Permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 kini dibuka bermula 1 Julai sehingga 14 Julai 2026 melalui laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
Bagi rakyat Johor belum pernah memohon atau tidak berjaya dalam permohonan yang lepas, anda boleh lakukan permohonan baharu dan rayuan BKJ 2026 untuk semakan semula.
Rayuan ini hanya dibuka 2 minggu sahaja, jadi pastikan anda tidak bertangguh untuk membuat permohonan baharu /rayuan dengan segara.
Semak cara buat rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2026 di bawah agar permohonan anda tidak ditolak.
Permohonan Baharu & Rayuan BKJ 2026
Rayuan BKJ 2026 (Rayuan Bantuan Kasih Johor) ialah fasa permohonan semula yang dibuka oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyat yang tidak tersenarai menerima bantuan kewangan pada Fasa 4 sebelum ini.
Manakala, permohonan baharu dibuka untuk mana-mana rakyat Johor yang belum pernah membuat permohonan untuk memohon.
Inisiatif di bawah agenda kebajikan Belanjawan Johor ini berfungsi sebagai jaring keselamatan sosial bagi memastikan bantuan tunai one-off disalurkan secara adil kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.
Melalui proses semakan semula data ini, pemohon yang mempunyai perubahan status ekonomi, kesilapan dokumen, atau terlepas tarikh serahan fizikal berpeluang mengemaskini profil peribadi mereka agar dinilai semula.

Tarikh Permohonan Baharu & Rayuan BKJ 2026 Dibuka 1 Julai
Tarikh rayuan BKJ 2026 dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026 (2 minggu).
Tarikh ini sebenarnya tarikh baru yang ditukar daripada tarikh asal (yang sepatutnya bermula 1 Jun) bagi memberi laluan kepada pelanjutan tempoh serahan bantuan fizikal Fasa 4 sedia ada yang dijadualkan selesai pada 28 Jun 2026.
Jangan keliru ya!

Siapa Boleh Buat Rayuan dan Permohonan Baharu?
Semua individu warganegara Malaysia (Bangsa Johor / pengundi di Johor) yang tidak menerima atau tidak tersenarai sebagai penerima fasa sedia ada layak untuk membuat permohonan baharu atau rayuan.
- Suri Rumah Tidak Bekerja
- Warga Emas / Golongan Uzur
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- B40 / Golongan Berpendapatan Rendah
- Permohonan yang tidak berjaya/tercicir/terlepas sesi serahan fizikal
Cara Buat Permohonan Baharu dan Rayuan BKJ 2026
Rayuan BKJ 2026 boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026. Untuk membuat permohonan rayuan BKJ 2026, anda boleh rujuk cara-cara yang dikongsikan di bawah:
Rayuan dan Permohonan Baru
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
- Masukkan no kad pengenalan untuk buat semakan status terlebih dahulu.
- Sekiranya setelah membuat semakan dan status memaparkan anda tidak tersenarai untuk menerima BKJ 2026. Anda boleh teruskan klik “Permohonan“.
- Pilih kategori bantuan yang hendak dimohon & tandakan kotak kecil untuk meneruskan permohonan. Klik “Teruskan“
- Muat naik gambar kad pengenalan bahagian hadapan dan belakang.
- Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar”.

Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit atau Berkeperluan Khas
- Layari laman sesawang rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
- Buat semakan status terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Semak”.
- Bagi penerima yang layak tetapi terdiri daripada golongan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Pesakit atau Berkeperluan Khas boleh tekan butang “Saya adalah penerima uzur/OKU“.
- Isi maklumat terkini seperti alamat dan nombor telefon.
- Kemudian, klik “Hantar”.
Panduan Bergambar Rayuan BKJ 2026
Anda juga boleh rujuk panduan bergambar langkah membuat rayuan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 di bawah:



Tutorial Video Permohonan dan Rayuan BKJ 2026
Suri Rumah Boleh Buat Rayuan ke?
Boleh. Suri Rumah yang menepati syarat kelayakan boleh membuat rayuan dan permohonan baharu BKJ 2026.
- Layari https://bkj.johor.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan untuk buat semakan status
- Klik ‘Permohonan’ untuk membuat rayuan/permohonan baharu.
- Pilih bantuan “BKJ FASA 4 – INISIATIF 2 (Suri Rumah Tidak Bekerja)” > klik Teruskan.
- Isi borang seperti di bawah dan muat naik gambar kad pengenalan > klik Hantar.

- Bantuan tunai one-off kepada kelompok sasaran terkait.
- Nilai bantuan : RM200 seorang.
Syarat Permohonan:
- Pendapatan suami RM10,000 ke bawah
- Suri rumah tidak bekerja
- Suri rumah berusia 59 tahun ke bawah
- Masih berkahwin dan mempunyai suami yang sah
- Warganegara Malaysia
- Kad pengenalan beralamat di Johor dan menetap di Johor / bermastautin di Johor LIMA (5) tahun dan ke atas
Senarai Bantuan BKJ yang Boleh Dipilih
Berikut adalah 23 inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 yang boleh dipilih untuk rayuan/permohonan baharu:
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 1 (Warga Emas 60 Tahun)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 2 (Suri Rumah Tidak Bekerja)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 3 (Pasangan Baru Berkahwin)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 4 (Penjaja Dan Peniaga Kecil)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 5 (Murid atau Kanak-kanak OKU)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 6 (Anak Yatim Negeri Johor)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 7 (Ketua Isi Rumah Miskin)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 8 (Pengusaha & Pemandu Bas / Van Sekolah)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 9 (Penerima Bantuan Am JKM)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 10 (Jawatankuasa Masjid dan Surau)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 11 (Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 12 (Pegawai Keselamatan dan Pembersihan)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 13 (Pengusaha Homestay)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 14 (Penggali Kubur)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 15 (Persatuan Belia Negeri ROY)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 16 (Persatuan Sukan Negeri Johor)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 17 (Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urus Setia SUKMA)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 18 (Atlet SUKMA ke IPTA/IPTS)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 19 (RELA)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 20 (Sukarelawan APM)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 21 (Anggota Bomba Bantuan)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 22 (Setiausaha JPKK dan Kampung Baru Cina)
- BKJ FASA 4 – INISIATIF 23 (Pembantu Guru Tadika Agama Negeri Johor)


Kaedah Bantuan Disalurkan
Bantuan akan disalurkan secara tunai kepada penerima yang layak. Penerima akan menerima notifikasi SMS atau akan dihubungi oleh agensi berkaitan mengenai tarikh, masa dan lokasi penyerahan.
Anda boleh rujuk Jadual Penyerahan BKJ 4.0 – Tarikh & Lokasi untuk mengetahui tarikh, masa dan lokasi penyerahan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut mengenai BKJ 4.0, sila rujuk:
- Portal Rasmi Bantuan Kasih Johor
- Facebook MEDIA DIGITAL JOHOR
- Facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
- Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
- Facebook YPKDT Daerah Johor Bahru
- Facebook Onn Hafiz Ghazi
Baca juga:
- Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ
- Semakan Bantuan Kasih Johor 2026 (PAJ) Fasa 3
Soalan Lazim Rayuan BKJ 2026
Permohonan rayuan BKJ 2026 dibuka bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026 melalui portal rasmi rasmi Bantuan Kasih Johor 2026.
– Layari portal rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor.
– Log masuk menggunakan nombor MyKad anda.
– Klik “Permohonan Baru“.
– Pilih kategori bantuan yang hendak dimohon & tandakan kotak kecil untuk meneruskan permohonan. Klik “Teruskan“
– Muat naik gambar kad pengenalan
– Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar”.
Tidak perlu. Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan pautan khas “Saya adalah penerima uzur/OKU” di dalam sistem. Sekiranya anda uzur, wakil dibenarkan untuk mengambil bantuan dengan syarat membawa dokumen seperti surat perwakilan, salinan kad pengenalan penerima, dan surat pengesahan daripada ketua kampung atau pihak berwajib.
Pemohon mestilah anak jati Johor atau telah bermastautin di Johor, serta memenuhi syarat pendapatan isi rumah yang ditetapkan.
Anda hanya memerlukan nombor Kad Pengenalan 12 digit pemohon tanpa tanda sempang (-) untuk membuat semakan Bantuan Kasih Johor dan muat naik gambar kad pengenalan bahagian hadapan dan belakang.



