan apa2.
- Soalan keperibadian
- Soalan psikometrik utk mengukur resilience anak2 utk mengikuti sistem sekolah berasrama.
- Bawa salinan PAJSK jika ada utk sokongan, jika tiada tak perlu bawa. Yang mandatori seperti yang terkandung dalam surat tawaran.
UJIAN ULUL ALBAB
Komponen 1 : Ujian tilawah
- baca 3-4 ayat
- diuji dari segi Makhraj, Tajwid, Fasohah
Komponen 2 : Ujian hafazan
- 8 baris ayat random
- tempoh hafazan 25 minit
Math (mix subj + obj)
30 soalan – 30 min
Form 1 ❌ calculator
Form 4 ✅ calculator
Sains
20 soalan – 30 min
BM
30 soalan – 30 min
Ujian keperibadian
Semua jawab secara online
TONTON VIDEO LIVE Dr. Zulkifli Hussain berkenaan UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM 2024 : https://www.facebook.com/DrZulkifliHussain/videos/720473109945211
Sumber: Info Permohonan & Rayuan SBP dan MRSM
Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2026
UKKM merangkumi subjek berikut:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Keperibadian (format soalan objektif)
INFO UJIAN UKKM
MATEMATIK
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif
BAHASA MELAYU
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif
SAINS
Masa Menjawab : 35 minit
Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif
KEPERIBADIAN
Masa Menjawab : 30 minit
Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif
Ibu bapa boleh membuat persediaan menghadapi ujian UKKM MRSM dengan merujuk modul dan contoh soalan terkini di SINI.

- SEMUA CALON WAJIB MENDUDUKI UKKM
- SEMUA CALON TINGKATAN 1 YANG MEMBUAT PILIHAN PROGRAM ULUL ALBAB, IGCSE DAN TEKNIKAL PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS YANG DITETAPKAN OLEH MARA

Serba Sedikit Tentang MRSM
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi MRSM
Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.
Maklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM
Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.
Baca juga:




