Pekebun Kecil dan Penoreh Getah boleh mula membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 di Portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my/ atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut.

Mengenai Bantuan Musim Tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh, atau BMT, merupakan bantuan tahunan yang diberikan oleh RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh.
Inisiatif ini merupakan salah satu cara pemerintah untuk membantu mereka yang terkena dampak buruk musim ini setiap tahun.
Untuk makluman, mulai 2023 bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah ditambah kepada RM800.
Sebelum itu, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan BMT 2026 adalah bermula 1 Julai hingga 30 September 2026.
Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online.
Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.
Jumlah Bantuan
Kadar bantuan BMT berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara berperingkat, terus ke akaun penerima.
Tarikh Bayaran
Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:
- Februari 2027- RM200
- November 2026- RM200
- Disember 2026- RM500
- Januari 2027- RM200
Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)
Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Cara Memohon
Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/.
Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.
Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i) Pekebun Kecil RISDA & Individu
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Geran asal tanah dan salinan;
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan
ii) Penoreh Bukan Pemilik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
- Salinan buku akaun bank yang aktif;
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
Pekebun Kecil di bawah Agensi
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
- Salinan buku akaun bank yang aktif;
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA).
Kaedah Penerimaan Bantuan
Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Permohonan Rayuan
Bagi permohonan yang ditolak, permohonan boleh dibuat mulai 1 OKTOBER 2026 hingga 31 OKTOBER 2026.
Soalan Lazim
Jumlah bantuan BMT adalah sebanyak RM800 yang akan dibayar pada November, Disember, Januari, dan Februari.
Ya, terutamanya jika anda seorang penoreh getah. Anda perlu membuat permohonan baharu setiap tahun. Bagi pekebun kecil yang pernah lulus, anda dinasihatkan untuk log masuk ke portal bagi mengesahkan atau mengemas kini maklumat peribadi anda, terutamanya nombor akaun bank.
Tidak digalakkan. Semua pembayaran BMT dibuat secara dalam talian (online transfer) terus ke akaun bank atas nama pemohon. Ini bagi menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang ia berbangkit. Sila buka akaun bank anda sendiri sebelum memohon.
Ya, sudah tentu anda layak. Anda boleh mohon di bawah kategori Penoreh (Bukan Pemilik Tanah). Pastikan and mendapatkan surat pengesahan daripada ayah anda (sebagai pemilik tanah) dan memenuhi syarat wajib yang lain, terutamanya memiliki Kad PAT-G yang sah atas nama anda.
Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama laitu sama ada pemilik tanah (Pekebun Kecil) atau orang yang menoreh (Penoreh) dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.




Pertanyaan Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
- No tel : 03-42564022
- https://helpdesk.risda.gov.my
Baca juga: TVET Pertanian: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2026 Kini Dibuka




