Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kalau perasan, bila dah siap kemaskini maklumat atau buat permohonan baharu STR 2027, salah satu status awal yang akan dipaparkan pada profil anda adalah ‘Permohonan Diterima’.

Tahu tak, apa maksud permohonan diterima tu? Adakah bantuan anda sudah diluluskan, atau ada tindakan lanjut yang perlu dilakukan?

Jom baca maksud status ‘Permohonan Diterima’ dalam STR 2027 di bawah.

Apa Maksud Status ‘Permohonan Diterima’ Dalam STR 2027?

‘Permohonan Diterima’ bermaksud permohonan STR anda telah selamat diterima oleh pihak sistem dan kini sedang menunggu giliran untuk melalui proses verifikasi atau semakan mengikut tempoh masa borang tersebut dihantar.

Ini bermakna pihak LHDN telah menerima maklumat anda dan permohonan tersebut kini diletakkan dalam barisan giliran untuk ditapis mengikut tempoh masa ia dihantar.

Bolehkah Pindaan Maklumat Dibuat Semasa Status Ini?

Ya, boleh. Apabila permohonan anda masih berada di bawah status ‘Permohonan Diterima’, anda masih dibenarkan untuk mengemas kini atau mengubah maklumat sekiranya menyedari terdapat kesilapan.

Antara maklumat penting yang wajib dipastikan tepat termasuklah:

  • Nombor akaun bank yang aktif.
  • Jumlah pendapatan bulanan terkini.
  • Maklumat bilangan tanggungan atau anak.
  • Status perkahwinan (berkahwin, duda, janda, atau buang negeri).

Bilakah Maklumat Tidak Boleh Diubah Lagi?

Peluang untuk anda mengemaskini permohonan STR 2027 anda adalah terhad sehingga status tersebut bertukar kepada ‘Dalam Proses’.

Apabila perkataan ‘Dalam Proses’ mula dipaparkan, ini menandakan data anda telah dikunci oleh sistem dan sedang disemak secara silang bersama agensi kerajaan yang berkaitan (seperti Jabatan Pendaftaran Negara, EPF, dan JPJ) untuk pengesahan kelayakan.

Selepas fasa ini bermula, sebarang butiran TIDAK BOLEH dipinda lagi.

Kemaskini STR 2027

Bagi pemohon sedia ada atau penerima lama, anda dinasihatkan untuk tidak memandang mudah urusan kemas kini profil.

Mengikut ketetapan LHDN, individu atau isi rumah yang tidak pernah melakukan kemas kini maklumat STR selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan untuk membuat kemas kini segera.

Langkah ini penting bagi memastikan profil anda kekal aktif dan mengelakkan permohonan daripada tercicir atau gagal pada fasa pembayaran nanti.

Cara Menyemak Status STR 2027

Untuk melihat sama ada status anda telah berubah daripada ‘Permohonan Diterima’ kepada fasa seterusnya, anda boleh ikuti langkah mudah ini:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang ‘Semak’.
  3. Sahkan kata kunci keselamatan anda.
  4. Masukkan kata laluan yang betul.
  5. Sila klik pada menu ‘Semakan Permohonan’ untuk melihat status terkini ringkasan permohonan anda.

Bagi pengguna baharu, pemohon perlu mendaftar ID MySTR untuk tujuan log masuk ke Portal Rasmi STR 2027. Pemohon digalakkan untuk membuat pendaftaran melalui aplikasi MyDigital ID.

Selain membuat semakan melalui online, semakan status permohonan STR juga boleh dibuat melalui:

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Maksud-maksud Status STR 2027

  • Permohonan Diterima: Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
  • Dalam Proses: Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2027.
  • Lulus: merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
  • Tidak Lulus: merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
  • Tidak Layak: Sila hubungi Pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut STR 2027 di saluran rasmi berikut:

Soalan Lazim Maksud Status ‘Permohonan Diterima’ Dalam STR 2027

Maksud Status 'Permohonan Diterima' Dalam STR 2027
Maksud Status 'Permohonan Diterima' Dalam STR 2027
Adakah status ‘Permohonan Diterima’ bermaksud bantuan saya sudah lulus?

Belum. Status ini bukan penentu kelayakan atau kelulusan. Ia sekadar mengesahkan bahawa borang permohonan baharu atau kemas kini yang anda hantar telah selamat masuk ke dalam sistem MySTR dan sedang menunggu giliran untuk disemak.

Bolehkah saya menukar nombor akaun bank atau maklumat lain jika status ini dipaparkan?

Ya, boleh. Selagi paparan pada skrin portal MySTR anda menunjukkan ‘Permohonan Diterima’, anda masih mempunyai akses penuh untuk mengedit, meminda, atau membetulkan sebarang maklumat yang salah dalam borang tersebut.

Berapa lama permohonan saya akan kekal dalam status ‘Permohonan Diterima’?

Tempoh masa status ini kekal adalah bergantung kepada tarikh borang dihantar. Status ini biasanya akan berubah secara berperingkat ke fasa seterusnya apabila pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula menutup fasa kemas kini dan memulakan proses penapisan data.

Apakah status seterusnya selepas ‘Permohonan Diterima’?

Status anda akan bertukar kepada ‘Dalam Proses’. Apabila status ini muncul, ia bermakna sistem sedang menjalankan proses verifikasi dan semakan silang maklumat anda bersama agensi kerajaan yang lain.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan STR 2027 melalui Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)?

Semakan boleh dibuat seperti berikut:
a. Klik log masuk MySTR
b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
c. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
d. Masukkan Kata Laluan
e. Klik Semakan Status
f. Maklumat yang akan dipaparkan:
– i. Status Permohonan
– ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Penulis